.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan


AHLi Akademik terkemuka, Dr. Ong Kian Ming berbendapat bahawa belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jelas menyediakan pendekatan jangka panjang serta lebih inovatif berbanding Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. 
"Pakatan (Rakyat) mencadangkan pemotongan duti eksais dan duti import bagi kereta serta memansuhkan tol bermula di Lebuh raya Utara Selatan yang nyata boleh meningkatkan pendapatan lebih ramai rakyat. 
"Langkah (Pakatan Rakyat) ini lebih mampan ekonomi, bukannya membayar pampasan kepada pengendali tol untuk tidak naik kadar tol...RM586 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2013 (oleh Najib) sepatutnya digunakan untuk membeli balik konsesi tol," ujar beliau menerusi e-mel.
Selain itu, katanya, peruntukan RM90 juta untuk membeli 300,000 seragam RELA dan RM20 juta untuk membeli 1,000 motosikal peronda polis seakan memperlihatkan Najib "meletakkan lebih banyak wang dalam pasukan polis tanpa penyusunan semula mana-mana asas" yang dianggap pincang dalam institusi itu sebagaimana yang dicadangkan dalam bajet alternatif Pakatan Rakyat. 
Tambahnya lagi, pentadbiran Najib sepatutnya tidak mengumumkan peruntukan yang lebih banyak kepada syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) memandangkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan itu didakwa mempunyai rekod gagal membina rumah mampu milik yang berkualiti tinggi. 
"Pakatan Rakyat mencadangkan satu agensi baru (seperti) Lembaga pembangunan Perumahan (HDB) di Singapura dengan menyatukan kesemua projek perumahan persekutuan dengan suntikan awal RM5 bilion, diikuti dengan suntikan tahunan RM2 bilion untuk empat tahun yang akan datang bagi mengurus, membina rumah berkualiti serta meneroka modal baru (perumahan rakyat)," ujar beliau. 
Tuntas itu, katanya, bajet alternatif Pakatan Rakyat lebih jelas memikirkan belanjawan jangka panjang untuk rakyat terbanyak, bukannya terlalu membazirkan wang dengan pemberian tunai 'one-off' kepada golongan tertentu sahaja sebagaimana yang diserlahkan dalam Bajet 2013.

Categories:

0 Responses

Subscribe to My Blog

Subscribe Here