.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan



Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:

"Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya MAKKAH dan MADINA yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota


Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu ALLAH SWT akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan MUNAFIK(PURA2 BERIMAN)".
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:

“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi".
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa, Rasulullah SAW berbicara kepada orang ramai:
"Hari Pembebasan, Hari pembebasan, Hari Pembebasan!" dan mengulanginya tiga kali.

Baginda SAW ditanya oleh seorang sahabat:
"Apakah Hari Pembebasan?"

Baginda SAW menjawab:
"DAJJAL (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu? itu lah Masjid Muhammad. Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem. Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal, ini adalah hari pembersihan"
(al-Sahih al Musnad min Ahadis al-fitan wa al Malahin wa Ayrath al-Sa’ah_Syeikh Mustafa al-'Adawi ,Kumpulan hadis-hadis sahih mengenai huru hara akhir zaman)

#YAHUDI amat menyakini hadis NABI saw tentang akhir zaman,
tapi amat pelik dan hairan orang yang MENGAKU berIMAN menolak
KEBENARAN!!..Gambar rumah DAJJAL dijabal habsyi dah siap lama!!

Categories:

0 Responses

Subscribe to My Blog

Subscribe Here