Suatu hari,
Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam al-Ghazali bertanya,
pertama; “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya
ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali
menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
adalah “Mati.” Sebab itu sudah janji Allah S.W.T. bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati. (Ali Imran: 185).
Lalu Imam
al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua; “Apa yang paling jauh dari diri
kita di dunia ini?” Murid-muridnya
ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita,
tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang
ketiga; “Apa yang paling besar di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab
gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi
yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (al-A’Raf: 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah; “Apa yang paling berat di
dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan berikut
benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH”
(al-Ahzab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah S.W.T. meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah
S.W.T., sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana dia tidak mampu
memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah; “Apa yang paling ringan di
dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu
benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara
meeting kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan ke enam adalah; “Apakah yang paling
tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar
kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana
melalui lidah, manusia dengan biadabnya menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.
0 Responses
Catat Ulasan