.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

Salam.Lama tak besua.Diam tak diam bulan Syaaban dah ke penghujung.Tak lame lagi Ramadhan akan menjelma.Moga kita sama-sama dapat menghayati Ramadhan Al-Mubarak.

AMIN.

Posted by ajimaz 0 ulasan


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah
siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada dirumah, beliau
selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-
cepat berangkat kemasjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah
selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
MakaNabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal diwajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur,"Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itudijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat
keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan
mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-
anakmu?"Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang
paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga
langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin
umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendipada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satusama
lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan bagindaitu langsung
bertanya setelah selesai bersembahyang,"Ya Rasulullah, kami melihat
seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan
sakitkahya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin
engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi
batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh
baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya
makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu,
apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku
jawab di hadapanALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan disebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila
kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi
hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing siBadwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbulpersoalan dalam diri
kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari
ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang didedahkan oleh
media masa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka
yang tidak berperanan ditempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang
manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain
semata-mata kerana takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh
Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah?
Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat
dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan
padanya.Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yangbukan saja
sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan
penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di
dalam derita. NurMuhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk
yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai
mahupun dalam keseorangan.Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-
luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi
malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah
seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur."

Posted by ajimaz 0 ulasan

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

يَطَّلِعُ اللهُ إلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمْيْعِ خَلْقِهِ إلاَّ لِمُشْرِكٍ أوْ مُشَاحِنٍ

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Posted by ajimaz 0 ulasan


# 1. Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka cintakan
seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg hendak mengakui
yg mereka sudah berkeluarga.

#2. Lelaki suka memerhatikan buah dada wanita. Buah dada adalah antara bahagian yg cepat
menarik perhatian mereka.

#3. Lelaki tidak mampu utk setia dgn seorang wanita. Di dalam hubungan percintaan,
lelaki sukar utk setia.

#4. Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian
kadangkala lelaki memandang perkara itu agak remeh.

#5. Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbanding wanita.

#6. Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira,
tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.

#7. Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat
membahagikan masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.

#8. Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering jatuh cinta. Lelaki mudah
mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa ada apa-apa perasaan.

#9. Cinta bagi lelaki adalah seks.

#10. Lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.

* Dipetik daripada Mingguan Wanita

Posted by ajimaz 0 ulasan


Usamah b Zayd berkata:

"Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Syaa'ban. "


Aku bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab: “Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.”

Posted by ajimaz 0 ulasan


1) Tiada sesuatu ibadah kepada Allah yang lebih utama drp memahami ilmu agama. Seorang ahli fakih adalah lebih sukar syaitan menipunya drp seribu 'abid (ahli ibadah). Tiap-tiap sesuatu itu ada tiangnya dan tiang agama ialah memahami ilmu agama.

2) Di antara seorang 'alim dan 'abid spt kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku. Riwayat At-Turmizi

3) Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid spt kelebihan bulan malam purnama dari bintang-bintang yang lain. Riwayat Abu Daud, At-Turmizi dll.

4) Sepatah perkataan yang baik yang didengar oleh seorang mukmin, lalu diajar dan diamalkannya, lebih baik daripada ibadah setahun.

5) Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dlm lubang dan ikan dalam laut, semuanya berdoa semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia. Riwayat At-Turmizi

6) Orang yang binasa di kalangan umatku ialah orang berilmu yang zalim dan 'abid yang jahil. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan ulama' dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan ulama'.

7) Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Posted by ajimaz 0 ulasan



( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : ?Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Quran,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredha'i kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah :
Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika??

Rasul tersenyum dan bersabda :
Jika engkau tidur bacalah,

1) Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
2) Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredha'i kamu.
4) Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah?

Sekian untuk ingatan kita bersama. * Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Posted by ajimaz 0 ulasan

E-mail Print PDF

tarikh lahir1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

wsalam...

Posted by ajimaz 0 ulasan


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaa'ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Posted by ajimaz 0 ulasan


Diam tak diam bulan rejab dah sampai kat penghujung.Begitu pantas masa berlalu.Dulu masa aku

kecik2 belajar ustaz cakap sok akhir zaman, masa bertambah cepat.Aku terpinga-pinga

memikirkannye.Btol ker?Hari ini dah terbukti.

Moga aku selalu dapat muhasabah diri.Hidup hanye sementara akhirat jualah yang kekal buat

selama-lamanye.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here