.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

Subky Latif,28 Feb 2013

SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya.

Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.

Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.

Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya.

Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.

Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.

Orang yang diberi dan menerimanya itu bukan binatang. Masing-masing adalah orang. Tetapi cara memberinya itu seolah-olah menjadikannya seperti haiwan dan begitulah  haiwan  diperlakukan.

Pepatah Inggeris kata, orang yang perlukan lauk jangan dibagi ikan tetapi bagilah kail. Yang memberi BRIM itu masing-masing keluaran sekolah Inggeris dan PM sendiri belajar di England. Tetapi tidak mengambil ajaran pepatah  Inggeris itu.

Kata Tok Guru, belajar dari didikan Rasulullah SAW, tidak beri benda kepada jahiliyah di  Makkah  dan  Madinah tetapi beri ilmu.

Beri benda sampai bila? Tapi beri ilmu, orang yang dapat ilmu boleh cari hidup  dan  rezeki sendiri.

Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi. Kata Mahfuz Omar dalam ceramah, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, ‘Kuuuurrrrr!’ Meluruhlah ayam datang.  Sebelah tangan orang melaung ‘kuuuurrrr’ itu ada pisau untuk menyembellihnya.

Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula  tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0  dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak.

Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa.

Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah  rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.

UMNO mentribunal pemimpinnya yang terbabit dan Tan Sri Isa Samad disabitkan, digugurkan jawatan Naib Presiden yang dimenangi  dan digantung keahliannya.

Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.

Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.

Categories:

0 Responses

Subscribe to My Blog

Subscribe Here