.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu - Dr Mahathir

email
comments
MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu -  Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Posted by ajimaz 0 ulasan


Banjir Madinah 2013 – Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah
Posted on Monday, October 28 @ 16:30:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Selongkar
Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.


Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.
Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.
Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.
Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.
Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.
Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.
Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.
Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.
Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.
Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )
Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.
Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.
Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN – Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.
Keadaan banjir di madinah 2013.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Petua untuk kekal awet muda cara Islam


Ramai di kalangan kita hendak memiliki wajah dan tubuh badan yang sentiasa sihat dan kekal awet muda sentiasa. Kali ini, Giler Kentang ingin kongsikan beberapa petua untuk kekal awet muda cara Islam.

Petua ini sesuai digunakan oleh semua golongan dan jantina:

1) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

3) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

4) Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

5) Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat Subuh bacalah Surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

6) Hafalkan ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7) Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

8) Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. Insya Allah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer..*

9) Muka kalian biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Jom kita amalkan selalu, semoga badan kita sentiasa bertenaga dan sihat untuk melakukan aktiviti seharian.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan
Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI DILAKSANAKAN DI SOMALIA | Inilah hukuman yang dijalankan pada seorang yang mengaku melakukan zina di Somalia. Semoga kejadian ini menjadi renungan dan keinsafan kepada kita semua. Subhanallah.

Hukuman rejam di somalia untuk kesalahan zina bagi yag telah berkahwin. Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua

Posted by ajimaz 0 ulasan




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW serta sekalian Ahli Baitnya. Dan dengan merekalah kita senantiasa beroleh syafaat dan manfaat baik dunia mahupun akhirat. Semoga terungkai segala misteri yang terbuku di alam Nusantara ini, Amiin.

Ini adalah artikel pertama saya yang ditulis di blog selepas beberapa hari tragedi kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pihak media. Sejak 8 Mac sehingga kini, saya diasak bertalu-talu.Inbox saya tidak putus-putus menerima pelbagai mesej dan email daripada orang yang dikenali dan tidak dikenali berkenaan MH370.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menulisnya di wall facebook saya secara peribadi. Setelah beberapa siri artikel saya tulis di facebook, saya kira ia amatlah terhad dan kini setelah hampir 1 minggu kes ini berjalan, saya tergerak untuk menulis artikel ini di sebuah blog baru dan bukannya di blog bradokapak sendiri. Sila pastikan sebelum anda membaca artikel berikut, lengkapkan pengetahuan asas mengenai kes MH370 terlebih dahulu agar memudahkan anda untuk memahami situasi yang hendak diceritakan. Jika belum ada pengetahuan asasnya, boleh baca disini.

Tanpa melengahkan masa, saya nukilkan artikel saya seperti berikut....

MH370: Suatu Misteri

*Amaran Keras! Jangan baca jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru. Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal manusia biasa. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka.

1. Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014.

2. Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.

3. Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah menghantar segenap pasukan perisikan anti-pengganas mereka ke rantau ini. Ia terdiri daripada Federal Bureau Inteligence (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan sekutu mereka Interpol. Dalam masa yang sama pihak US juga telah menyeru negara-negara rantau ini untuk sama-sama terlibat dalam misi membantu Search And Rescue (SAR) yang dijalankan pihak Malaysia.

4. Tidak kurang dari 24 jam, pelbagai bantuan telah dihantar oleh negara-negara jiran dan dua negara besar yang jauh, iaitu US dan Australia (Aussie). Seluruh misi SAR ini dikawal selia oleh pihak berkuasa Malaysia dibawah Kementerian Pengangkutan, Pertahanan dan juga pihak DCA, MAS, ATM, TUDM dan sekutu kerajaan. Dibantu oleh pihak media bagi hebahan umum, operasi SAR MH370 telah dilancarkan seawal pagi 8 Mac 2014.

5. Pesawat MH370 tersebut sebenarnya membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew termasuk pilot dan co-pilot. Hanya seramai lebih kurang 38 orang sahaja penumpang warganegara Malaysia dan sekitar 10 orang sahaja berbangsa Melayu selebihnya adalah sekitar 152 orang warganegara China dan bakinya adalah pelancong asing daripada Ukraine, Australia dan negara-negara lain. Pilot adalah Kapten Zaharie dan dibantu co-pilot, Farid Hamid, 27 tahun. Info lengkap kronologi dan data penumpang pesawat boleh rujuk disini.

6. Apa yang memeranjatkan dunia adalah pihak US yang tergesa-gesa menghantar bala tentera mereka ke rantau ini kononnya bertujuan membantu misi SAR yang kita anjurkan. Pihak US telah menghantar lebih 30 buah US N. 7th Fleet ke Selat Melaka dan juga ke Laut China Selatan disamping membawa US KIDD, Pickney, Poseidon dan lain-lain kelengkapan canggih vessel dan pesawat mereka.

7. Saya ringkaskan, dalam masa yang sangat singkat sudah hampir 13 buah negara menyertai misi SAR ini dengan kelengkapan melebihi 80 buah jentera bersaiz besar.

8. Saya bersangka baik, semua pihak yang hadir memberi bantuan adalah disebabkan negara kita yang sangat baik hati. Orang kata, buat baik dibalas baik. Negara kita adalah satu-satunya negara yang tidak pernah terlepas misi bantuan ke mana-mana negara yang terkena bencana tak kira bila dan di mana.

9. Namun, saya juga bersetuju jika ada yang mengatakan pihak yang hadir menghantar bantuan SAR ini ada yang mengambil kesempatan.

10. Terutamanya pihak US dan sekutunya serta media antarabangsa yang sudah pasti dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Mereka ini berperanan utama dalam menyebarkan provokasi dan pelbagai spekulasi liar untuk memancing kerajaan negara kita agar membuka pekung yang tersembunyi.

11. Namun saya tidak menolak ada antara mereka yang benar-benar ingin membantu kita dalam menyebarkan berita yang telus dan benar serta berita-berita diluar jangkaan orang awam.

12. Saya amat yakin, setiap kali press conference di adakan, tak kira dimana sekalipun ia dibuat, satu skrip khusus telahpun disediakan agar jalan cerita sama dengan yang dirancangkan.

13. Pada awalnya, skrip agak kucar kacir namun sejak kebelakangan ini ia seakan-akan semakin teliti dan selari menurut kehendak sang pencatur.

14. Okay, sekarang kita berbalik kepada punca dan asbab.

15. Pada satu minggu sebelum kejadian MH370 berlaku, saya telah ke Terengganu. Ketika di sana saya bertemu dengan seorang brader yang menceritakan kepada kami klu-klu kejadian yang berlaku pada minggu ini.

16. Kami langsung tidak menyangka yang kejadian MH370 ini terjadi seawal minggu ini dan ada kaitan dengan apa yang diberitahu kepada kami.

17. Untuk makluman, brader tersebut ada membuat satu upacara memintas masa di satu lokasi tempat berlakunya perang besar. Disitu, ada ramai geng-geng yahudi freemason illuminati yang sedang giat berusaha untuk memintas masa dunia bagi tujuan menjayakan misi NWO mereka.

18. Saya ringkaskan lagi, brader tadi telah memberi pihak kami beberapa klu antaranya adalah, Beijing - Johor, Singapore, Sabah - Sarawak, Cina - China dan juga Komunis - Kapitalis.

19. Apa yang brader tu ceritakan kepada kami, itu tidak dapat saya beritahu kerana ia bersifat classified.

20. Saya ingin mengulas sedikit klu tersebut kerana klu-klu ini pernah saya tulis di wall facebooksaya dan saya telah berjanji untuk membahasnya di blog ini. Boleh baca disini sebagai rujukan. Pastikan anda ada akaun facebook terlebih dahulu sebelum membacanya.

21. Mengapa brader tersebut menyebutkan Beijing dan Johor? Kerana... Menurut brader tersebut, sudah lebih 70 ribu orang Cina dari tanah besar dan dari Singapura dibawa masuk ke Johor. Menurutnya lagi, dijangka lebih ramai orang Cina akan dibawa masuk daripada Beijing masuk ke Johor.

22. Ini adalah rancangan teliti yang telah lama direncanakan oleh tangan-tangan ghaib di negara ini.

23. Mengapa Sabah - Sarawak? Pernahkah korang terdengar ura-ura Sabah dan Sarawak hendak keluar daripada Malaysia? Pasti pernah....

24. Korang pernah dengar tak pasal perebutan Kepulauan Spratly antara beberapa buah negara, Malaysia (Sabah), China, Philipines, Vietnam dan US.

25. Kepulauan Spratly ini adalah antara cita-cita besar bagi US. Mereka sangat menginginkan kepulauan tersebut bagi menempatkan pangkalan mereka disitu.

26. Setakat ini, hanya pihak China sahaja yang berani meletakkan batu tanda dikawasan perairan Spratly sehingga perairan Sabah. Pihak China telah meletakkan batu tanda itu beberapa minggu sebelum MH370 dilaporkan hilang.

27. Langsung tiada liputan media terhadap kes ini. Namun, pihak TLDM Sabah telahpun tahu dan mereka masih menanti bantuan ketenteraan untuk dihantar ke Sabah sebagai persediaan andai terjadi apa-apa yang tidak diingini.

28. Kenapa Spratly menjadi rebutan? Kerana, disitu adalah lokasi yang strategik untuk mengawal perairan Laut China Selatan (LCS).

29. Kalau kita ada Pulau Perak di Utara Semenanjung untuk mengawal Straits of Malacca, maka kita perlukan Spratly untuk mengawal LCS.

30. Kerana itu US bercita-cita besar mengambil Spratly kerana mereka mahu meletakkan pangkalan tentera mereka disitu bagi mencapai cita-cita terakhir mereka iaitu menjayakan NWO di peringkat terakhir.

31. Jika Spratly jatuh ke tangan US, maka lengkaplah kesemua perairan yang ada dalam dunia telahpun dikawal oleh US. Semua laluan utama perairan dunia sudahpun dikawal ketat oleh pihak US. Tetapi hanya Spratly dan juga Pulau Perak yang masih belum dikawal oleh mereka.

32. Korang pernah terdengar bukan tentang kata-kata sejarah, "Siapa yang mengawal Selat Melaka, dia bagaikan mengawal Venice" atau lebih kurang begitu. Saya pun tak ingat sangat.

33. Mengapa ada ura-ura mengatakan bahawa pesawat telah berpatah balik dan tiba-tiba sahaja pesawat menuju ke arah Pulau Perak?

34. Sudah pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan mungkin juga ada pihak terlepas cakap. Hal ini telah ditangani dengan cermat oleh pihak TUDM sendiri dengan membuatpress conference menafikan radar mereka menemui MH370 berpatah balik ke arah Pulau Perak.

35. Saya setuju dengan tindakan TUDM kerana jika dunia tertumpu ke arah Pulau Perak, nescaya segenap kelengkapan perang yang ada disekitar perairan Malaysia pasti akan tertumpu ke situ dan ada kemungkinan pulau itu di'usik' oleh orang luar. Rujuk status facebook yang ini mengenai Pulau Perak.

36. Apa yang ada di pulau tersebut? Di mana lokasinya? Korang boleh rujuk google map kalau nak tau sangat. Yang pasti, di dalamnya ada banyak batuan granit dan hanya ada satu pusat pelancongan dan satu pangkalan tentera berskala kecil yang hanya mampu menempatkan satu platun tentera sahaja. Di puncak bukit granit itu terdapat satu landasan kecil yang mampu menampung pendaratan helikopter Nuri.

37. Pada sekitar tahun 70-an kalau tidak silap saya, ketika itu Tun Dr Mahatir telah mengarahkan agar kita membuka satu pusat pelancongan disitu dan menempatkan satu pengkalan tentera bagi mengawal kedaulatan pulau tersebut daripada jatuh ke tangan orang lain. Tindakan bijak ini Alhamdulillah telah berjaya menjaga kedaulatan Straits of Malacca sehingga hari ini.

38. Berbeza dengan Pulau-pulau lain yang kebanyakannya sudah jatuh ke tangan orang luar dan ada yang masih menjadi rebutan. Sebagai contoh terdekat, Pulau Batu Putih, Spratly, Andaman dan lain-lain.

39. Kerana itulah saya sebelum ini langsung TIDAK bersetuju akan ura-ura menyatakan pesawat MH370 telah terhempas di sekitar Pulau Perak dan sudah banyak beg mayat dibawa ke sana. Ini adalah satu spekulasi yang tidak menguntungkan negara. Rujuk status ini mengenai pesawat terhempas di Pulau Perak.

40. Saya tinggalkan spekulasi mengenai Pulau Perak. Walaupun secara tiba-tiba ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini langsung tidak pernah tahu mengenai Pulau Perak ini tiba-tiba mengetahuinya. Apapun terima kasih juga kepada orang yang sudi menyebarkan spekulasi tersebut kerana mereka telah berjaya membuatkan ramai orang kita ambil tahu akan geografi negara sendiri. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Sekarang sudah terbukti.

41. Okay, kita berbalik kepada MH370 itu sendiri. Menurut bacaan radar yang disiarkan kepada media, pesawat hilang hubungan sekitar 1.07 pagi 8 Mac 2014 dan terputus imej dari radar ketika itu juga.

42. Menurut radar lain pula (TUDM dan Flightradar online), pesawat telah melakukan pusingan beberapa darjah dan ketika pusingan itu berlaku, ia sedang naik lebih tinggi pada kadar lebih 30ribu kaki dari aras laut. Lantas selepas beberapa saat pusingan dibuat, pesawat telah vanisheddaripada semua radar yang ada.

43. Disini, sangat banyak persoalan timbul. Kebiasaannya orang akan tertanya-tanya, adakah pesawat berpatah balik? Adakah pesawat sengaja diputuskan hubungan radar? Adakah radar dimatikan? Adakah orang di dalam pesawat sendiri yang mematikan isyarat radar atau kotak hitam?

44. Saya kurang berminat dengan soalan seperti itu. Saya ingin mengajukan satu persoalan diluar akal kita semua. Mungkin ada antara kalian yang terfikir tentang soalan ini... Kemanakah sebenarnya hala tujuan pesawat setelah membuat pusingan beberapa darjah?

45. Jika pesawat berpatah balik, seharusnya pusingan lebih daripada 90 darjah. Sekiranya pesawat terbang terus, kita boleh andaikan pusingan yang berlaku itu adalah saat cemas di dalam pesawat.

46. Untuk menentukan hala tuju pesawat, hanya pilot dan co-pilot yang boleh mengawalnya.

47. Pesawat ini bukanlah pesawat tempur sebaliknya pesawat komersil buatan US daripada syarikat Boeing. Di dalam pesawat terdapat seorang individu yang sangat berharga bagi negara kita.

48. Siapakah dia? Orangnya adalah Kapten Zaharie sendiri iaitu pilot pesawat tersebut. Beliau adalah seorang pilot yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS. Beliau telah terbang lebih 18 ribu jam sepanjang berkhidmat dengan MAS. Beliau seorang yang sangat mahir selok belok pesawat Boeing dan segenap penerbangan MAS. Rujuk artikel ini.

49. Tahukah anda? Kapten Zaharie memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot lain dalam MAS. Kapten Zaharie mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing dilandasan yang pendek daripada landasan yang sepatutnya. Kapten Zaharie pernah mendaratkan Boeing bersaiz besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu. Sesiapa yang kerja dengan MAS mungkin boleh check kesahihan berita yang saya tuliskan ini. Boleh email saya atau hubungi saya di facebook untuk membetulkan fakta ini jika salah.

50. Sepatutnya pada hari tersebut, Kapten Zaharie harus bercuti sebaliknya dia telah dipanggil untuk menerbangkan pesawat tersebut. Ini saya terima dari seorang rakan yang rapat dengan ahli keluarga Kapten. Jika ada ahli keluarga yang terbaca dan menafikannya, boleh hubungi saya juga untuk membetulkannya.

51. Untuk melakukan pendaratan disesuatu lokasi yang mempunyai landing pad yang pendek, kepakaran yang ada pada Kapten Zaharie amatlah diperlukan. Hanya beliau yang mampu mendaratkan MH370 dimana-mana kawasan yang dirasakan perlu.

52. Disini, sudah ada satu petunjuk bahawa pesawat MH370 ini sebenarnya sudahpun ditarget oleh individu tertentu. Kerana apa? Kerana pesawat ini membawa pelbagai aset berharga, antaranya Kapten Zaharie sendiri dan sekiranya pesawat dikehendaki melakukan misi terahsia, maka kepakaran Kapten Zaharie sangat-sangat diperlukan.

53. Saya tidak mengandaikan Kapten Zaharie terlibat secara langsung sekiranya laporan pesawat dirampas adalah benar. Sebaliknya Kapten Zaharie adalah seorang yang baik dan sedang menjalankan tugasnya dengan patuh dan taat.

54. Begitu juga dengan co-pilotnya yang bernama Fariq Abd Hamid. Saya sifatkan tindakan media antarabangsa menyebarkan berita dan gambaran buruk terhadap co-pilot dan pilot kita ini sebenarnya hanyalah diversion untuk membuatkan mata dunia memandang buruk terhadap kedua-dua mereka sekaligus orang ramai akan melupakan kelebihan yang ada pada mereka berdua.

55. Saya memohon maaf kepada keluarga Kapten dan co-pilot sekiranya ada mana-mana kata-kata saya membuatkan kalian terguris.

56. Selain mereka berdua, ada banyak lagi aset berharga di dalam pesawat MH370. Antaranya adalah seramai 150 orang warga China itu sendiri. Rujuk balik hint yang telah diberi oleh brader yang saya ceritakan dalam point 18 di atas.

57. Antara 150 orang lebih atau kurang itu, terdapat sekurang-kurangnya 20 orang pekerjafreescale yang mana mereka bekerja dengan sebuah syarikat US untuk hak paten sebuah cip baru. Boleh rujuk artikel ini.

58. Selain itu, ada 2 orang warganegara Ukraine dan juga beberapa orang warganegara Australia. Di dalam pesawat juga membawa pelbagai muatan.

59. Saya ingin berkongsi sedikit telahan nakal daripada seorang rakan saya. Kata beliau, pesawat MH370 sebenarnya membawa khazanah emas dan juga harta yang dipunggah daripada negara kita untuk dihantar ke China sebagai tukaran kepada suatu benda yang bernilai.

60. Sebaliknya ketika separuh jalan, pesawat telah hilang dan dibawa masuk ke alam ghaib. Ini kerana jin yang menjaga emas-emas Nusantara tersebut marah lantas menghilangkan pesawat untuk mengambil kembali emas yang ada di dalamnya bagi dipulangkan ke tempat asalnya.

61. Lebih nakal lagi, ada rakan saya berkata pesawat MH370 ini sebenarnya membawa dokumen perang antara beberapa negeri. Dokumen ini amat penting bagi mengelakkan Perang Dunia ke-4 daripada tercetus. Sementara itu, US dilihat sangat bercita-cita tinggi untuk melancarkan kempen perang dunia ke-4 bagi menghancurkan blok-blok komunis dan syiah.

62. Paling nakal, ada yang berkata pesawat MH370 sudahpun selamat landing disebuah pulau dan isi berharga sudah dibawa keluar dan ada antara mereka sudah dipanggil pulang ke Malaysia dan masuk melalui KLIA tanpa sedikit halangan dan tidak diketahui umum pun. Sementara itu pesawat masih disimpan untuk tujuan tertentu bagi melancarkan tugas tertentu.

63. Saya tidak menolak ketiga-tiga telahan nakal itu tetapi saya tidak juga menerimanya bulat-bulat.

64. Okay, saya berbalik kepada persoalan yang saya ajukan tadi. Kemanakah sebenarnya pesawat itu terbang setelah menukar arah pergerakannya di udara pada sekitar jam 1.07 pagi 8 Mac 2014??

65. Menurut media 14 Mac 2014, pesawat tidak terbang melebihi 4 jam setelah terputus hubungan. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada pihak DCA dan MAS sendiri kerana enjin Roll Royce berhenti memberikan laporan pada jam berikutnya.

66. Jadi saya andaikan pesawat tidak berada jauh daripada semenanjung Malaysia. Ini teori saya sendiri. Pesawat masih ada di kawasan berdekatan perairan negara jiran kita. Disebelah mana? Disebelah Laut China Selatan kah atau disebelah Lautan Andaman??

67. Korang cuba cari berdasarkan klu-klu yang telahpun diberikan di atas sana.

68. Saya sendiri TIDAK BERANI hendak memberitahu dimanakah lokasi pesawat. Apa yang pasti, saya berani menyatakan bahawa pesawat masih berada di perairan berdekatan Semenanjung sahaja dan pihak kerajaan kita sudahpun mendapat klu tersebut pada hari ini (14 Mac 2014) iaitu genap 7 hari pesawat hilang.

69. Ada satu persoalan, mengapa pihak US bermati-matian hendak mencari pesawat dipersekitaran Selat Melaka pada awalnya. Saya kira ini sudah terjawab berdasarkan klu pada point 32 dan seterusnya. Perasan tak selepas hari kedua kejadian ini berlaku, pihak US tidak lagi menumpukan perhatian di perairan Selat Melaka sebaliknya cuba mencari alasan untuk naik ke utara sedikit.

70. Ketika itulah mereka cuba memfokuskan kepada Pulau Perak. Namun beberapa hari selepasnya pihak TUDM menyangkal dakwaan tersebut lantas hari yang sama, pihak US telah memfokuskan kawasan sekitar Andaman Sea sehingga kawasan Bay of Bengal.

71. Kenapa mereka tidak pernah menyebutkan Pulau Diego Garcia seperti yang banyak disebut-sebut oleh orang awam di facebook? Kenapa mereka tidak lagi memfokuskan kepada Pulau Perak?

72. Kerana mereka tahu semua andaian-andaian yang tersebar di facebook adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada MH370 di Diego Garcia kerana pesawat MH370 sudah pasti tidak cukup bekalan bahan api untuk terbang ke sana melainkan ada pesawat perjuang yang dihantar untuk mengisi kerosen ketika MH370 terbang diudara.

73. Namun, teori itu terbatal kerana pihak US hanya tiba di perairan Malaysia pada siang 8 Mac 2014 iaitu beberapa jam selepas pesawat hilang.

74. Jadi, sekarang ini persoalan besarnya, MENGAPAKAH pihak US bermati-matian memfokuskan pencarian di sekitar Lautan Andaman dan Lautan Hindi sebaliknya pihak kita bermati-matian menafikan pesawat terbang lebih 4 jam dan tidak menuju ke Pulau Perak????????????

75. Tetapi dalam masa yang sama, pihak kita turut bersetuju untuk sama-sama mencari MH370 disekitar Andaman bersama-sama US dan lain-lain negara. Dalam masa yang sama juga China sudah mula menghantar kelengkapannya dari China menuju ke arah perairan Vietnam.

76. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal. Sebenarnya tujuan US menghantar banyak kelengkapannya ke Laut China Selatan pada awalnya adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada China dan sekutunya akan kekuatan US.

77. Selepas menemui satu klu, pihak US tiba-tiba mengundurkan kelengkapannya daripada LCS dan menuju ke Andaman pula. Kebetulan masa yang sama, China telah membawa turun kelengkapannya menghampiri perairan Vietnam.

78. Disitu terserlah ketakutan US selepas melihat China berani menggertak US kembali dengan aksi silap mata tersebut. Kebetulan yang sama, 10 orang delegasi khas daripada China telah dihantar ke Malaysia dan tiba di KLIA sekitar 12 Mac 2014.

79. Apa tujuan dan niat delegasi ini saya tidak tahu tetapi saya berharap ianya baik belaka.

80. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal, pihak US sebenarnya sudah menemui satu klu besar yang mana ia amat begitu yakin membawa kelengkapannya ke perairan Andaman dan sekitarnya dan siap ajak India bantu cari di Lautan India lagi tuuuu.....

81. Nah, tiba-tiba pihak kerajaan kita mengeluarkan statement menafikan tetapi dalam masa sama turut mencari disitu.

82. Nah, sekarang cuba kaitkan dengan point 44 dan 68.

83. Okay, sekarang korang dah boleh nampak kan permainan antarabangsa. Permainan global bukannya glokal. Permainan ini adalah wayang dunia dan media berperanan utama untuk mengkaburi mata dunia daripada mengetahui plan terancang para pemimpin setiap negara.

84. Setiap negara mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Malaysia sudah pasti mahu menjaga imejnya dan menjaga identiti serta rahsia yang ada di lembah Nusantara ini daripada bocor ke tangan orang luar.

85. Sebaliknya kepentingan media luar adalah mengapi-apikan disamping memprovok kerajaan kita agar terserlah kebodohan yang ada pada pemimpin kita.

86. Saya percaya dan yakin kerajaan kita tidak bodoh seperti yang disangkakan ramai orang. Jika mereka bodoh sekalipun, tetapi penasihat yang ada dibelakang setiap pemimpin kita bukan calang-calang orang.

87. Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau 'bodoh-bodoh' asalkan rahsia negara terjaga.

88. Mengenai bomoh yang bawa pendayung dan buah kelapa tu, saya tak mahu ulas kerana itu adalah bidang ilmu dia. Saya cuma mahu katakan bahawa bomoh tersebut juga berperanan penting dalam hal ini. Pasal apa pula?? Sila rujuk artikel ini....

89. Mengenai parodi yang tersebar sampai satu dunia pun terikut-ikut, itu saya sudah jelaskan dalam point 85 iaitu media berperanan penting untuk memprovok kerajaan kita dalam keadaan genting. Jadi, hentikan sahaja daripada terus menyebarkan parodi atau apa sahaja yang merepek, kerana ia sedikit pun tidak membantu pencarian MH370.

90. Mengenai teori konspirasi lagu Pitbull dan Shakira serta movie Transformers, saya tidak mahu ulas kerana sudah saya ulas dalam artikel ini. Boleh baca untuk memahamkannya.

91. Oh ya, sebelum terlupa. Korang ingat lagi tak ada dakwaan media mengatakan satu orang Iran telah membeli 2 keping tiket penerbangan MH370 dari Pattani, Thailand pada 6 Mac 2014?? Kalau korang masih ingat, mesti korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berita tersebut senyap dan lenyap begitu sahaja selepas gambar 2 orang mamat Iran yang di-photoshop-kan itu telah terkantoi salah edit pada bahagian kaki?

92. Untuk kupasan mengenai lelaki Iran ini, sila rujuk sinisinisinisinisini dan sini. Sila pastikan korang baca "sini" tu ikut turutan tau. Persoalannya sekarang, mana pergi mamat Iran 2 orang tu dengan gambar dan hikayatnya? Kenapa media dan pihak berwajib seakan-akan telah mengabaikannya?

93. Jawapannya, 'mereka' gagal mengaitkan Iran dalam rencana perang ini. 'Mereka' juga gagal mengaitkan Iran untuk tuduhan kesalahan merampas kapal terbang kerana tiada eviden kukuh bagi mendakwa 2 orang yang menggunakan passport palsu itu benar-benar adalah warganegara Iran dan benar-benar mampu melakukan rampasan pesawat.

94. Seperti yang banyak saya sebutkan di facebook saya, pesawat MH370 TIDAK terhempas dan TIDAK di hijack. Sehingga kini teori ini saya masih pegang kerana belum ada apa-apa klu terbaru yang boleh menafikannya.

95. Kenapa saya berani berkata begitu? Sehingga 12 Mac 2014, pihak Interpol telah bersidang dan cuba mengandaikan pesawat tersebut telah mendarat di Korea Utara dan telah didalangi oleh Russia.

96. Apa kejadahnya mendarat di Korea Utara?? Jauh tu beb.... pihak TUDM kita pun dah nafikan yang pesawat boleh terbang lebih 4 jam selepas kehilangan dari radar. Jarak antara Beijing ke Korea Utara pun bukan dekat. Sudah pasti minyak yang ada dalam MH370 tidak mencukupi untuknya terbang ke Korea Utara daripada KLIA melainkan pesawat telah mengisi minyak dipertengahan jalan.

97. Akhirnya dakwaan Interpol itu lenyap begitu sahaja. Mereka gagal buat kali kedua untuk mengheret Korea Utara dalam kancah ini setelah gagal mengheret Iran dan Uighur.

98. Terlebih dahulu, Interpol, CIA dan FBI cuba mengheret Uighur dalam kancah tuduhan perang / merampas MH370 hanya kerana di dalam pesawat ramai orang Beijing. Sementelah Uighur adalah kawasan etnik yang ramai memeluk Islam. Namun majoriti mereka adalah Wahabi dan mempunyai link dengan Al-Qaeda. Saya bukan berniat memburukkan etnik Uighur sebaliknya, inilah punca kenapa US berani mengheret Uighur ke dalam kancah tuduhan berat tersebut.

99. Kerana, Al-Qaeda, terorisme dan segenap jenayah perang itu sebenarnya adalah ciptaan US sendiri melalui didikan CIA. Mereka mencipta false flag setiap kali ada mana-mana jemaah Islam yang cuba bangkit di mana-mana negara.

100. Setakat ini, false flag tersebut masih gagal dicipta di Malaysia, iaitu negara bertuah dirantau Nusantara.

101. Apa pasal mereka masih gagal mencipta false flag di negara ini? Pasal pemimpin kita bijak-bijak ke? Pasal rakyatnya baik-baik ke? Pasal kat sini ramai Ahlul Bait ke? Pasal kat sini ada Panji Hitam ke? Pasal apa ye???????

102. Korang fikirlah sendiri....

103. Tetapi cuba JANGAN kaitkan dengan "Tamim" kerana perkataan itu telah lama membuatkan umat Melayu berkhayal dan lari jauh daripada landasan sebenar Bani Hasyim.

104. Fahami sabda Rasulullah SAWAW, yang mafhumnya, "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara iaitu Kitabullah dan Itrah Ahli Keluargaku yang mana sekiranya kalian berpegang teguh dengannya nescaya kalian tidak akan sesat selamanya."

105. Berdasarkan sabda tersebut, korang pasti dapat jawpannya. Yang pasti, jawapannya bukanlah kerana umat Melayu kuat mengikut Quran dan mengamalkan sunnah. Tetapi jawapannya ada pada mafhum hadis yang telah saya catatkan di atas. Anda nak percaya atau tidak, terpulanglah kerana saya tidak memaksa anda untuk mempercayainya.

106. Apa itu Itrah Ahli Bait? Saya kira tidak perlu dikupas disini kerana ini adalah artikel berkenaan MH370 dan misterinya. Jadi kita kembali kepada fokus kita iaitu MH370. Tetapi jika anda ingin tahu juga tentang Itrah, bolehlah selongkar blog saya disini.

107. Berbalik kepada MH370, ada satu lagi persoalan yang sukar dijawab. Adakah kerajaan kita benar-benar TIDAK tahu dimanakah lokasi MH370 atau mereka telah tahu tetapi belum masanya untuk memberitahu kepada umum? Apakah yang sebenarnya sedang dirundingkan antara banyak negara yang hadir sekarang ini?? Apakah kaitan semua ini dengan pergolakan blok komunis-syiah dan blok kapitalis-zionis? Apakah kaitan semua ini dengan situasi politik dalam negara? Please jangan kaitkan dengan DSAI.

108. Saya terangkan sedikit mengenai blok komunis-syiah. Blok komunis-syiah ini sebenarnya merujuk kepada pakatan Shang-Hai Co-Operation yang mana di dalamnya berkumpul beberapa buah negara komunis dan syiah yang bersetuju menjadi sahabat kepada Russia. Antaranya adalah Korea Utara, China, Vietnam, Iran, Syria, Lubnan, Venezuela dan beberapa buah negara lagi.

109. Manakala blok kapitalis-zionis adalah merujuk kepada 'pengawal' dunia sekarang iaitu Amerika Syarikat, Canada, negara-negara Eropah dan seluruh sekutu mereka serta Isreal sebagai dalang dan penentu hala tuju kepada blok ini.

110. Bagi menjayakan New World Order (NWO), pihak Isreal telah menggunakan US sebagai kuda tunggangan untuk menjayakan misi mereka menawan dan menguasai dunia selari denganprophecy mereka yang mana Yehwah mereka akan turun membantu mereka dalam peperangan terakhir mereka di lembah Mageddo melawan tentera Islam.

111. Bagi mencapai hasrat tersebut, mereka haruslah menawan dunia ini terlebih dahulu dan menyelaraskan seluruh dunia dibawah satu ruling state. Sehingga kini, hanya blok komunis-syiah sahaja yang menjadi penghalang terakhir bagi pakatan kapitalis-zionis ini untuk mencapai hasrat terakhir mereka.

112. Bagi menunaikan hasrat terakhir tersebut, mereka harus menghancurkan Syria sekaligus meletakkan false flag mereka disana sebagai pancing untuk memikat hati umat Islam diserata dunia.

113. Selepas itu mereka harus menghancurkan Lubnan dan target seterusnya adalah salah satu negara komunis-syiah yang berada di rantau tengah seperti Iran, Russia atau Korea Utara.

114. Terkini, kejadian kehilangan misteri pesawat MH370 telah dilihat menjadi satu perkara penting bagi pihak kapitalis-zionis untuk memancing negara-negara komunis-syiah ini ditarik ke dalam kancah perang. Kerana itulah banyak tuduhan melulu dikeluarkan oleh pihak Interpol dan unit anti-terorisme dari CIA dan FBI dengan mendakwa dan cuba mengaitkan Iran, Korea Utara serta Uighur dalam kes Mh370.

115. Sekaligus, pihak kapitalis-zionis ini gagal mencari punca sebenar MH370 hilang dan siapa dalang sebenar kes ini jika ia dirampas. Yang pasti pesawat TIDAK terhempas dan tidak di-hijack.

116. Sehingga kini, klu paling hampir ada di perairan sekitar Andaman dan tidak jauh daripada semenanjung Malaysia.

117. Pelbagai rundingan telah dibuat antara banyak pihak termasuk 10 delegasi dari China dan Vietnam. Terkini, rundingan damai antara Russia dan Crimeria telah membuahkan hasil yang mana Russia setuju untuk menarik balik tenteranya buat sementara waktu daripada sempadan Crimeria.

118. Ini adalah satu berita baik, namun ia bukanlah pengakhirannya sebaliknya banyak lagi yang sedang menanti kita di hadapan sana.

119. Kita, seluruh dunia sekarang ini sedang dalam fasa diambang perang dunia ke-4 (saya sendiri yang menyatakan perang dunia ke-4 bukan ke-3). Hanya sanya TIADA trigger yang dipetik sehingga kini dan kerana itulah belum tercetus apa-apa tindakan diluar kawalan antara semua negara dalam dunia ini.

120. Saya amat bersyukur kerana tindakan bijak pihak-pihak yang berwajib dalam kerajaan negara kita telah berjaya mengelakkan peperangan daripada tercetus. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370. Saya yakin jawapan kepada kehilangan pesawat ini pasti akan terungkai setelah klu yang ada di perairan Andaman dan keatas sikit ditemui.

121. Saya berharap, TIADA apa-apa perkara diluar kawalan berlaku dalam tempoh terdekat ini bagi mengelakkan kita terkena tempias sekiranya benar-benar ada perang berlaku.

123. Yakinlah dan percayalah bahawa negara-negara luar tidak mahu menyerang kita kerana bijaknya orang kita ini, walaupun ada dua pihak bergaduh tetapi kita masih boleh berdiri kukuh ditengah-tengahnya.

124. Saya percaya, jika api peperangan itu berlaku dan tercetus dinegara ini (rujuk point 18), itu adalah berpunca daripada dalaman negara kita sendiri. Ia adalah ujian terhadap kita selepas banyak kali kita lupa, leka dan lalai daripada mengingat perintah ALLAH SWT.

125. Saya percaya selagi kita di negara ini masih banyak bersedekah, banyak berselawat dan memuliakan Ahli Bait serta tidak melakukan perkara terlarang yang melampau seperti berlakunya pesta seks bebas atau hubungan sejenis yang berleluasa, insyaALLAH tanah Melayu ini masih aman makmur.

126. Saya percaya semua yang berlaku sekarang ini pasti ada hikmahnya. Lihatlah dari satu sudut yang lain daripada kebanyakan orang. Jangan terikut-ikut dengan pandangan majoriti kerana apa yang diyakini oleh majoriti sudah pasti TIDAK BENAR.

127. Secara serius, saya menyeru semua pihak untuk mengambil langkah penyelesaian bagi kes MH370 ini iaitu dengan mula mengamalkan membaca doa mengelak fitnah dajjal pada setiap kali menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Boleh baca doa tersebut disini dan amalkanlah....

128. Saya juga menyeru anda semua secara serius, mulakanlah daripada sekarang dengan membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi. Jika belum hafal, hafallah sekarang sementara masih ada masa. Jika tidak mampu menghafalnya, bacalah banyak-banyak dan tambahkan 20 ayat pertama jika mampu. Kita sekarang sedang berada diambang kemuncak fitnah akhir zaman. Jika kita tidak mengamalkannya daripada sekarang, maka berhati-hatilah terhadap fitnah yang menipu. Rasulullah SAWAW berpesan kepada kita agar membaca ayat ini bagi menghindarkan diri daripada fitnah akhir zaman, sekaligus dapat membuka minda kita untuk keluar daripada majoriti serta dapat berfikir diluar kotak.

129. Saya bukanlah seorang pakar analisa atau orang professional. Saya hanya orang biasa sahaja yang sering mengambil tahu akan isu semasa dunia. Kerana itu saya mampu menulis artikel sepanjang ini dan berani menceritakannya kepada anda semua. Saya juga rakyat biasa seperti adan semua yang rindukan keamanan dan mahukan kebangkitan Islam berlaku secara fathanah.

13.0. Sekiranya ada mana-mana point di atas yang tidak betul atau tidak tepat, silalah hubungi saya untuk membetulkannya. Saya telahpun berkongsi banyak fakta, teori, sangkaan, dakwaan dan juga pelbagai lagi cerita-cerita menarik untuk tatapan seluruh umat Nusantara khususnya Melayu-Islam di negara kita. Saya telah membawa anda kepada punca permasalahan, kaitan-kaitannya, aspek sosio global dan juga penyelesaiannya. Saya amat berharap agar apa yang saya tuliskan ini memberi manfaat kepada anda semua.

Inilah artikel terakhir saya mengenai MH370 sehingga ada klu terbaru yang berskala lebih besar diumumkan oleh pihak media. Saya berharap pengakhiran kepada semua ini adalah baik dan menguntungkan umat Islam. Secara peribadi, saya sebenarnya TIDAK berani memberitahu lokasi kapal tersebut....

WAllahuA'lam Bessawab.


Ya ALLAH, jauhkanlah kami semua daripada fitnah akhir zaman baik yang nyata waima yang tersembunyi. WasALLAHu 'ala Sayyidina Muhammad, an-Nabiyyil Mukhtar, wa 'ala Aalihi wa Itratihi wa Baarik wa Sallam.


Artikel ini telah bersambung disini.


Sekian,
Wassalam.

---------
Sumber-sumber, rujukan dan kredit....

1. Facebook.com
2. BBC image.
7. Sinar Harian1.
13. CBC News.
14. AFR.
16. A secret document by FundForPeace
17. Sinosphere.
18. Rakan blogger, Shah Paskal.
19. Rakan-rakan facebook saya.
20. Corren Gravanta.
21. Mat Nor.
22. Seluruh Media Malaysia tanpa terkecuali.
23. Pihak berkuasa tempatan.
24. DCA.
25. Pihak pengurusan MAS.
26. Brader dari Terengganu.
27. Dan seluruh warga kerja yang telah turut sama menjayakan artikel ini secara langsung atau tidak langsung.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menunggu dan tidak putus-putus menantikan kehadiran artikel ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudah membacanya. Jutaan terima kasih juga kepada anda semua diluar sana. Salam kedamaian daripada saya, mohon ampun dan maaf andai ada banyak kesalahan dan kesilapan.

Sekian daripada saya, semoga segala apa yang saya nukilkan membawa manfaat walaupun kecil kepada anda semua. Anda dibenarkan menyalin semula artikel, memprint, menyebarkan link atau mengambil mana-mana info yang ada di dalamnya.

Terima kasih.

---------
-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
1.35 AM, 15 Mac 2014.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan

Asal Usul Melayu

Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salsilah "Melayu" . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? . Apakah itu "3Mim" ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa?

MELAYU - JAWI

Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!



Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.

Tapi... siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan 'Bnaei Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh krn itu,bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dlam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.Samalah dlm kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu Yahudi,lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s.Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adek kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dlm bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kpd Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau,link: www.mormonslocation.com).Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus utk lost tribe disebelah South East Asia region

Subscribe to My Blog

Subscribe Here