1. Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab
baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia.".
2. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalanAllah.
4. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila
telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itusetiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.
7. Barangsiapa
yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa
membawa hadiah, (barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada
keluarganya) maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia
ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
11. Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah
berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
13. Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
14. Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
16. Syurga
itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggalbersama aku (Nabi s.a.w) di dalam
syurga.
18. Barangsiapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan laludia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik merekadengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
0 Responses
Catat Ulasan