.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan


Parti Keadilan Rakyat mengalu-alukan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di media massa bahawa punca perpecahan Melayu-Islam adalah kerana Kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.

Beliau juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati Dr Mahathir agar tidak memecat Timbalanya ketika itu iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.

Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin UMNO sendiri bermula dari Dr. Mahathir Mohammad (Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia).

Kenyataan ini juga menjelaskan dengan terang bahawa perpecahan orang Melayu pada masa kini bukan di sebabkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam.

Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir Muhammad dan para kuncunya.

Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim.

Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.

Justeru, bersempena dengan hari-hari terakhir bulan Ramadan yang mulia dan padanya diturunkan kitab suci al Qur'an, kita menyeru para pemimpin UMNO supaya melakukan muhasabah diri dan menghentikan kezaliman ke atas DSAI demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.
Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap DSAI tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.

Categories:

0 Responses

Subscribe to My Blog

Subscribe Here