KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.
"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.
"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.
Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.
"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...
"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.
Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.
Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur. Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.
Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.
Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.
Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini. Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini. |
0 Responses
Catat Ulasan