Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah
siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada dirumah, beliau
selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-
cepat berangkat kemasjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah
selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
MakaNabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal diwajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur,"Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itudijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat
keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan
mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-
anakmu?"Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang
paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga
langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin
umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendipada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satusama
lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan bagindaitu langsung
bertanya setelah selesai bersembahyang,"Ya Rasulullah, kami melihat
seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan
sakitkahya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin
engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi
batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh
baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya
makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu,
apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku
jawab di hadapanALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan disebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila
kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi
hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing siBadwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbulpersoalan dalam diri
kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari
ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang didedahkan oleh
media masa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka
yang tidak berperanan ditempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang
manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain
semata-mata kerana takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh
Rasulullah.
Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah?
Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat
dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan
padanya.Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yangbukan saja
sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan
penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di
dalam derita. NurMuhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk
yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai
mahupun dalam keseorangan.Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-
luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi
malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah
seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur."
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Categories:
muhasabah diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Responses
Catat Ulasan