.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan



1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.
2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)
3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.
4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.

----------------------------------------------------------------

5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam.
6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.
7) Utsman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yg berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.
8 ) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yg dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran.
9) Munculnya berbagai aliran Syiah yg berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.
10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yg berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yg tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam diseluruh dunia termasuk Syiah melayu di nusantara.(Syiah jadian)
11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

----------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yg bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja"far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud golongan. Dalam al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yg dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila dibawa ke Starhill.....
Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"
Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung
Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.
Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang. Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller setebal 3 inci pun siap hafal ceritanya...
Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita on the spotboleh diubah.
Lucu ya..
Susahnya nak mengumpul orang untuk dengar ceramah tapi mudahnya orang join group untuk dengar gossip atau demo jualan murah..
Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga free TANPA harus beriman,tapi tak sanggup berpisah dengan duniawi...
Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email,
tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering berfikir dua tigakali.


RENUNGKANLAH DENGAN HATI YANG TERBUKA....hu3.....

Posted by ajimaz 0 ulasan



Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam al-Ghazali bertanya, pertama; “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati.” Sebab itu sudah janji Allah S.W.T. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran: 185).
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua; “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga; “Apa yang paling besar di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (al-A’Raf: 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah; “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan berikut benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (al-Ahzab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T. meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T., sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana dia tidak mampu memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah; “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah; “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan biadabnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian gejala yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat ‘harus’ dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian. Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikran sebegini terus berleluasa sehingga suatu masa nanti ada yang bakal mengatakan ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan menduka-citakan lagi kebanyakkan ‘pelakon-pelakon’ ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka ‘muslim’.
Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini ialah sebahagian daripada kerosakan yang terdapat dalam alam persekitaran kita dan khususnya ruang di mana kita berada pada hari ini. Samada suka atau tidak, apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, remaja sudah tergiur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan. Salah satu permasalahan yang sering kita temui dan sudah menjadi suatu ‘trend’ bagi golongan remaja ialah ‘percintaan’. Telah banyak kisah yang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuklah keributan, keresahan, kerosakan dan kebejatan masyarakat yang timbul sehingga kadang-kala ada yang rela nyawanya melayang atau rela akidahnya tergadai hanya kerana kalimah nan indah ini. Apa yang jelas dan pasti fenomena percintaan ini banyak kita jumpai dalam masyarakat kita.
Persoalannya, adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk ‘bercinta-cintaan’ mengikut konsep muktahir yang dipegang oleh masyarakat kita? Mari kita kembali kepada fakta utama yang menimbulkan permasalahan ini. Dari kajian secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) terhadap realiti (waqi’) dapat dibuktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan di atas. Bagaimana pula pergaulan bebas ini boleh berlaku? Jawapan bagi soalan ini seratus peratus berpunca dari sistem yang kita agungkan pada hari ini iaitu sistem kapitalisme. Samada kita sedar atau tidak, kita telah lama meninggalkan nidzamul ijtima’i secara Islami yang seharusnya menjadi landasan kita dalam menguruskan kehidupan ini dan bukannya sistem yang tempang! Mengapa pula terjadinya jalinan kasih-sayang terhadap insan berlawan jantina? Kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kita adalah satu fitrah manusia yang mempunyai gharizah al-Nau’ (naluri untuk mengadakan keturunan). Islam mengakui akan hal ini oleh itu Allah, Maha Pencipta yang berkuasa telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi gharizah ini.
Jalinan hubungan kasih sayang dalam konsep percintaan pada keadaan hari ini berlaku antara dua manusia lawan jenis disebabkan oleh standard (piawai) yang mereka gunakan untuk mengukur setiap perbuatan yang mereka lakukan bukan berdasarkan aqidah Islam dan konsep pergaulan yang mereka gunakan bukannya berdasar dari aqidah Islam. Oleh sebab itu, bagi mereka pendidikan seks adalah penyelesaian bagi mereka. Maka dari kajian realiti akan faktor yang mendorong kewujudan percintaan muktahir ini maka muncul pemahaman bahwa percintaan haram hukumnya. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai suatu standard tindak laku (miqyasul a’mal) yang jelas dalam melakukan sesuatu perbuatan yakni berdasarkan hukum syarak (al-Quran dan as-Sunnah). Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya.”
Sabda baginda Rasulullah S.A.W. lagi:

“Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya: Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya.”

Dari kedua hadis tersebut maka sudah jelas pergaulan bebas antara lawan jenis walau apa pun namanya termasuk ‘adik angkat’ tetap haram hukumnya. Juga dari hadis-hadis lain kita dapat menyemak bahawa para sahabat pada ketika itu sangat kuat keterikatannya terhadap hukum Islam, contohnya apabila disampaikan hal seperti hadis kedua tadi para sahabat akan segera bertanya kerana mereka khuatir mereka pernah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan Islam tanpa disedari dan apabila telah dijelaskan mereka segera meninggalkan atau melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Dari sinilah dapat dilihat bahawa kayu ukur bagi tindakan mereka adalah aqidah Islam yang tulen. Tapi, masihkah wujud keadaan sedemikian pada hari ini? Adakah kita menjadikan aqidah Islam sebagai kayu ukur bagi setiap tindakan kita atau kita akan melakukan sesuatu itu berdasarkan manfaat yang bakal kita perolehi.
Apa yang nyata pada zaman perkembangan teknologi ini, segolongan para remaja muslim yang seharusnya mengikatkan diri mereka dengan aturan Islam memberikan reaksi yang sebaliknya apabila disampaikan bahawa percintaan/berpacaran adalah haram. Mereka tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan kerana mereka akan kehilangan ‘manfaat’ atau keindahan ‘cinta’ pada pandangan mereka. Kenapa ini terjadi? Ini disebabkan oleh kedangkalan pemikiran mereka terhadap Islam dan menyebabkan remaja muslim terpesong dari jalur Islam samada disedari atau tidak kerana mereka sering beranggapan percintaan itu dibolehkan dalam Islam bahkan dianjurkan.
Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai berpasangan:
·         Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
·         Dua insan yang lawan jenis yang saling mencintai.

Perlu diingat, kita seharusnya dapat membezakan kedua-dua pengertian di atas. Pengertian yang pertama di atas yakni perasaan untuk mencintai insan lawan jenis adalah masalah yang mendasar yang mempunyai kaitan erat dengan fitrah/kudrat manusia seperti yang telah dijelaskan seawal penulisan ini. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya; menyukai kaum berlawanan jenis) atau dikenali dengan gharizah al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan/mempertahankan), gharizah al-Tadayyun (naluri untuk menyembah/beragama) dan gharizah al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Firman Allah:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita...”
(Surah Ali-Imran: 14)
Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam (Allah) untuk mengaturnya. Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berduaan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegangan tangan dan yang paling kronik lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan ‘segalanya’ demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup/Ideologi/Mabda’/Deen yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina. Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah:

“Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya...”
(Surah an-Nur: 31)

“Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan tudung (khimar)...”
(Surah an-Nur: 31)

Dua kalimat perintah di atas menjelaskan di samping untuk menahan pandangan antara lelaki dan perempuan turut diperintahkan untuk menutup aurat baik lelaki atau perempuan. Memang tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada golongan yang beranggapan bahawa memakai jilbab (pakaian labuh) dan khimar (tudung) merupakan satu perkara yang tidak moden atau ketinggalan zaman. Padahal perlu ditegaskan bahawa seorang muslimah selamanya akan berdosa jika tidak mengenakan jilbab dan khimar yakni menutup seluruh anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Adalah silap seandainya kita beranggapan berjilbab dan khimar itu sudah memadai tetapi sekiranya berpakaian ketat atau yang menampakkan lekuk tubuhnya sehingga boleh menimbulkan syahwat bagi yang memandangnya masih dikira tidak menutup aurat. Begitu juga seorang lelaki wajib menutup auratnya yang sebatas pusat dan lutut dan tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya. Juga selamanya seorang muslim akan terus berada dalam keadaan berdosa selama dia masih berada di bawah naungan ‘percintaan’. Jadi di samping kita faham mengapa percintaan itu haram kita juga harus faham bahawa menutup aurat itu wajip hukumnya. Lalu ada yang berdalih bahawa untuk memahami calon suami atau isteri kita harus banyak bergaul (pacaran). Pernyataan ini dan yang seumpamanya merupakan pernyataan yang dibuat-buat dan hanya sebagai dalih untuk mengatakan percintaan itu dibenarkan dalam Islam. Adakah hanya dengan jalan ini sahajakah kita dapat memahami peribadi seseorang?
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini Islam itu suatu mabda’ yang lengkap. Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tuning (khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya (wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya. Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.
Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa berfikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan meyempurnakan dengan meminang. Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana-sini tanpa mengenal batas. Berhubung dengan tindakan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah ibn Syu’bah:

“Pergilah dan lihatlah dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua.”
(Sunan Ibnu Majah, juz 1 hal 599)

            Kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan muktahir ini. Sekali haram yang dikatakan dalam syarak maka selamanya adalah haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan. Banyaknya perceraian bukanlah suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. Penulisan ini diakhiri dengan suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya mengikat diri kita dengan aturan Allah?

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”






(Al-Isra’:12)

Posted by ajimaz 0 ulasan

DIRIKU DAN DIRIMU ADALAH HAWA

Kerana diriku dan dirimu adalah hawa...
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kaum LELAKI itu adalah PEMIMPIN bagi kaum WANITA, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, WANITA SOLEHAH ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika ketiadaan suaminya sebagaimana yg ALLAH tetapkan.”
(Surah An-Nisa’ : 34)

“Jika Hawa itu bersolat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan taat kepada  suaminya, MAKA dia akan memasuki Syurga melalui pintu mana yang dia kehendaki.”
- Maksud Hadis Riwayat Ahmad
          Adakah ini bermakna yang hawa itu tidak ada kuasa? Adakah ini bermakna yang hawa itu hanya menjadi pelaksana di atas suruhan kaum adam? Sebenarnya, tidak
Allah S.W.T. menciptakan hawa dengan satu daya tersembunyi yang begitu kuatnya pada adam.
Meletakkan hawa di sisi kaum adam juga bukanlah satu penghinaan, sebaliknya satu penghormatan dan kemuliaan.
Adanya hawa dalam sebuah rumahtangga seperti adanya bunga di dalam taman.

Posted by ajimaz 0 ulasan

 Kebanyakan orang tidak mempunyai masa lapang, sibuk dengan tugas dan kerja, tetapi jiwanya tetap kosong, tidak ada ketenteraman dan tidak ketahuan apa yang sebenarnya dikejar.
Cara awal yang perlu dilakukan untuk mengatasi kekosongan jiwa bagi membolehkan terasa hidup ini begitu bermakna ialah kembali kepada Allah. Allah S.W.T. berfirman seperti yang tersebut dalam surah ar-Ra’d 28:
“Mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

Salah satu cara mengingati Allah seperti yang dijelaskan dalam ayat ini ialah dengan mendirikan solat. Di luar solat pula, seseorang itu tetap perlu terus-menerus mengingati Allah samada ketika berdiri, duduk, juga ketika baring (an- Nisa: 103). Jelasnya, andai seseorang itu mahukan hidup yang benar-benar bermakna, dia hendaklah
mengingati Allah pada setiap masa.
Langkah pertama yang perlu puan lakukan ialah dengan melakukan ibadah di waktu malam. Bangun lebih kurang pukul 3.30 pagi, yang dinamakan “waktu mustajab.” Untuk tujuan ini puan perlu tidur awal selewat-lewatnya pukul 11 malam. Sebaik-baik sahaja terjaga, puan hendaklah menyebut nama Allah, bersyukur kepada-Nya, bertaubat, ataupun berlindung kepada Allah. Kemudian terus bangun mengambil wuduk dan melakukan solat sunat.
Mula-mula lakukan Solat Sunat Taubat dua rakaat, diikuti dengan beristighfar, sembahyang tahjud, tasbih dan witir. Jangan lupa berzikir, yang diikuti dengan berselawat. Bilangan istighfar, zikir dan selawat dilakukan menurut keupayaan. Kalau boleh lakukan sehingga 100 kali setiap satu, andainya lebih maka itu adalah lebih elok.
Cara-cara melakukan amalan yang dijelaskan ini secara terperinci boleh dirujuk daripada buku-buku yang mudah didapati di kedai-kedai dan sebagainya.
Tersebut dalam hadis-hadis bahawa waktu mustajab itu perlu kerana pada waktu itu Allah akan memperkenankan doa mereka yang berdoa dan mengampuni dosa mereka yang memohon keampunan.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, an-Nasai ibn Majah dan al-Hakim dinyatakan bahawa: Barang siapa selalu memohon keampunan, Allah akan beri jalan keluar daripada setiap kesempitan yang melanda, kelapangan daripada dukacita dan Allah memberinya rezeki yang tidak dikira.
“Sesungguhnya beribadah di waktu malam itu adalah salah satu jalan untuk memperoleh makam yang tinggi di sisi Allah.”
(al-Isra': 79)

Ibadah ini merupakan amalan orang-orang soleh. Cara untuk menghapuskan keburukan yang lalu, mencegah diri daripada dosa serta berupaya menghindarkan penyakit. Dalam sebuah hadis daripada Amr bin Abasah R.A. dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Seorang hamba itu paling hampir kepada Tuhannya ialah pada bahagian malam terakhir. Andainya engkau berupaya berada di kalangan orang yang mengingati Allah S.W.T. pada saat itu, maka lakukanlah.”
(Riwayat at-Tarmizi, an-Nasai dan al-Hakim daripada Amru Bin Ambasah R.A.)

“Sesungguhnya Allah S.W.T. sukakan mereka yang bertaubat juga mereka yang bersih.”
(al-Baqarah: 222 dan at-Taubah: 108)

Atas penjelasan ini, selain daripada keperluan untuk melakukan ibadah solat, seseorang itu perlu sentiasa dalam keadaan suci serta berwuduk. Wuduk merupakan kebersihan jasad dan roh yang akhirnya memberi kesan pada ketenangan jiwa juga pencegahan penyakit.
Wuduk bukan semata-mata membasuh bahagian luar anggota jasad dengan air daripada kekotoran, tetapi ia merupakan lambang penghapusan dosa dan kesalahan menyebabkan seseorang itu sentiasa hampir kepada Allah.
Mata ada kalanya memerhatikan sesuatu yang diharamkan, atau pun tangan yang digunakan untuk menyakiti orang lain. Begitu juga kedua-dua kaki yang mungkin menapak ke jalan yang dilarang, ataupun telinga yang mencuri pendengaran yang tidak seharusnya didengar. Orang mengambil wuduk, membasuh anggota dengan air bererti mereka telah membasuh ataupun menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota tadi.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A. dinyatakan bahawa nabi S.A.W. ada bersabda:
“Apabila seseorang hamba Muslim itu berwuduk, lalu membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya setiap kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua belah matanya dengan air tadi. Apabila seseorang itu membasuh kedua-dua belah tangannya, maka keluarlah setiap kesalahan dari kedua-dua belah tangan dengan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah kakinya, keluarlah setiap kesalahan hasil perbuatan kedua-dua kakinya dengan air, sehingga keluar semuanya, bersih daripada dosa-dosa.”
(Riwayat Malik, Ahmad, Muslim dan Tarmizi. Hadis Hasan Sahih.)

Berwuduk juga boleh menjauhkan was-was syaitan. Was-was syaitan boleh menyebabkan seseorang itu bermasalah ketika berwuduk, ketika sembahyang iaitu ketika berniat ketika membaca al-Fatihah terutamanya pada huruf-huruf kesamaran. Syaitan boleh mendatangkan ingatan-ingatan lampau atau baru berlaku ketika seseorang itu sembahyang, menyebabkan konsentrasi yang wujud terhakis, menyebabkan hilangnya rasa khusyuk.
Was-was syaitan juga boleh menyebabkan seseorang itu rasa kecewa dan kosong dengan hidup ini. Rasa tidak bermaya dan hampa tanpa sebab yang jelas. Akan timbul rasa sedih atau suka dengan tidak semena-mena, tanpa alasan. Gangguan ini juga sering menyebabkan seseorang itu terdorong untuk membunuh diri.
Wuduk juga boleh memadamkan kemarahan yang sedang melanda. Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:
“Marah itu daripada syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, sesungguhnya api itu padam dengan air, kerana itu andainya salah seorang daripada kamu marah, dia hendaklah berwuduk.”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud.)

Menurut Anas Bin Malik R.A., Nabi S.A.W. berwuduk setiap kali hendak solat. Wuduk selain daripada kerana menyentuh al-Quran, disunatkan juga ketika berzikir, ketika hendak tidur, sebelum makan dan minum bagi orang yang berjunub juga sebelum mandi junub. Jelas di sini bahawa wuduk merupakan salah satu alamat ataupun tanda daripada tanda-tanda iman seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W:
“Tidak memelihara akan wuduk kecuali oleh orang yang beriman.”
(Hadis riwayat Ibn Majah dan Hakim)

Dalam sebuah hadis lain daripada Umar bin al-Khattab R.A daripada Nabi S.A.W baginda bersabda:
“Tidak berlaku terhadap salah seorang daripada kamu yang mengambil wuduk, lalu menyempurnakan wuduknya, lalu berkata: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang tunggal, tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan rasul-Nya, kecuali dibuka baginya pintu-pintu syurga yang kelapan dan dia akan memasukinya daripada mana pintu yang dia suka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Untuk menghayati nikmat solat yang boleh membentuk diri bersifat takwa dan merasa hidup penuh bererti, seseorang itu hendaklah mempelajari rahsia ibadah ini dengan mendalam. Mengetahui syarat dan rukun yang mesti dilakukan. Jauh daripada perkara-perkara yang membatal ataupun merosakkan solat.
Solat adalah hubungan (silah) antara seorang hamba dengan Tuhannya. Ketika solat manusia mengagung-agungkan Tuhannya, memuji, mengadu nasib dan derita serta berdoa. Solat adalah cahaya yang bergemerlapan dalam hati mereka yang beriman, lalu memberi refleksi pada wajah dengan pancaran kegembiraan, kebersihan pada pancaindera, cahaya yang diberi hidayah oleh Allah terhadap mereka yang menganuti menyebabkan hidup ini terasa bermakna dan dihargai, solat adalah ibadah yang mula-mula sekali difardukan ke atas orang Muslim (an-Nisa: 103).
Untuk meraih penghayatan solat sepenuhnya, seseorang itu mesti memahami bacaan yang dituturkan terutamanya pada bacaan wajib. Dengan demikian akan timbul kesedaran hakikat diri, keagungan Ilahi, keperluan ibadah yang dilakukan dan sebagainya, ada tomakninah, ikhlas, dan khusyuk. Solat seperti inilah yang berupaya mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Orang yang solat dengan khusyuk ialah mereka yang tunduk anggotanya kepada Allah. Merasa agung dan hebat. Solat seperti inilah yang boleh menghapuskan dosa kesalahan-kesalahannya yang terdiri daripada dosa-dosa kecil. Sesungguhnya telah berjayalah orang mukmin iaitu mereka yang khusyuk terhadap solat mereka (al-Mukminun: 1-2).
Untuk hidup lebih bermakna seseorang itu mesti bijak mengimbangi masa yang digunakan. Bahagikan masa dengan saksama untuk keluarga, termasuk anak dan suami, atau pun isteri, untuk rehat, termasuk waktu tidur, makan angin ataupun melancong keluar negara, juga bersenam, untuk Allah Yang Maha Pencipta, Allah tidak mencipta jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Nya. Dalam membahagi-bahagikan kegiatan hidup yang dilakukan setiap hari, biar dalam bentuk apa sekalipun, seseorang itu hendaklah melakukannya semata-mata kerana Allah, bukan kerana adat.
Apabila amalan itu dilakukan kerana Allah S.W.T. ia akan diperkira sebagai ibadah yang akan memberi pahala. Sesungguhnya terlalu rugilah mereka yang mempunyai banyak masa tetapi tidak bijak menggunakannya menyebabkan terasa hidup itu sebagai hampa dan tidak bermakna.

Posted by ajimaz 0 ulasan



1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.".
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanAllah.
4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itusetiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.  Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.  Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
13.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggalbersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan laludia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik merekadengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.  Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 1 ulasan

10 SEBAB KENAPA HARGA KERETA DI MALAYSIA PATUT DITURUNKAN | Ni Abe nak kongsikan dengan korang semua 10 sebab sepertimana kat bawah ni... Mungkin ada di antaranya korang akan bersetuju dengan Abe.. hehehhe


1. Kos sara hidup meningkat. Turun harga kenderaan, kos alat2 ganti juga akan menurun. Ditambah pula dengan harga rumah yang naik mendadak.

2. Membolehkan keluarga susah untuk memiliki kereta baru yang lebih elok kualitinya. Kereta adalah satu  keperluan, bukan kehendak. Sampai sekarang masih ada keluarga susah yang menggunakan kereta saga capuk sampai sekarang. Easily said no more bike rider bawa anak kecil baby lemas duduk celah2 parents. Kesian :(
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
3. Mungkin kerajaan benar apabila mengatakan jumlah kenderaan atas jalan akan meningkat dan akan menyebabkan lebih kesesakan, tetapi jumlah peningkatan kenderaan tersebut akan lebih rendah berbanding jumlah rakyat yang memilih untuk bertukar kereta mereka kepada yang lebih elok. Easily said no more Waja convert Lancer-Wannabe, no more 20 years old Honda Accord.


4. Syarikat kenderaan terpakai rugi? Please! Kereta murah, makin rancak perniagaan jual beli kereta. Tapi itulah, akan ada gap beberapa tahun sebelum peniagaan syarikat kereta terpakai kembali stabil sekiranya harga kereta turun mendadak. Wujudkan lebih banyak kilang kitar besi foundry supaya besi daripada kereta lama boleh dikitar semula. Sekurangnya harga besi tidak akan menjadi lebih mahal.

5. No more kereta tempatan viva tin milo kosong. Bila kemalangan semua ada dalam tu maut. Atleast 4 airbags please.

6. MRT and LRT extension sedang dalam projek. Jadi kalau harga kereta turun, kalau orang ramai beli kereta pun, sekurangnya ada alternatif kenderaan awam bagi mereka yang mahu mengelakkan kesesakan.

7. Memberi peluang untuk syarikat pembuat kereta tempatan menjana pendapatan yang lebih kukuh dengan menghasilkan kereta yang lebih berkualiti pada harga rendah. No more Proton cutting cost macam harem takut selling cost mahal.

8. Aku tak rasa pendapatan daripada duti eksais dan duti import kenderaan ini diuruskan sebaiknya oleh kerajaan. Manakan tidak, hutang negara sentiasa bertambah setiap tahun. Jadi tak ada guna letak harga kereta mahal-mahal kalau yang kaya orang lain !

9. Menarik lebih ramai pelabur kenderaan import ke Malaysia, sekurangnya lebih banyak variety of kereta import lepas ni. Tak nak la asyik-asyik model sama sahaja, asyik2 civic. Bosan !


10. Indirectly, meningkatkan produktiviti rakyat. Selesa dan confident sikit bila dapat pakai kereta elok. Result, ekonomi negara semakin mantap. 

Posted by ajimaz 0 ulasan

(Berita NST yang mendakwa TG Nik Aziz bapa kafir)


KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.
"Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan," jelasnya.

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)-- Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat. 



Subscribe to My Blog

Subscribe Here