Tiga Tahun Masa Untuk Memansuhkan PPMSI, Terbukti Muhyiddin Sekadar Hulur Gula-Gula Untuk Menagih Undi Rakyat Di Manek Urai !!
Keputusan kabinet semalam yang telah meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan jelas sekali merupakan langkah terdesak kerajaan selepas diasak hebat oleh pejuang bahasa dan rakyat sebenarnya. Malah keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, dan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing berkuat kuasa pada 2012 adalah tidak berbaloi dan bagai melepaskan "batuk ditangga semata-mata". Ramai yang melihat keputusan Muhyiddin itu adalah sebagai satu "strategi politik" beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya BN di pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini. Kenapa baru sekarang ingin bertindak, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil sedang berjalan?. Persoalannya, wajarkah 2012 dijadikan asas untuk memansuhkan PPMSI? Walhal, sepatutnya tindakan itu dilakukan segera jika mereka melihat kepentingan "rakyat didahulukan"?. Kemanakah hilangnya slogan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak jika ini tindakan Muhyiddin?. Biar apa pun alasan, sememangnya kita sebenarnya mendesak perlaksanaan ini dilakukan segera dan bukannya menunggu tiga tahun. Berapa ramai lagi anak-anak kita yang akan dikorbankan minda dan pemikiran mereka gara-gara projek Barisan Nasional ini.
Alasan yang diberikan kerana sudah mempunyai kontrak dengan pihak pembekal buku, komputer serta peralatan lain untuk PPMSI jelas sekali menunjukkan mereka lebih mengutamakan "kroni" daripada rakyat. Malah, difahamkan projek PPMSI ini yang dianggarkan menelan belanja mencecah RM6 bilion itu telah dimonopoli oleh kaum kerabat, proksi serta korni terapat dengan bekas Menteri Pelajaran iaitu Hishamuddin Hussein. Beliau yang juga merupakan "sepupu Najib" telah mendapat limpahan kemewahan hasil projek ini. Mereka kaya raya gara-gara projek "gila" yang berjaya merosakkan masa depan anak-anak kita. Kini mereka memerlukan masa lagi tiga tahun untuk membatalkannya. Bukankah ini tidak adil buat rakyat. Jika kerajaan benar-benar ikhlas, maka mereka harus melakukan sekarang. Kenapa ketika melaksanakan PPMSI dulu, mereka boleh bertindak tergesa-gesa tanpa mengambilkira pandangan rakyat?. Kini untuk memansuhkannya, mereka pula mahu membuat "perkiraan" untung dan rugi. Projek yang turut mengorbankan masa depan anak-anak orang UMNO dan BN ini juga telah mendapat sokongan "membabi buta" daripada puak-puak mereka. Walhal ia jelas telah "memperbodohkan" anak-anak mereka sendiri. Namun, akibat kebebalan untuk berfikir secara waras puak-puak karat ini menyokong sebulat suara projek itu tanpa memikir masa depan anak-anak mereka.
Bukti jelas bahawa pengumuman pemansuhan PPMSI adalah "retorik politik" semata-mata ini bagaikan ada kebenarannya apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Mustapa Mohamed berkata bahawa keputusan itu mampu membantu Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini. Beliau juga berkata sokongan guru dijangka bertambah kerana sebahagian daripada mereka tidak menyokong pelaksanaan PPSMI sebelum ini. "Dengan tindakan Kementerian Pelajaran untuk tidak meneruskan dasar PPSMI itu, kita berharap ia dapat membantu BN meraih undi dari golongan pendidik. "Ramai guru yang membantah mengenai perkara ini dan kita berharap mereka berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan menunjukkan sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai ini," katanya di Manek Urai hari ini.
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Categories:
politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Responses
Catat Ulasan