.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

SETIAP manusia pernah mengalami sakit. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam sendiri mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.


Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah Subhanahu Wa Taala, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)


Hikmah Sakit


Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirehat. Kecenderungan manusia saat sihat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. mereka terus bekerja tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesihatan diri sendiri juga tidak menyedari bahawa otot-otot dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.


Maka ketika seseorang sakit, mereka memperoleh kesempatan untuk beristirehat, sambil melakukan muhasabah dan berfikir untuk memperbaiki agenda hidupnya setelah sembuh.


Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit, mereka akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Akan rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.


Ketika seseorang sakit, mereka akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh, mereka akan tahu apa yang harus dilakukan ketika orang lain ditimpa sakit.


Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh.


Tetapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sehebat apapun pengaruhnya, mereka tidak dapat berganjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, mereka tidak lebih dari selonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.


Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan penghapus dosa. Bukan hanya kepada yang soleh sahaja, orang sejahat apapun ketika sakit tidak mampu melakukan apa-apa. Yang ada hanya penyesalan demi penyesalan.


Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kesusahan hidup, atau tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.

(HR. Muttafaq Alaih)


Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin mendekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya bertambah-tambah. Sebaliknya, ketika ibu bapa seorang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.


Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang terkandung di dalamnya.


Kebaikan bagi yang sakit adalah sabar, kebaikan bagi ibu bapa dan keluarga ialah melayani, kebaikan daripada masyarakat berbondong-bondong menziarahi, kebaikan dari semua makhluk doa yang terucap

Posted by ajimaz 0 ulasan

Sakaratul Maut Manusia Yang Bertaqwa

Moga pengakhiran hayat kita sebegini, insya`allah. Bersamalah kita mengamalkan ilmu yang ada untuk meraih redha Allah.. Amin Ya Rabbal `alamin.

Imam Ghazali mengatakan bahawa orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangian yang sangat harum.

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamualaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. -An-Nahl : 30-31-32-


Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikat pun akan menunjukkan Syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di Akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.Wallahu `alam bish-sawab.

Semoga kita yang masih hidup selalu dikurniakan hidayahNya, berada di jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkanNya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di Jambatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya, insya`allah

Posted by ajimaz 0 ulasan

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Posted by ajimaz 0 ulasan

Tiga Tahun Masa Untuk Memansuhkan PPMSI, Terbukti Muhyiddin Sekadar Hulur Gula-Gula Untuk Menagih Undi Rakyat Di Manek Urai !!
Keputusan kabinet semalam yang telah meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan jelas sekali merupakan langkah terdesak kerajaan selepas diasak hebat oleh pejuang bahasa dan rakyat sebenarnya. Malah keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, dan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing berkuat kuasa pada 2012 adalah tidak berbaloi dan bagai melepaskan "batuk ditangga semata-mata". Ramai yang melihat keputusan Muhyiddin itu adalah sebagai satu "strategi politik" beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya BN di pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini. Kenapa baru sekarang ingin bertindak, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil sedang berjalan?. Persoalannya, wajarkah 2012 dijadikan asas untuk memansuhkan PPMSI? Walhal, sepatutnya tindakan itu dilakukan segera jika mereka melihat kepentingan "rakyat didahulukan"?. Kemanakah hilangnya slogan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak jika ini tindakan Muhyiddin?. Biar apa pun alasan, sememangnya kita sebenarnya mendesak perlaksanaan ini dilakukan segera dan bukannya menunggu tiga tahun. Berapa ramai lagi anak-anak kita yang akan dikorbankan minda dan pemikiran mereka gara-gara projek Barisan Nasional ini.

Alasan yang diberikan kerana sudah mempunyai kontrak dengan pihak pembekal buku, komputer serta peralatan lain untuk PPMSI jelas sekali menunjukkan mereka lebih mengutamakan "kroni" daripada rakyat. Malah, difahamkan projek PPMSI ini yang dianggarkan menelan belanja mencecah RM6 bilion itu telah dimonopoli oleh kaum kerabat, proksi serta korni terapat dengan bekas Menteri Pelajaran iaitu Hishamuddin Hussein. Beliau yang juga merupakan "sepupu Najib" telah mendapat limpahan kemewahan hasil projek ini. Mereka kaya raya gara-gara projek "gila" yang berjaya merosakkan masa depan anak-anak kita. Kini mereka memerlukan masa lagi tiga tahun untuk membatalkannya. Bukankah ini tidak adil buat rakyat. Jika kerajaan benar-benar ikhlas, maka mereka harus melakukan sekarang. Kenapa ketika melaksanakan PPMSI dulu, mereka boleh bertindak tergesa-gesa tanpa mengambilkira pandangan rakyat?. Kini untuk memansuhkannya, mereka pula mahu membuat "perkiraan" untung dan rugi. Projek yang turut mengorbankan masa depan anak-anak orang UMNO dan BN ini juga telah mendapat sokongan "membabi buta" daripada puak-puak mereka. Walhal ia jelas telah "memperbodohkan" anak-anak mereka sendiri. Namun, akibat kebebalan untuk berfikir secara waras puak-puak karat ini menyokong sebulat suara projek itu tanpa memikir masa depan anak-anak mereka.

Bukti jelas bahawa pengumuman pemansuhan PPMSI adalah "retorik politik" semata-mata ini bagaikan ada kebenarannya apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Mustapa Mohamed berkata bahawa keputusan itu mampu membantu Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini. Beliau juga berkata sokongan guru dijangka bertambah kerana sebahagian daripada mereka tidak menyokong pelaksanaan PPSMI sebelum ini. "Dengan tindakan Kementerian Pelajaran untuk tidak meneruskan dasar PPSMI itu, kita berharap ia dapat membantu BN meraih undi dari golongan pendidik. "Ramai guru yang membantah mengenai perkara ini dan kita berharap mereka berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan menunjukkan sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai ini," katanya di Manek Urai hari ini.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here