سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Posted by
ajimaz
0
ulasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bertegas akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam sehingga paras RM4.00 seunit.
Presidennya, Mazlan Aliman yang dihubungi memberitahu apa yang berlaku hari ini menunjukkan saham FGVH tidak menentu seperti menunjukkan analisis yang dibuat sebelum penyenaraian adalah tepat.
Malah menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sudah mengetahui bahawa pasaran saham akan mengalami kejatuhan namum mereka masih bertegas untuk meneruskan penyenaraian tersebut.
"Kita sentiasa memantau pergerakan saham FGVH dan jika mendapati kedudukan saham berada pada paras RM4.00 seunit. Maka tidak ada pilihan lain satu himpunan besar-besaran akan diadakan bagi mendesak Perdana Menteri serta pengerusinya bertanggungjawab atas kerugian yang dihadapi oleh Felda dan peneroka," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, selain itu juga Anak akan turut menghantar surat kepada Yang Dipertuan Agong dan juga Majlis Raja-Raja agar turut campur tangan dalam isu saham FGVH ini demi kepentingan peneroka dan juga kedudukan Felda pada masa akan datang.
Beliau turut menjangkakan Najib akan arahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWAP, Lembaga Tabung Haji dan syarikat-syarikat kerajaan membuat pembelian besar-besaran bagi menyelamatkan FGVH dari terus merudum.
"Perlu diingat jika pembelian gagal melonjak semula saham FGVH, syarikat-syarikat milik kerajaan ini akan menanggung kerugian.
"Ini bukan harta Najib mahupun menteri-menteri kabinet yang lain, ini adalah milik rakyat dan dana rakyat, kesan bukan sahaja kepada peneroka tetapi juga seluruh rakyat negara ini," sambung beliau lagi.

KUALA LUMPUR, 8 Sept 2012 : Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.
Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.
Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.
"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?
"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.
Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.
"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.
"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.
Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.
Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu
Posted by
ajimaz
0
ulasan
PENGERUSI ULAMA MUDA UMNO AKUI DIA TAK MAMPU NAK TEGUR KEPINCANGAN DALAM UMNO
KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.
“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.
Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.
Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”
“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.
Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.
“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.
“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.
Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.
“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.
Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.
“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.
Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.
“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.
“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Marilah kita memperingati peringatan Allah dalam surah al-Maidah, ayat 49-50 bermaksud:
“Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan jangan kamu turuti hawa nafsu keinginan mereka. Dan berwaspadalah terhadap mereka yang memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah. Maka sekiranya mereka berpaling maka ketahuilah bahawasanya Allah mahu menimpakan mereka dengan musibah disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya ramai daripada manusia itu benar-benar fasiq (melanggar perintah Allah). Adakah hukum Jahiliyyah yang kamu cari? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah hukumnya?"
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.
Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.
Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.
Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".
Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada"Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."
Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".
Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"
lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya."
Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ." AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4
"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Posted by
ajimaz
0
ulasan
DOA SETIAP WAKTU
Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin
Posted by
ajimaz
0
ulasan
Harakahdaily, | 05 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku.
Demikian ulasan http://greenboc.blogspot.com
Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.
Kahkahkahkahkah......siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP. Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan.......menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb.
Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku.
Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus.... dan pengacara mengatakan “KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS”......kahkahkahkahkahkahkah.....Nampak sangat tak dapat terima kenyataan.....
P/S : Sekarang ni zaman IT sekejap jer maklumat tersebar..... rakyat tak mudah ditipu lagi.....bodoh betol.......

Langgan:
Catatan (Atom)