.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

Sidang Media Isu Judi Bola Dibatalkan Saat Akhir, Dek Kerana Cari Makan Ustaz Jamil Khir Baharom Tergamak Tidak Sanggup Menyatakan Kebenaran

PUTRAJAYA, 11 Jun [2.30 pm] - Mungkin agaknya gusar dengan pelbagai soalan yang akan dikemukakan oleh para wartawan yang sedang menunggu, maka akhirnya sidang media khas bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 dibatalkan di saat akhir hari ini. Sidang media yang sepatutnya dibuat oleh Menteri Agama UMNO BN iaitu Datuk Jamil Khir Baharom (foto), khabarnya dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Najib Razak. Pembatalan tersebut mengecewakan para wartawan yang sudah menunggu lebih sejam yang lalu di Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin. Menurut satu kenyataan, Jamil Khir dilarang mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, kerana takut bercanggah dengan hasrat Perdana Menteri sendiri. Persoalannya sekarang, siapakah yang lebih ditakuti oleh Menteri Agama itu sama ada Allah SWT atau Najib Razak. Selama ini beliau banyak memberi tazkirah kepada umat Islam bahawa "judi itu haram". Kini beliau terpaksa "menutup mata" dan apakah beliau harus bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bersedia membenarkan aktiviti perjudiaan haram itu diberi lesen oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam agaknya. Sanggupkah beliau menanggung dosa mereka yang akan berjudi itu nanti. Apakah yang mahu dijawab didepan Allah diakhirat kelak?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya.

[Benarlah kata Allah, di akhir zaman itu msanggup menjual agama hanya untuk kepentingan duniawi semata-mata. Memang ada golongan ulamak yang Samalah juga dengan Jamil Khir, beliau lupa segala ilmu yang ada dalam dirinya selama ini. Malah, berkali-kali beliau mengingatkan pengikutnya supaya menjauhi perkara-perkara yang haram jika mahukan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Kini beliau terperangkap antara "Judi Haram" dengan "Cari Makan" dibawah Najib Razak. Akhirnya beliau akur dan tidak berani membuat sebarang keputusan, sedangkan dia telah diamanahkan menjaga Hal Ehwal Agama Islam di negara ini. Sungguh hina nasib bekas pendakwa ini apabila masuk ke "lubang Shittt". Samalah seperti Pirdaus Ismail, Nakhaie, Mashitah Ibrahim dan lain-lain pendakwah bebas yang bersama UMNO BN sebelum ini. Semua mereka bagaikan "badut-badut" dan "Syaitan Bisu" yang dipelihara oleh puak-puak munafik untuk menangkis kebenaran Islam itu sendiri. Maka itu jugalah kita tidak hairan, Jamil Khir sanggup menghalang hukuman Qazaf berlandaskan syariat Islam terhadap Saiful dalam kes fitnah liwat terhadap Anwar].

Posted by ajimaz 0 ulasan


Malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan UMNO

UMNO yang menjadi teras Barisan Nasional (BN) juga
mendabik dada, kononnya merekalah parti penyelamat orang melayu
beragama Islam dan memimpin negara yang bermasyarakat majmuk.
Hakikatnya, ternyata mereka telah gagal dan mengundang padah
malapetaka kepada orang melayu yang telah beragama Islam dan
membawa wajah yang salah terhadap masyarakat majmuk yang
menjadi realiti negara Malaysia. Hasilnya, imej Islam yang begitu murni
telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa
UMNO dalam negara kita ini.

Inilah malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan
negara kita selama lebih dari 50 tahun diberikan amanah menjaga
pemerintahan oleh rakyat. Hasilnya, kita melihat orang melayu dan
Islam semakin lemah pemahaman politik mereka setelah pemikiran
mereka diasak dengan pemahaman perkauman yang sempit selama
puluhan tahun. Dalam aspek ekonomi pula, pemilikan ekonomi yang
sebenar dan seimbang tidak berlaku kerana harta negara menjadi
modal pusingan di kalangan sesama pemimpin mereka sahaja. Rakyat
terus menerus dihimpit oleh pelbagai skandal yang melangsaikan
harta negara. Kawasan blok minyak negara yang bernilai ratusan
billion ringgit pula diserah milik kepada orang lain sebagai bahan
pertukaran.

SEBAHAGIAN DARIPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Pada Muktamar Tahunan PAS ke – 56
2010“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”

Posted by ajimaz 0 ulasan

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik
Pada suatu hari, ketika sepasang sisuami dan siisteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .


Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .


Kesimpulan :

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

Jelas Hidup kita seperti putaran roda dan kita tidak selalunya di atas . Ada masa dan ketikanya anda dan saya akan turun dan ke bawah dan naik semula atau sebaliknya .

Subscribe to My Blog

Subscribe Here