.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan





Kenapa perlu jadi bangsat agama dahulu baru layak bergelar blogger pencacai angkat najis UMporNo? Kenapa perlu ada bangsat seperti ini untuk mempertikaikan kelebihan gabjaran pahala yang telah jelas dinyatakan melalui lidah Baginda Nabi dan Kalam Allah? Kenapa perlu memperlekehkan kelebihan bersedekah yang amat dituntut dalam Islam?


"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.

Tidak rugi kita bersedekah, tambah pula duit sedekah kita itu disalurkan untuk manfaat umum. Besar ganjaran yang akan kita perolehi dari bersedekah sesuai dengan firman Allah

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. 


Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari ) ...

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Polis yang tidak terlibat dengan jenayah tidak akan takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.


Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.


"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian. 


"Kalau seseorang itu terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.


Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.


Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.


Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Shafie menyifatkan tindakan Fauzi menyertai PAS "mengkhianati kerajaan".


Sambil menolak pandangan Shafie itu, Mohamad menyifatkan pemikiran presiden PBPM itu sebagai pemikiran typical sebahagian bekas polis.


"Pemikiran mereka seperti telah dibrainwash dan diselewengkan untuk mempercayai Umno itu kerajaan, Umno itu negara dan Umno itu Melayu.


"Sebab itulah bila orang menyertai PAS, mereka menuduh orang berkenaan mengkhianati kerajaan, mengkhianati negara dan sebagainya," katanya.


Hanya anggota polis yang bijak seperti Fauzi sahaja, katanya lagi, yang boleh menolak dakyah menyesatkan sedemikian rupa.


Mohamad juga merasa amat bersyukur apabila Fauzi menjelaskan tindakannya menyertai PAS juga didorong keinginan untuk menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.


"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," kata Fauzi kepada Harakahdaily sebelum itu.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

Ata’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”


Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”

Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”

Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”

Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.

Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”

(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)

Antara komentar yang boleh dibuat:

1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.

2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.

3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)

4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.

5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan


Kredit: Muhamad Azrul Ali's Photos

Dengan lain perkataan.... 
Yang dok ada dalam UMNO la ni ialah orang-orangBODOH

Orang atas BODOH kerana rekrut ahli bawahan yang BODOH
Gila kuasa dan takut dicabar punya pasal sanggup jadi BODOH

Orang bawah pulak BODOH kerana ikut jer kerenah pemimpin yang BODOH di atas
BODOH macam LEMBU!!

Kah kah kah kah... 

UMNO BODOH!!

Posted by ajimaz 0 ulasan

Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan haram umat Islam menyertai perhimpunan hanya berkepentingan politik, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Menurutnya, keputusan majlis itu boleh dicabar dari sudut integriti kerana tidak mendapatkan maklumat sahih dengan mengadakan pertemuan dengan semua pihak terlibat.

“Jika diteliti semula, jelas membuktikan fatwa ini tiada nilai integriti kerana menyebelahi sesebuah pihak sedangkan ianya bertentangan dengan kaedah sebenar yang mesti bebas.

“Maklumat lengkap diperlukan dari pelbagai sudut sebelum diputuskan ianya haram atau tidak.

“Jika fatwa menyebelahi sesebuah pihak, pastinya tidak akan dapat diterima rakyat. Kita minta fatwa ini dikaji semula,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahmad Kassim berkata, Majlis Fatwa juga perlu mengambil kira apa yang diperjuangkan rakyat sama seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat sebelum ini.

“Ulama terkenal, Syeikh Yusof Al-Qardawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat di Mesir digesa turun ke Dataran Tahrir dan golongan yang mati dikira para syuhada.

“Bermakna menentang kerajaan zalim dan korup merupakan jihad, walaupun dalam konteks negara berlainan namun apa yang diperjuangkan adalah sama,”
 katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa yang hanya mengeluarkan fatwa berhubung perhimpunan sedangkan isu-isu besar yang menjadi perosak umat Islam tidak dibincangkan.

“Berkenaan akhbar Utusan (Malaysia) yang keluarkan gambar lucah tidak pula dibincangkan untuk mengeluarkan fatwa, kenapa tidak membincangkan apa hukumnya polis bertindak zalim dengan memukul, menendang dan menyepak peserta.

“Ini yang saya katakan berat sebelah, mereka hanya mahu menjaga ‘bos-bos’ mereka tanpa memikirkan akibatnya. Cuba lihat dalam pelbagai konteks, bukannya tertumpu kepada sebelah pihak,”
 ujarnya.

Dilaporkan, Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Walhal, pada Himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu, polis menyebabkan keadaan tegang kerana sebelum itu, himpunan berlangsung aman. -KD

Posted by ajimaz 0 ulasan


Ulama terkina terutama majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang berupa sekerat sekerat. tidak penuh ulasan nya. maka kini seluruh rakyat biasa telah berani mempersoal kan kewibawaan fatwa tersebut.
kerana fatwa yang berbentuk kepentingan politik tertentu, maka hukum Islam tersebut dipandang remeh rendah oleh orang islam dan bukan islam. kita lihat ulama terkina (UMNO) tidak berniat untuk memertabatkan ISLAM itu sendiri. mereka bercakap atas dasar untuk mencari sesuap nasi isi perut mereka. halal haram sudah diketepikan oleh ulama yang dudok dalam UMNO.
haram nya BERSIH sudah jadi topik perbincangan umum di kedai kopi dengan memperlekehkan majlis fatwa dengan gelaran fatwa duit poket sepuloh sen.
PERINGATAN = JANGAN JUAL AGAMA KERANA SESUAP NASI YANG BASI

Posted by ajimaz 0 ulasan


KUALA LUMPUR, 7 Mei: PKR berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha’b (Revolusi Rakyat).


Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, Dr Yusuf berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.

“Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 April yang lalu.

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28 April secara menyeluruh,” ujarnya lagi.

Katanya, PKR yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia.

Justeru, ujarnya kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya.

“Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat,  perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?

“Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadapan keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0?” tanya beliau.

Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat.

“Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su’ al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur’an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil.

“Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur ‘politik murahan’ dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berautoriti,” katanya lagi

Posted by ajimaz 0 ulasan


Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.
Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.
Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.
Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.
Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.
Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)
Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib  dan dituntut sebelum memberi hukum?
Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:
1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.
2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.
3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap  :
  • Penyebaran video dan gambar lucah
  • Tuduhan tanpa bukti dan saksi
  • Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
  • Penyalahgunaan wang zakat
  • Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
  • Hukum menipu dalam pilihanraya
  • Hukum menafikan hak royalti Kelantan

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Subscribe to My Blog

Subscribe Here