KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.
Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.
Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu.
Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai.
"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai.
Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.
"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi.
"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.
Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar.
Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.
"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan.
"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau.
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali berkata, menjelang beberapa hari sebelum 16 September 2008, sekurang-kurangnya 30 anggota parlimen BN sudah bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Melalui buku tulisannya 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali', beliau menceritakan anggota parlimen itu ada dari Semenanjung dan juga Sabah Sarawak dan majoritinya adalah bukan Melayu atau Bumiputera bukan Islam.
"Kami (Majlis Pimpinan Pakatan) bersetuju bahawa seandainya kerajaan baru hendak ditubuhkan, maka majoriti anggotanya hendaklah terdiri daripada orang Melayu atau Muslim.
"DAP pun setuju dengan pandangan ini," ceritanya dalam Bab 7: Keadilan menghadapi cabaran dibawah tajuk 'Peristiwa 16 September'.
Menurutnya, tugas menarik lebih ramai ahli Umno untuk berpindah itu diberikan kepada Azmin Ali dan Saifuddin Nasution.
"Khabarnya salah seorang dari Terengganu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, yang kebetulan meninggal selepas itu," tulis beliau lagi.
Menurut beliau lagi, beliau juga mendapat maklumat veteran Umno Tengku Razaleigh juga akan menyertai Pakatan bersama empat pengikutnya.
"Tetapi beliau mengenakan syarat agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri," katanya.
Beberapa pemimpin Pakatan secara tak rasmi dalam perbualan mereka katanya, menyatakan boleh menerima syarat tersebut jika Tengku boleh membawa 15 hingga 20 orang ahli parlimen BN lain bersamanya.
Tambahnya, pucuk pimpinan Umno menyedari hal-hal yang berlaku ini, oleh sebab itulah beberapa hari sebelum 16 September mereka telah mengangkut sebilangan besar Ahli Parlimen Umno-BN ke Taiwan dengan alasan kononnya hendak meninjau perkembangan pertanian di sana.
Dr Syed Husin juga menulis ada juga sesetangahnya di terbangkan ke Macau dan New York.
Dalam pada itu pemimpin Pakatan Rakyat sependapat bahawa proses menjatuhkan kerajaan Umno-BN hendaklah dilakukan mengikut Perlembagaan melalui undi tidak percaya dalam Parlimen dan dalam pada itu beberapa kali Anwar selaku Ketua Pembangkang cuba mengemukakan isu untuk usul undi tidak percaya,secara langsung atau tidak langsung akan tetapi Perdana Menteri melalui Speaker tidak membenarkannya.
Walaupun surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong memohon agar Sidang Khas Parlimen diadakan tetapi tiada jawapan diterima dari Yang di-Pertuan Agong.
Melalui perbincangan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat serta mengambil kira nasihat daripada kalangan yang rapat dengan Istana maka keputusan diambil seperti berikut:
Pertama, tiada jaminan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan bertindak melantik Perdana Menteri baru berdasarkan majoriti yang diperolehi melalui bukti surat bersumpah.
Kedua, pemimpin Pakatan Rakyat tetap berpegang kepada prinsip bahawa perubahan kuasa hendaklah dilakukan melalui proses undi tidak percaya, sebagaimana yang biasa diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen.
Dalam suasana tanpa keputusan ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengambil beberapa tindakan antaranya beliau memastikan pihak polis sentiasa mengintip gerak geri orang diketahui mungkin akan berpindah, malah sesetengahnya telah diugut dengan tindakan oleh pihak polis dan juga pegawai anti rasuah.
Ketiga, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak kira-kira RM3 bilion untuk projek-projek pembangunan Sabah-Sarawak.
Keempat, Najib telah melantik beberapa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak terutama yang diketahui memainkan peranan utama untuk berpindah menyokong Pakatan Rakyat ke jawatan-jawatan politik tertentu.
Segala tindakan ini meredakan sedikit keadaan, akan tetapi Najib dan kerajaan yang dipimpinnya masih merasa tercabar oleh kekuatan Pakatan Rakyat.
Dr Syed Husin juga mendedahkan Najib menjalankan strategi serampang empat untuk melemahkan bahkan memupuskan pengaruh Pakatan Rakyat.
Strategi tersebut dengan cara memfitnah Anwar, mencemarkan nama baik PKR, memecahbelahkan Pakatan dan memburukkan kerajaan yang dikuasai Pakatan Rakyat terutamanya Selangor
MUTAKHIR ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.
Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.
Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.
Namun, apa yang penting ialah “Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?”
Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.
Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.
Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.
Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.
1. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.
2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?
3. Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.
4. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?
5. Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?
6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?
7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?
8. Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?
Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.
Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?
Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, “Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung.” Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan ‘Asal bukan Umno’ akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.
Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.
Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.
Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.
Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?
Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda ‘tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung’. Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. “Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah. "Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Namun, apa yang penting ialah ‘Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?" tanya beliau. Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah? Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990? Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu? Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno? Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno? Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam? Untuk Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam. “Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?” tegas beliau. Tuan Ibrahim turut menyifatkan parti komponen BN masih mengamalkan pemikiran sempit dari era sebelum merdeka. “Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC,” kata beliau. Kini, kata Tuan Ibrahim rakyat negara dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Beliau turut mengingatkan hakikat bahawa kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. “Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya,” terang beliau sambil bertanya, “Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?” Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. “Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain. “Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa,” tegas beliau lagi. |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) dengan menamakan individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?
“Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.
Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.
"Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.
"Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.
"Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform yang katanya untuk menentang ketirisan," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.
Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.
Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).
Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.
Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.
Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.
Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.
Malah timbul pelbagai spekulasi negetif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan BERSIH 2.0.
Justeru itu, BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen. Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar dalam sejarah.
BERSIH 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu dan penetapan tarikh BERSIH 3.0 selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.
Seandainya apabila tiba masanya kerajaan terus berdolak-dalik dalam soal tuntutan BERSIH sebelum ini, BERSIH 3.0 ketika itu sudah bersedia dengan mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi dipenuhi lautan rakyat tidak kira apa warna kulitnya dan apa jua warna bajunya.
Harus diingat, setiap mereka yang turun pada 709 akan tetap hadir lagi sekali apabila menyedari tiada apa yang boleh menghalang 120ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu. Mereka yang tidak sempat hadir pada BERSIH 2.0 juga akan turun bersama apabila menyedari demi demokrasi, tiada apa yang perlu ditakuti.
Berapa ratus ribu yang akan turun dalam BERSIH 3.0 bukan soalnya lagi. Kerana kali ini semua yang hadir turut bersedia untuk dicekup dan ditangkap, memandangkan makanan yang disediakan adalah RM25 sekepala. Pihak berwajib perlu sediakan kem yang lebih besar kerana rakyat yang hadir kali ini semuanya lapar... Lapar demokrasi!
Edyes dengan ini, menyatakan tahap sedia bukan sahaja untuk turun berdemonstrasi secara aman, tetapi bersedia untuk ditangkap dengan syarat, sediakan makan minum secukupnya kerana ramai akan bersama saya untuk ditangkap dan kemudian dibenarkan makan percuma.
BERSIH 3.0 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Tarikhnya akan diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius melaksana reformasi pilihanraya.
Jangan sekali-kali 'under-estimate' kekuatan rakyat. Kami sudah buktikan rakyat kuat di BERSIH 2.0 dan kami tiada masalah untuk buktikannya semula dalam BERSIH 3.0.
KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.
Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.
"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.
"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.
"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.
Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.
Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.
Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.
"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.
"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya
Surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat. Di dalamnya terkandung kelebihan yang hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya. Allahu Akbar !!!
Surah Al-Fatihah diagungkan dan diberi kelebihan oleh Allah untuk dibaca di dalam setiap yang dinamakan solat, tanpanya tidaklah sah solat seseorang itu. Begitu besarnya surah ini di sisi Allah SWT.
Surah Al-Fatihah dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimm !!! (Bismillahirrahmanirrahimm...dikira sebagai salah satu ayat di dalam Al-Fatihah) Terlupa membaca Bismillahirrahmanirrahimm...maka tidak sah solat seseorang itu mengikut Mazhab Shafiee.
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah bersifat Pemurah dan Penyayang kepada semua makhluknya tidak kira orang Islam mahupun orang kafir.
* Tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah, seperti : makan, minum, menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya. Allah ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk memerlukan Nya. Ar-Rahman (Maha Pemurah) : salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian, bahawa Allah melimpahkan kurniaNYA kepada makhluk Nya.
Sebab itulah kita dapati.....bukan sahaja orang Islam...orang kafir pun hidup senang dan kaya raya dengan Limpah Rahmat dan Kurnia... yang Allah beri kepada mereka tanpa memilih sempadan kafir mahupun Muslim. Itu yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua sebenarnya. Tetapi kita pula membeza bezakan dan mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa sendiri lebih daripada memperjuang dan mempertahankan Islam yang mana Allah perintahkan untuk kita menjaganya (Islam sebagai Amanah). Perintah ini datang semasa kita berada di alam Roh lagi. Bukan kita tidak boleh memperjuangkan bangsa tetapi janganlah sampai mengenepikan konsep dan ajaran Islam itu sendiri dan menzalimi kaum dan bangsa lain dengan jalan yang tidak adil.
Islam itu tinggi dan lebih tinggi dari bangsa dan segala-galanya. Apabila Islam datang...maka apa yang rendah dan berada dibawahnya janganlah ditinggikan pula. Itu tak betul.
2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menguasai Langit dan Bumi juga Tuhan kepada alam semesta ini.
Lain halnya dengan Syukur yang bererti : mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Dan kita menghadapkan segala puji-pujian kepada Allah kerana Allah jua lah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji. Semua yang diciptakan Allah yang tergolong di dalam Alam Semesta ini memujiNYA termasuklah alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya.
Sekiranya Allah Swt...membuka hijab manusia, nescaya kita akan lari bertempiaran... Terkejut kita bilamana mendengar seluruh isi hutan riuh rendah berzikir memuji Allah Swt. Sekarang kita tidak mendengar kerana dihijab oleh Allah.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sifat pemurah dan penyayang Allah melebihi pemurah dan penyayang mahkluk. Maha Suci Allah.
4. Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah adalah Raja dan Hakim di hari Kiamat iaitu hari manusia diadili di Mahkamah Allah nanti.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Hanya kepada Allah jua Tuhan yang kita sembah dan tiada tuhan selainNya. Allah jua lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan. Ini adalah suatu lafaz pengakuan di hadapan Allah ketika solat kepadaNya. Di mana kita sebagai hamba... hanya menyembah dan memohon hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam.
Tetapi ramai yang tidak SEDAR yang kita masih menyembah selain dari Allah.??? Mana taknya....Hukum yang Allah perintahkan dan turunkan di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW untuk kita laksanakan ketika hidup di dunia ini, kita tak ambil pusing...malah turut bersekongkol mempertikaikannya bersama golongan-golongan yang mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ??? Mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ....tidakkah itu sama seperti menyembah selain dari Allah. Tidakkah tindakan itu tergolong dalam mensyirikkan Allah. Nauzubillahiminzalik.
Apa alasan kita di Mahkamah Allah nanti..apabila Allah bertanya...mengapa engkau menjadi pengikut kepada golongan yang tidak menggunapakai hukum Ku ketika hidup di dunia..??? Boleh ker..kita jawab....uhh...hukum ituu tak sesuai di dunia kerana di Malaysia..masyarakatnya Majmuk. ha ha....ha....!! Jangan diperbodohkan tuan-tuan.
Apa yang kita lafaz dan ikrarkan di dalam solat hendaklah di bawa bersama di luar solat. Dilafazkan dengan lidah, dibenarkan dalam hati dan dilakukan dengan perbuatan. Kita mengaku yang kita sembah Allah...kita sembah betul-betul, sembah itu bukan hanya di dalam solat sahaja....itu perlu kita ingat. Sembah Allah itu merangkumi semua aspek termasuklah hukum hakam, pemerintahan, syariat, jual beli dan bermacam-macam lagi dalam semua aspek kehidupan. Zina hukumnya sebat atau rejam.....tapi kita ambil hukum selain dari hukum Allah. Kita denda mereka yang berzina sebanyak RM1000-2000 sahaja. Esok lusa dia buat lagi...pasal denda buang sampah pun lebih mahal lagi. Sebab itulah zina dan buang anak bermaharajalela di negara kita.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kita bermohon kepada Allah agar menunjuki kita jalan yang lurus lagi jalan yang diredhoi.....tetapi kita masih cakap tak serupa bikin, kita masih memilih pemimpin-pemimpin yang membina pusat-pusat perjudian, pub dan disko, tempat tempat dan sarang maksiat dan menghina mereka yang menyeru amal maaruf dan nahi mungkar. Kita hina ulamak, kita hina mereka yang bangun untuk solat malam, kononnya solat malam mengganggu pelajaran mereka di siang hari.
Dan apabila pegawai penguatkuasa agama menangkap mereka yang meminum arak, ramai dikalangan orang yang mendakwa dirinya Melayu...bangkit marahkan penguatkuasa dan membela mereka yang minum arak kononnya itu melanggar hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tapi bila solat ...tahu pulak sebut perkataan "tunjukilah kami jalan yang lurus".. Sungguh tak tahu malu betul.
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.
Kita mohon pada Allah, jalan yang Allah kurniakan nikmat terhadap orang-orang yang terdahulu daripada kita. Siapa orang-orang yang terdahulu itu ? Tidak lain dan tidak bukan... jalan para nabi, Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiit Tabien. Itulah jalan menuju kejayaan.
Dan kita mohon pada Allah jauhi jalan orang-orang yang Allah murkai. Siapakah orang yang Allah murkai? Itulah jalan orang-orang Yahudi yang Allah murkai dan laknati. Jadi jangan sekali-kali kita ikut dan mencontohi jalan orang-orang Yahudi ini (dari keturunan Bani Israel). yang banyak membunuh para nabi dan mempertikaikan hukum Allah dan perintah 25 Rasul.
Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Sesat di sini merujuk kepada orang-orang Nasrani. (Kristian) Yang mendakwa Allah itu mempunyai anak. Tuhan itu beranak. Mereka mendakwa Nabi Isa itu anak tuhan. Itulah jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang-orang yang mensyirik dan menyengutukan Allah SWT. Nauzubillah.
Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Aaminn.
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
- Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
- Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
- Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
- 4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Fahamilah ayat yang Allah turunkan ini, semoga mendapat petunjuk.
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”-(Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177).
Surah al-ahzab.
66. pada masa muka mereka dibalik-balikkan Dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67. dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar.
68. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka Dengan laknat Yang sebesar-besarnya!". -[surah al-ahzab ayat 66,67,68 ]
“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."- [TMQ Fathir (35) : 5-6].
Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla.- Riwayat Thabrani dan Hakim.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”- Riwayat Muslim.
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.
Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.
ماري كيت سيمق مقصود فرمان الله تا'الا:
﴿اتتاوبه : 29﴾.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" -(Attaubah : 29).
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat).- Riwayat Bukhari dan Nasae’i.
15] Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16] Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.-[Surah Hud ayat 15-16
suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan
sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat
baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis
itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang
sedang mengambil makanan.
dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang
begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau
dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang
ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah;
iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan
kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang
tajam terhadapnya.
adalah malaikat Izrail. Pemuda itu dapat
merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang
untuk mencabut nyawanya. Lalu dia meminta Nabi Sulaiman
agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi
tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang
pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat
mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya
telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda
tersebut ke pulau yang diminta.
gembira kerana telah berjaya lari daripada maut.
Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia
terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut
telah tercegat di belakangnya! Dengan perasaan
berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail
mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam
majlis Nabi Sulaiman.
dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail telah mendapat perintah daripada Allah ‘azza
wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau
yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang
sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia
bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu
berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail )
dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat
yang begitu jauh daripada tempat majlis itu
berlangsung dalam masa beberapa minit lagi.
pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh
dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat
Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut
nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah
berada di pulau itu. Maka mudahlah kerjanya. Barulah
pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha
Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana
jua kita berada.
Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Mati Ketika Sujud Kepada Allah
Dikisahkan...
Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya. Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”
Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”
Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”
Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.
Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”
Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”
Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.
KUALA LUMPUR, 8 Nov: PAS hari ini mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan kenapa dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan. |