.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan


Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika
solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam )
kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan
tangan di atas pusat - kita telah membesarkan
rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas
serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan
kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung
mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya
menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang
leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul
sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.
dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat
sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot
dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk,
kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri
kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara
automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot
di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki
bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk -
pertama duduk antara dua sujud dan kedua
duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki
dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita
gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas
iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak
otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah
pinggang yang selalu menyerang orang yang
banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
SUBHANALLAH!!!!!

Categories:

0 Responses

Subscribe to My Blog

Subscribe Here