Malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan UMNO
UMNO yang menjadi teras Barisan Nasional (BN) juga
mendabik dada, kononnya merekalah parti penyelamat orang melayu
beragama Islam dan memimpin negara yang bermasyarakat majmuk.
Hakikatnya, ternyata mereka telah gagal dan mengundang padah
malapetaka kepada orang melayu yang telah beragama Islam dan
membawa wajah yang salah terhadap masyarakat majmuk yang
menjadi realiti negara Malaysia. Hasilnya, imej Islam yang begitu murni
telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa
UMNO dalam negara kita ini.
Inilah malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan
negara kita selama lebih dari 50 tahun diberikan amanah menjaga
pemerintahan oleh rakyat. Hasilnya, kita melihat orang melayu dan
Islam semakin lemah pemahaman politik mereka setelah pemikiran
mereka diasak dengan pemahaman perkauman yang sempit selama
puluhan tahun. Dalam aspek ekonomi pula, pemilikan ekonomi yang
sebenar dan seimbang tidak berlaku kerana harta negara menjadi
modal pusingan di kalangan sesama pemimpin mereka sahaja. Rakyat
terus menerus dihimpit oleh pelbagai skandal yang melangsaikan
harta negara. Kawasan blok minyak negara yang bernilai ratusan
billion ringgit pula diserah milik kepada orang lain sebagai bahan
pertukaran.
SEBAHAGIAN DARIPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Pada Muktamar Tahunan PAS ke – 56
2010“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”
0 Responses
Catat Ulasan