"Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.
"Bersih kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami.
"Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," kata Bersih dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini.
Menurut Bersih lagi, jika Najimah benar berhasrat menepati kata-kata beliau sebelum ini, beliau pasti akan mengusahakan agar Stadium Merdeka boleh digunakan sebagai tempat perhimpunan Bersih.
"Jikalau Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar acara ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka," kata Bersih lagi.
Walau pun begitu, Bersih selaku gabungan rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip-prinsip mereka tetap akan menggunakan hak mereka untuk berhimpun secara aman walaupun kerajaan Umporno BN kelihatannya tidak mengambil pendirian yang sama.
"Sama ada kerajaan berpegang kepada prinsip-prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan berpegang kuat kepada prinsip-prinsip kami. Semangat kami untuk menggunakan hak perlembagaan kami untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan tidak akan berbelah bagi.
"Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik.
"Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami.
"Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan," kata Bersih
0 Responses
Catat Ulasan