Sebab penganugerahan:
Dari ibnu Abbas:
Disebut kpada Rasulullah s.a.w bahawa seorang lelaki daripada golongan bani Israel telah membawa senjata di pundaknya(berjuang fi Sabilillah) selama seribu tahun. Maka Rasulullah s.a.w kagum terhadap demikian maka baginda s.a.w berharap ummatnya mendapat keistimewaan yg seumpama itu. Maka baginda mengadu kepada tuhannya:
يا رب أمتي أقصر الأمم أعمارا ، وأقلها أعمالا
Maksudnya: Hai Tuhanku ummatku adalah ummat yg paling pendek umurnya dan sedikit amalannya.
Maka Allah memberikan malam lailatul qadar. Allah berfirman:
TAfsirnya: Malam lailatul Qadar lebih baik dr seribu bulan. (Muatta Malik dan tafsir bagawi)
Waktunya:
Waktunya pada malam ganjil pada 10 ramadan yg terakhir iaiatu malam 21,23,25,27 dan 29 ramadan. (INi adalah pendapat yg kuat daraipada banyak pendapat)
Nabi s.a.w bersabda:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: Carilah Lailatul Qadar pd mlam ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadan.(Hr Bukhari)
Tanda2nya:
1. Nabi bersabda:
لا يخرج الشيطان حتى يخرج فجرها
Maksudnya: Syaitan tidak ada syaitan sehinggalah habis fajar.(Ibnu Hibban)
2. Nabi bersabda:
أن المياه المالحة تعذب تلك الليلة
Maksudnya: Sesungguhnya Air masin menjadi tawar pd malam itu.(Hr Baihaqi)
Ibnu Qasim anak murid Imam Malik telah meminum air laut pada malam lailatul qadar dan rasanya tawar.
3. Nabi bersabda:
هي ليلة بلجة لا حارة ولا باردة ولا سحاب فيها ولا مطر ولا ريح ولا يرمى فيها بنجم ، وتطلع الشمس صبيحتها
مشعشعة حمراء لا شعاع لها
Maksudnya: Ia malam yg bercahaya tak panas, tak sejuk, tiada awan, tiada angin, tiada bintang2 dan terbit matahari pd paginya bercahaya tanpa sinar yg kuat.(Hr Ibnu Khuzaimah)
Doa pd malamnya:
Aisyah bertanya: Ya Rasulullah apakah yg perlu aku doa jika bertemu lailatul qadar? Nabi s.a.w menjawab:
Ucaplah:اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Mksudnya: Ya Allah sesungguhnya dikau adalah maha pemaaf sukakan kemaafan. Maafkan daku.(Hr Ahmad)
Rujukan: Baridul Islam oleh Dr Taha Rayyan dan Tahzibul Misykah oleh Syeikh Nuruddin Marbu.
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Categories:
amalan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Responses
Catat Ulasan