.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan




Masjid yang di atas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as). Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran.

Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yang lain. - Berita OMG








Posted by ajimaz 0 ulasan

Peristiwa Besar 10 Muharram

Gambaran Laut Terbelah Dua Terjadi Pada 10 Muharram

Diam tak diam kita dah masuk tahu baru hijrah 1433. Tidak lama lagi kita akan menyambut 10 muharram yang mana banyak berlaku peristiwa besar yang mengubah sejarah manusia.
Peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku, begitu juga dalam beberapa hadis riwayat Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaihan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram!

Dari buku "Huru-Hara Akhir Zaman" karangan Amin Muhammad Jamaluddin.

Halaman 97:

Keanehan-keanehan yang terjadi pada Ramadhan dan petaka-petaka dahsyat pada bulan Syawwal, Dzulqaidah dan Dzulhijjah. Al-Mahdi akan muncul di bulan Muharram. Pada Ramadhan sebelum kemunculannya, terlihat beberapa tanda-tanda nyata dan peristiwa- peristiwa yang aneh di langit. Mula-mula terjadi guncangan, kemudian muncul gelegar suara yang keras dan dahsyat, setiap orang bisa mendengarnya, kemudian muncul bintang berekor yang menerangi langit, kemudian matahari dan bulan mengalami gerhana.
Huru-hara di Timur Tengah

Jika peristiwa-peristiwa diatas telah terjadi pada bulan Ramadhan, maka pada bulan Syawal akan terjadi huru-hara (ma'ma'ah). Kemudian pada bulan Dzulqaidah akan terjadi konflik antara suku dan perselisihan antara negeri Islam. Kemudian pada bulan Dzulhijjah, pada musim haji, akan terjadi perompakan terhadap para jama'ah haji dan peperangan antar suku dan bangsa Islam, sehingga darah mengalir di Jumrah 'Aqabah pada hari-hari Idul Adha di Mina.

Jika peristiwa di atas telah terjadi, maka Al-Mahdi muncul dan dibaiat pada hari Asyura bulan Muharram.

Saya akan menyebutkan beberapa hadits mengenai hal ini yang sebenarnya cukup banyak:

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
"Pada bulan Ramadhan terlihat tanda-tanda di langit, seperti tiang yang bersinar, pada bulan Syawwal terjadi malapetaka, pada bulan Dzulqa'idah terjadi kemusnahan, pada bulan Dzulhijjah para jamaah haji dirampok, dan pada Muharram, tahukah apakah Muharram itu?"

Rasulullah saw. juga bersabda:
"Akan ada suara dahsyat di bulan Ramadhan, huru-hara di bulan Syawwal, konflik antar suku pada bulan Dzulqa'idah, dan pada tahun itu para jamaah haji dirampok dan terjadi pembantaian besar di Mina dimana banyak orang terbunuh dan darah mengalir disana, sedangkan pada saat itu mereka berada di Jumrah Aqabah".

Beliau saw. juga bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Muhammad bin Ali berkata:
"Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, bulan mengalami gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi". (diriwayatkan Daruquthni dalam sunan-nya).

Posted by ajimaz 0 ulasan


MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Soalan; ustaz, ingin penjelasan berkenaan hukum memberi daging korban kepada orang kafir. Adakah harus? Adakah hilang pahala korban? Terima kasih. 

Jawapan;

Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah di atas;

Pandangan pertama; daging korban tidak harus diberikan kepada orang bukan Islam sekalipun kafir zimmi. Ia khusus untuk orang Islam sahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Syafiie.[1]Menurut Imam Malik dan al-Laith; makruh memberinya kepada orang bukan Islam[2].

Pandangan kedua; harus memberi daging korban kepada orang kafir zimmi. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Hasan al-Basri, Abu Tsur dan mazhab Hanbali. Pandangan ini juga ditarjih oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Menurut pandangan ini; daging binatang korban adalah makanan, maka sebagaimana harus memberi makan orang kafir zimmi, maka harus juga memberi daging korban kepada mereka kerana ia sebahagian makanan. Selain itu, dikiaskan juga kepada keharusan memberi sedekah kepada orang kafir zimmi. Namun menurut mereka; yang harus diberikan ialah dari korban sunat sahaja. Adapun dari korban wajib (iaitu korban nazar), tidak harus diberi dagingnya melainkan kepada orang-orang fakir dari kaum muslimin sahaja (iaitu menyamai hukum zakat dan kaffarah sumpah).

Pandangan ulamak semasa; Syeikh Ibnu Usaimin (ulamak besar Arab Saudi) menegaskan; dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir dengan syarat bukan orang kafir yang memusuhi orang Islam. Dalilnya ialah firman Allah (bermaksud);  “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kami dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan mereka sebagai kawanku orang-orang (kafir) yang dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampong halamanmu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim” (surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).[3]

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/316.
2. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 9/450.
2. al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.
3. Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.


[1] Lihat; al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.
[2] Menurut Imam al-Laith; makruh memberi daging korban kepada orang bukan Islam, kecuali jika daging itu dimasak kemudian dijemput orang bukan Islam untuk menikmatinya bersama orang Islam, tidaklah makruh (al-Majmu’, 8/316).
[3] Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.

Posted by ajimaz 0 ulasan

HUKUM DAGING LANDAK

Soalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh. 

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut;

1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).

2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-, pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landak halal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik” (2/361). Di antara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halal dan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab maka ia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”.[1]

Ada diriwayatkan Nabi SAW bersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad; 5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah RA). Namun ulamak-ulamak hadis menegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yang majhul[2], tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam. Kerana itu para ulamak masih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulamak yang berpandangan dia binatang yang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yang keji, mereka mengharamkannya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/144 (perkataan “at’imah”).
2. Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523.
3. Hayah al-Hayawan al-Kubra, Muhammad bin Musa ad-Dumairi, 2/361.
4. al-Fiqh al-Manhaji, 3/69.

Posted by ajimaz 0 ulasan


SEJARAH SYIAH DARI ZAMAN BERZAMAN | Susur Galur Sejarah Syiah | Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’.

Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
 
ERA ABDULLAH BIN SABA’ 

Abdullah bin Saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’ adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H. 

Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam.

Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba’ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’. 

Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa [Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994]. 

Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba’ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini. 

Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam Peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dimulakan oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba’. 

ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH 

Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika. 

Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya. 

Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah. Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah. 

Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H). 

ERA KERAJAAN ABBASIYYAH 

Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap oportunis dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata. 

Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan. 

ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H). 

ERA OTHMANIYYAH 

Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi. 

Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah. 

Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya” 

ERA PASCA OTHMANIYYAH 

Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah. 

Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di’faraidh’kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh. 

Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia. 

Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971. 

ERA REVOLUSI IRAN

Khomeini
Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia. 

Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni. 

Sa'id Hawwa
Al-Marhum Sa’id Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Sa’id Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Sa’id Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah : Syudzuz fi Al-’Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan. 

Sa’id Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran- Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan. 

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Sa’id Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya. 

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara. 

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka. 

PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN 

Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain. 

Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”. 

Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya. 

Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini. 

Posted by ajimaz 0 ulasan


[ANTI SYIAH] Kubur Abu lu'luah Pembunuh Saidina Umar Al Khattab di Iran | Siapa kenal Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi?

 Tidak kenal?

Dia adalah PEMBUNUH Saidina Umar al-Khattab r.a.

Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh, Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. 

Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara salah satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. 
Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. 

Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu.

Itu serba sedikit perkongsian tentang Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi.

Mahu lihat kuburnya? 
Lihat bagaimana SYIAH mengangkat die ni? 


Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

Ini adalah wajar kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (بابا شجاع الدين).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan Syiah juga berdoa: “Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah aku bersamanya..”

Posted by ajimaz 0 ulasan

Bicara tentang 'Kawan-kawan Dulu Baru Kahwin'

AgamaOleh Ibnu Hasyim

Realiti masyarakat kita sekarang. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu?

Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam?

Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dialog di bawah ini..


Couple: Kami tidak berzina!

Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.

Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.

Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :

  • Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani).
Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih. Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:

  • Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Couple: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan.)

Jawab: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)

Jawab: Study Group...? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

awab: 
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?


Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!

Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Couple: Islam takde ke couple-couple ni?

Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
  • Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.

Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Jawab: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam!

  • Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.

Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.

Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?


Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.


Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:

  • Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....


Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

  • Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Couple: Bagaimana kami?

Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:

  1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Kesimpulanya:
 Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam.

Wallahu 'aklam..

Posted by ajimaz 0 ulasan


MENGAPA LEE KUAN YEW AMAT SERONOK DAN SELESA JIKA UMNO TERUS MEMERINTAH MALAYSIA!!!!!



Baru-baru ini secara terbuka mantan Perdana Menteri Singapura menyatakan bahawa beliau dan negara Singapura yang dipimpin oleh anak sulungya lebih selesa dan seronok jika UMNO/BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

Beliau amat mengharapkan agar UMNO/BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia.

Sedang mencari alasan-alasan mengapa Lee Kuan Yew berkata sedemikian rupa..

Mengikut tafsiran dan pandangan Omak Kau dengan bersandarkan kepada sejarah dan pengalaman sudah antara kedua buah negara...maka dapatlan disimpulkan seperti berikut:-

1. Kerana UMNO Negara Singapura Tergadai Pada Lee Kuan Yew pada tahun 1965.

2. Kerana UMNO Pulau Batu Putih Tergadai Pada Singapura.

3. Kerana UMNO air terus dijual 3sen Seribu Galen  pada Singapura.

4. Kerana UMNO , Malaysia takut nak robohkan Tambak Johor.

5. Kerana UMNO, Tanah KTMB di Tanjung Pagar tergadai kepada Singapura.


6. Kerana UMNO Wilayah Iskandar bakal jadi Wilayah Singapura

7. Kerana UMNO Ekonomi Singapura akan Terus Mengatasi Malaysia

9. Kerana UMNO Banyak Syarikat-syarikat Malaysia akan terus dikuasai Singapura.

10. Kerana UMNO Matawang Malaysia akan terus jatuh dan lemah dari mata wang Singapura, menjadikan kuasa membeli rakyat Singapura sentiasa lebih kuat dan gagah dari rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Johor.

Jadi tidak hairanlah mengapa begitu beriya-iya dan bersungguh-sungguh Lee Kuan Yew mau UMNO terus kekal sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Memetik kata-kata Ust Hassan Syukri, ' Faham perjuangan Islam dengan ertikata melaksanakan tuntutannya, bukan mudah seperti kita bertutur dengan kata-kata. Susah senang mengajak manusia kepada kebaikan dan menentang kemungkaran adalah tugas para Anbiya', yang inshaAllah, kita menjadi sebahagian daripada mereka'.
Mudah2an kita Istiqomah hingga ke akhir hayat'

Posted by ajimaz 0 ulasan

Esok (8 Ogos 2013) dijangka seluruh ummat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut 1 Syawal 1434H. Inshaa Allaah.

Jadi, pada malam ini ialah Malam Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai Lailatul Jaizah, suatu malam yang patut kita penuhinya dengan beribadat yang menjanjikan beberapa kelebihan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”

Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.

Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk:

SEBELUM 1 SYAWAL

- Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
- Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
- Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
- Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
- Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.

PAGI 1 SYAWAL

- Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
- Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
- Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
- Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
- Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
- Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

UCAPAN SELAMAT

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Disebut dalam sebuah riwayat :

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda, “taqabballahu minna wa minka”, Baginda SAW menjawab : “Ya, taqabbalallahu minna wa minka.” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

MANDI SUNAT

Disunatkan mandi di pagi raya sepertimana mandi wajib, iaitu sebelum keluar menuju ke masjid untuk solat Aidilfitri.

Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Baginda SAW menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat Imam Syafie).

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidil Fitri:

"Sahaja aku mandi sunat 'idul fitri kerana allah ta'ala"

TAKBIR AIDILFITRI

Seharusnya umat Islam memperbanyakkan Takbir, jangan terlalu sibuk dengan aktiviti persiapan raya, menonton TV dan bermain mercun sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

SAMBUTAN AIDILFITRI

Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran kerana berjaya menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan. Ketika merayakan Aidilfitri, kita perlu:

- Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.
- Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.
- Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.
- Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL

- Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat Allah.
- Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
- Percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
- Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
- Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Perutusan Idul Fitri Presiden PAS

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saya ucapkan selamat Hari Raya 'Idulfitri bagi pihak PAS kepada seluruh ahli dan penyokong, juga kepada umat Islam dengan kita menyambut hari yang mulia kurniaan Allah SWT bersempena ibadat puasa sebulan yang telah ditunaikan.

Bukan sahaja dilihat dari sudut Hari rayanya, bahkan dilihat juga dari segi besarnya ibadat Puasa Ramadan. Oleh kerana itulah, ditutup dengan hari raya yang sangat mulia.

Ini menandakan kesyukuran kira kepada Allah SWT, yang mengurniakan nikmat Islam dan nikmat Ramadan yang mendidik kita membina jati diri orang-orang IOslam sehingga mencapai martabat kepada Allah SWT yang menjadi penentuan dan pengukuran martabat diri manusia di sisi Allah SWT.

Ini kerana Allah Taala mengukur manusia bukan berdasarkan kepada baka dan keturunan, kaya dan miskin, pangkat dan warna kulit. Ukurannya ialah sejauh mana ketakwaan kita kepada ALLah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksd: "Sesunggunhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah SWT ialah yang palaing bertakwa kepada Allah".

Ketakwaan ini bukan sahaja kita mengikut perintah Allah, dalam hubungan kita dengan Allah SWT. Bahkan, hukum Allah yang terkandung dakam ajaran Islam, dalam al-Quran yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah Taala amat mengetahui, Dia (Tuhan) yang mencipta alam ini. Maka semua arahan yang ada dalam Islam adalah baik. Ibadah puasa mengajar kita menerima semua arahan yang ada dalam ajaran Islam.

Dengan sebab itu, sekiranya kita melaksanakan semua perkara itu akan membina jati diri kita, yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia serta hubungan dengan alam sekeliling kita. Bukan saja kita bertakbir pada hari raya dan dalam masa yang sama kita menghayati kebesaran Allah melalui takbir.

Dan akhirnya, saya mengaharapkan supaya kita menyambut hari raya dengan khusyuk, dengan senang, dengan aman dan dengan cara yang tidak melampaui batas . Allah Taala mengajar kita supaya bersedehana dan tidak melampaui batas. Bukan sahaja dalam makan minum kita, pakaian kita, termasuklah dalam perjalanan kita.

Saya mengingatkan yang berjalan menuju ke destinasi yang jauh supaya dapat menjaga keselamatan di jalanraya. Tidak gopoh, bawa kenderaan dengan cermat, dengan teliti kerana itu semua adalah dari ajaran Islam, sementara gopoh pula adalah dari ajaran dan amalan syaitan.

Dan akhirnya , saya doakan supaya Allah Taala memberkati kehidupan kita dan sentiasa memberi pertunjuk kepada kita sehingga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang diredhaiNya serta hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia.

Salam hormat, Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1434.


YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Posted by ajimaz 0 ulasan

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Mulanya saya tidak berhasrat mengisi kolum Catatan Hujung ini. Keuzuran memang membataskan.  Tetapi, letih dan penat pada bulan Ramadan sebenarnya satu kenikmatan, sekurang-kurangnya menyuntik rasa kebersamaan dengan golongan tidak bernasib baik, yang sering lapar dan dihimpit kesusahan, 'kan?

Teringat pada hari-hari awal Ramadan ini, sebaik balik dari sekolah, anak bongsu saya dengan wajah ceria bercerita: "Hari ini Nurin tak rasa lapar pun, macam tak puasa saja, kat sekolah tadi main seperti biasa."

Saya sekadar membalas: "Alhamdulillah, Nurin dapat berpuasa dengan baik, tahniah, tapi ayah lebih suka kalau kita rasa lapar apabila berpuasa, dengan itu kita akan mudah ingat nasib orang lain yang selalu susah, yang tak cukup makan, sentiasa kerja berat untuk cari rezeki."  Sukar dipastikan apakah Nurin dapat menangkap mesej yang saya cuba sampaikan.

Namun begitu, sekadar melakar nota kecil ini, dengan azam cuba mengambil iktibar, diharapkan ada manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Keputusan PRK Kuala Besut tidaklah memeranjatkan. Malah, saya mengira mungkin majoriti kemenangan BN jauh lebih besar, mendekati sasaran Idris Jusoh. Difahamkan, mood pengundi dan penduduk setempat masih belum dirangsang secukupnya bagi mencetuskan perubahan, apatah lagi curahan projek dan janji-janji pembangunan ditabur.

Seperti lazimnya, walaupun sudah disebut berulang kali - tentang manipulasi media dan eksploitasi kemudahan kerajaan - tetapi begitulah taraf dan mutu demokrasi di Malaysia, masih dalam liga paling bawah. Manakala tafsiran rasuah politik disempitkan, ya, dengan tujuan untuk menghalalkan "jenayah" berterusan BN.

Namun, saya dan pastinya lebih ramai lagi tentu lebih terkesan dengan madrasah Ramadan yang dilalui. Ketika catatan ini dirakam, puasa sudah melepasi hari ke-17. Cuti Nuzul Quran. Balik dari pejabat tadi, walaupun jam menghampiri watku Jumaat, jalan raya sekitar Kuala Lumpur sesak teruk. Khabarnya, memang begitulah setiap tahun apabila warga Selangor menyerbu ibu kota membuat persiapan terakhir Aidilfitri pada hari cuti 17 Ramadan.

Lazimnya, mendekati fasa terakhir Ramadan, meskipun menjanjikan seribu satu tawaran dan anugerah hebat Ilahi, masyarakat Islam kerap terleka dan terabai. Masya-Allah, apakah kita begitu sombong dan tidak terusik nurani dengan bulan penuh keberkatan  yang semakin ditinggalkan ini.

Kita sentiasa diperingatkan bahawa setiap Muslim yang baik cukup berat hati untuk meninggalkan Ramadan, dengan iktibar mungkin tidak ketemu lagi tahun hadapan. Daripada kita menangis kesedihan pada malam Aidilfitri, lebih baik, dengan sisa berbaki 10 hari-hari akhir ini, kita melakukan muhasabah dan koreksi diri lebih awal.

Pokoknya, masih ada kesempatan dan ruang seluasnya untuk tulus mengabdikan diri kepada Allah, dengan meningkatkan amalan soleh, berzikir, bertaubat, beriktikaf, bersedekah, memberi makan orang fakir, menyantuni anak yatim, bangun menghidupkan malam, bertadarus, bertarawikh dan solat sunat yang lain, juga mengehadkan atau tidak menyibukkan diri dengan aktiviti keduniaan yang tidak pernah berakhir itu.

Cubalah kita semak aktiviti sepanjang hampir 20 hari berpuasa. Mungkin semasa meninggalkan Syaaban, ada tekad dan azam membara untuk menjadikan Ramadan kali ini jauh berbeda (dan cemerlang) daripada sebelumnya, tetapi sehingga kini masih jauh daripada sasarannya.

Seorang rakan dari Johor Bahru sering mengingatkan melalui SMS: "Dah berapa juzuk al-Quran? Agaknya dapat khatam tiga kali tahun ini?" Sahabat yang lain pula kerap bertanyakan agenda menolong fakir dan keluarga tahanan ISA. Beliau ringan tulang mengumpulkan sumbangan untuk meringankan bebanan orang lain.

"Kebahagiaan adalah berkongsi nikmat dengan lebih ramai orang, walaupun yang tidak dikenali, apatah lagi dengan keluarga rapat. Saudara elok salurkan juga derma ini kepada para demonstran penyokong Morsi di Mesir, terutama untuk juadah berbuka dan sahur mereka," cadangnya berkali-kali, dan  memaksa saya bertanyakan teman-teman yang akan pulang ke Kaherah kaedah terbaik untuk menyalurkannya kepada Ikhwan Muslimin di sana.

Terkenang juga seorang rakan  yang sentiasa mengambil "cuti raya" lebih awal, iaitu sepuluh hari terakhir Ramadan, untuk beriktikaf di masjid-masjid sekitar Kelantan. Dia - yang tidak pernah kalut untuk mencari tiket balik kampung sejak zaman kampus lagi - mengingatkan tentang cadangan saya sendiri, 20 tahun lalu, agar cuti raya digantikan dengan cuti akhir Ramadan.

"Sedih aku tengok, ramai antara kita yang berpusu-pusu balik kampung, tersangkut di perhentian bas atau terperangkap di jalan raya, atau bersesak-sesak di stesen keretapi, selain sibuk membeli-belah keperluan raya dengan tawaran harga murah, pada malam-malam akhir Ramadan, yang menjanjikan Lailaitulqadar, yang lebih baik daripada 1,000 bulan," pernah sekali dia meluahkan. 

Posted by ajimaz 0 ulasan


Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yang benar2 kepada Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada membawa kpd Islam yg sbenar..

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap
mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya

Fakta wasukalu


Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja.

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria


1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas
kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.

Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibanti seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah, 

Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here