.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Posted by ajimaz 0 ulasan

1.. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.

2.. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.

3.. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.

4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.

5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

Posted by ajimaz 0 ulasan


1.. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.

2.. Tiap bertambah amalnya, bertambah pula bongkaknya.

3.. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta.

4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.

5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.

Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain.

Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu, sebelum anda mengemukakan kesukaan anda.

Posted by ajimaz 0 ulasan


Dalam Banyak2 air, air apa yg paling berani? Ha.Ha. Ape bende tu? Kalau nak tahu, jawapannya ialah air kopi..eh.eh takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak-banyak binatang...binatang apa keluar haid...nak tau cari sendiri... takdok eh..jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD..saja buat lawak..tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga.. apabila selesai persembahan dia jln terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... binatang ape yg bertelur dan beranak.....? kira 2 alam la niiii.....ha jawap2....nak tau jawapanye...? siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat? Jawapaaaaaaannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...lawak tak.. alahhhh,lawaklah ye..

Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah.saya bagi 2 saat.
...........................................................................................................1 saat
............................................................................................................2 saat
oklah jawapannya adalah motor, sebab motor pakai tongkat...MUAHAHAHA..... WASSALAM

Dlm banyak- banyak pokok, pokok apa yg baik hati? aku tak sanggup dah tengok >sure hampa teriak. kuaq ayaq mata ooo...... jawapan dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia. Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...keh keh keh..jawab jgn tak jawab.. nak tau apa.huruf TA dan YA laa...kan jadi TAYAR tu..HEHEHE Nih aku nak teka ni...kasut apa yang paling keras??haa..pikiaq2..apa? kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka???? Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti? jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ..ahhh sape dapat jawab???? senang jer...tahu tak jawapannya? aahh jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara pasangan bercinta lerrr .hehehehe Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa? orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!! Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan.. jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji

Posted by ajimaz 2 ulasan



Nasihat yang ringkas namun sangat berkesan untuk menghilangkan stress. Cubalah…

v Letakkan bunga segar di atas meja kerja kamu. Selain menyegarkan mata, bunga itu juga boleh membangkitkan mood ceria kamu.

v Sebelum kamu memulakan tugasan . cuba tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali. Lakukannya secara santai.

v Walau sesibuk manapun jadual tugasan kamu. Pastikan kamu tidak melewat-lewatkan waktu makan tengah hari.

v Curi masa 1 minit sewaktu menyelesaikan tugasan dengan mengurut-urut bahu kiri dan kanan untuk mengembalikan kesegaran semula.

v Pastikan meja kerja kamu berada dalam keadaan kemas dan bersih.

v Percayalah,kebersihan dan keselesaan itu mampu merangsang minda kamu.

Posted by ajimaz 0 ulasan

DI MANA.

Engkau kaya
Tiada berduit

Engkau mengetahui
Tanpa belajar

Engkau......................
Itu siapa
Cuba teka
Ramai sebutmu

Tiada ketahui tempatmu
Di mana.................

Rupa-rupanya dalam diriku

Kafirlah aku.

Posted by ajimaz 0 ulasan




Firman Allah didalam hadis Qudsi,

Ertinya:Barang siapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya.

Dengan mengenal diri maka dapat mengenal tuhan,kerana diri rahsia Tuhan itu ditanggung

oleh manusia.

Seperti firmanNya didalam hadis Qudsi,

"Al insaanu sir rii wa anaa sir ruh"

Ertinya:MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA.

Posted by ajimaz 3 ulasan

1) menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang dengan urusan akhirat.
2) kemahuannya kuat terhadap ibadah dan membaca al-quran.
3) sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukannya.
4) sangat memelihara solat fardhu.
5) menjaga diri dari yang haram mahupun syubhat walaupun sedikit.
6) bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik.
7) bersifat merendah diri.
8) bersifat dermawan yang ikhlas.
9) belas kasihan terhadap makhluk Allah yang lain.
10) bermanfaat kepda orang lain.
11) selalu ingat mati dan bersedia untuk menghadapinya.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here