.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan


Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.

Hukum berjabat tangan dengan wanita, pemansuhan hukuman rejam : Qaradhawi dan Abu Zuhrah sembunyi fatwa!

Qaradhawi menyembunyikan sesetengah fatwa beliau selama beberapa tahun!.

Imam Abu Zuhrah pula menyembunyikan fatwa beliau berkenaan hukuman rejam ke atas penzina yang muhsin (yang telah berkahwin) selama 20 tahun!

Ini didedahkan sendiri oleh al-‘Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, dalam satu nadwah (seminar) di Doha, Qatar.

Bagi yang membaca karya-karya Qaradhawi, mereka arif tentang pandangan beliau berhubung hukum berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.

Qaradhawi tidak sependapat dengan jumhur (majoriti) ulama dalam soal ini.

Bagi jumhur ulama, wanita tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Begitu juga sebaliknya.

Kecualilah kalau berjabat tangan dengan lelaki atau wanita yang sudah tua atau dengan kanak-kanak kecil. Jumhur ulama membolehkannya.

Mengapa perkara ini tidak dibolehkan?.

Sebab ditegah berjabat tangan dengan bukan muhrim

Jawapan mudahnya begini…

Ini adalah soal etika. Soal protokol seorang Islam. Sama seperti masuk ke parlimen dengan baju yang tidak berkolar. Mengapa ia tidak dibolehkan?.

Mencemar kemuliaan institusi parlimen kah? Atau biadab kah masuk parlimen dengan baju tidak berkolar?

Tidak. Ini soal etika. Begitu juga soal berjabat tangan dengan orang bukan muhrim. Ini jawapan mudah.

Jawapan yang lebih ilmiah begini…

Islam datang kerana hendak menjaga lima perkara asas kehidupan manusia. Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Semua agama memelihara dan menjaga lima teras ini.

Antara cara menjaga keturunan ialah dengan menghalang penzinaan. Bukan sahaja zina yang dihalang. Semua perkara yang membawa kepada zina, turut ditegah.

Sama seperti jenayah bunuh.

Bukan membunuh sahaja yang ditegah. Menyimpan pistol pun turut dikenakan hukuman berat. Walaupun sekadar simpan dalam almari, ia tetap salah, kerana ia boleh membawa kepada jenayah bunuh.

Demikianlah halnya berjabat tangan. Berjabat tangan antara lelaki dan wanita (terutama yang muda) boleh merangsang nafsu. Nafsu bila sudah terangsang, akan ’menunggang’ manusia kepada zina.

Dengan sebab itulah, dibolehkan berjabat tangan dengan lelaki atau wanita tua. Sebab nafsu kebiasaannya tidak terangsang bila bersentuhan dengan lelaki atau wanita tua.

Inilah falsafah di sebalik tegahan berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim. Ia ditegah bukan kerana ’rasa tidak percaya’ kepada orang yang bukan muhrim.

”Ah, aku berjabat tangan dengan wanita, tak terasa apa-apa pun”, dakwa seorang lelaki.

Kata-kata seperti ini tidak boleh diterima. Ia sama dengan kata-kata mat rempit bila ditegah memandu laju kerana menyebabkan kemalangan, ”ah, dah bertahun aku merempit laju, tak kemalangan pun!”.

Prinsipnya, sesuatu yang berpotensi membawa kepada sesuatu yang ditegah atau bahaya, ia mesti ditegah meskipun bahaya belum berlaku. Begitu juga soal berjabat tangan dengan bukan muhrim ini.

Jika begitulah falsafahnya, tidak wajar sama sekali dianggap kolot orang yang tidak mahu berjabat tangan dengan bukan muhrim. Ini kerana, keengganan mereka berjabat tangan dengan bukan muhrim ada falsafah dan pemikirannya yang tersendiri.

Kalau kita masih mahu mengatakannya kolot, maka kita kena buktikan bahawa ’bersentuhan antara lelaki dan wanita boleh membangkitkan nafsu’, adalah kepercayaan kolot.

Hendaklah dibuktikan kaedah ’sesuatu yang berpotensi membawa kepada sesuatu yang ditegah atau bahaya, ia mesti ditegah meskipun bahaya belum berlaku’, adalah kaedah kolot.

Jika falsafah, pemikiran dan kaedah yang dinyatakan ini berjaya dibuktikan sebagai kolot dan tidak tepat, barulah kita boleh mengatakan ’tidak berjabat tangan dengan bukan muhrim’ sebagai kolot.

Perkara ini disebut bagi memupuk rasa hormat kepada pendapat dan pegangan orang lain.

Kalau kita boleh hormat tegahan memakai baju tidak berkolar dalam parlimen, walaupun harganya ratusan ringgit, mengapa kita tidak boleh hormat pegangan yang bersandarkan pendapat jumhur ulama?

Pandangan Qaradhawi

Apa pula pandangan Qaradhawi?.

Pada beliau, diharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim dengan dua syarat.

Pertama, adanya keperluan. Kedua, aman daripada fitnah.

Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.

Beliau juga berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik r.a bahawa ”mana-mana hamba wanita di Madinah boleh saja memegang tangan Nabi s.a.w dan memimpin tangan baginda kemana saja yang dikehendakinya”(Hadis sahih riwayat Bukhari).

Selain menunjukkan sikap tawaduk Nabi s.a.w, hadis ini juga menunjukkan bersentuhan tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim, diharuskan jika tidak disertai nafsu.

Fatwa keharusan berjabat tangan dengan bukan muhrim ini, beliau sembunyikan selama beberapa tahun bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap beliau.

Beliau juga mengatakan, ramai ulama masa kini bimbang untuk mendedahkan kepada awam fatwa-fatwa mereka yang bercanggah dengan pandangan dan pegangan umum masyarakat.

Beliau mendedahkan, beliau tidak berani mendedahkan fatwa ini selama beberapa tahun lamanya. Beliau kemudiannya menyiarkannya dalam bukunya, Fatawa Mu’asirah, juzuk kedua.

Rupa-rupanya, bukan beliau sahaja yang menyembunyikan fatwa-fatwa tertentu. Selain beliau, jelas Qaradhawi, al-Imam Abu Zuhrah, ulama besar al-Azhar, juga berbuat demikian.

Abu Zuhrah dan pemansuhan hukuman rejam ke atas penzina

Abu Zuhrah menyembunyikan fatwanya selama 20 tahun!

Pada pandangan Abu Zuhrah, hukuman rejam sampai mati ke atas penzina yang muhsin berasal daripada ajaran agama Yahudi. Ia diterima oleh Rasulullah s.a.w pada peringkat awal.

Namun, hukuman ini kemudiannya dimansuhkan apabila turunnya ayat dalam surah an-Nur yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas penzina.

Ertinya, hukuman rejam itu terbatal. Hukum yang diguna pakai ialah hukuman sebat, tidak kira penzina itu muhsin atau tidak.

Imam Abu Zuhrah, cerita Qaradhawi, menyembunyikan pendapat beliau ini selama 20 tahun.

Selepas 20 tahun, barulah beliau menyatakannya. Itu pun di hadapan para ulama yang berkepakaran, antara mereka ialah Syeikh Mustaffa Zarqa’, Dr. Subhi Soleh, Dr. Husain Hamid Hisan, dalam satu seminar berkenaan perundangan Islam di Libya pada tahun 1972.

Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/121932-2009-12-20%2015-43-56.html

Sebenarnya, tindakan menyembunyikan sesuatu pandangan atau fatwa kerana bimbang kekeliruan dan kekecohan dalam masyarakat, ada sandarannya dalam syarak.

Imam Bukhari meriwayatkan, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah r.a, “Wahai Aisyah, jika tidak [kerana] kaum mu baru memeluk Islam, nescaya aku [akan] robohkan kaabah dan membuat dua pintu [pada kaabah]; satu pintu [untuk] manusia masuk dan satu pintu [untuk] mereka keluar”.

Nabi s.a.w tidak melakukan apa yang dinyatakannya kerana bimbang kaum Quraisy yang baru memeluk Islam-yang sangat memuliakan kaabah- salah sangka.

Daripada hadis ini dan hadis-hadis yang lain, diasaskan kaedah ‘meninggalkan sesuatu demi mengelakkan kekacauan atau kekeliruan

Posted by ajimaz 0 ulasan


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Sumpah Gaddafi 1 Libya 1 Israel - Beliau bersmpah akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia "mati syahid" bagi mempertahankan tanah airnya.

Beliau juga memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

Bila rakyat sudah terlalu marah kerana zalim dan menindas rakyat..beginilah jadinya...gambar Gadaffi dipijak dan mungkinkah akhirnya Gaddafi akan lari ke luar negara seperti Hosni Mubarak...

Sampai kanak-kanak pun benci Gaddafi...


Apa pula sumpah anak Gaddafi 1 Libya 1 Israel - Beliau berkata bahawa ayahnya tetap bertanggung jawab sebagai pimpinan negara dengan dukungan tentera dan akan "melawan sampai laki-laki terakhir, wanita terakhir, peluru terakhir. "

Wanita Libya sanggup bangkit melawan..mereka pertaruhkan nyawa mereka demi menumbangkan rejim Gaddafi..sudah lebih seribu rakyat Libya yang terkorban...


Apa pula sumpah najib 1 Malaysia 1 Israel - "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"


Kata najib lagi "Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada pengkhianat bangsa dan tanah air?"


Adakah ini 1 Malaysia 1 Israel adalah satu kebetulan? Adakah benar najib tidak meniru 1 Israel? Akibatnya 4 Ahli Parlimen Anwar, Azmin, Sivarasa dan Karpal Singh digantong selama 6 bulan kerana isu 1 Malaysia 1 Israel.

Bila anak muda dan rakyat bangkit melawan pemerintah yang menindas...akhirnya gambar najib dipijak...adakah akhirnya najib juga akan lari ke luar negara seperti Hosni Mubarak...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Posted by ajimaz 0 ulasan


Libya's leader Moamer Kadhafi stands during his meeting with Italy's President Giorgio Napolitano (not pictured) at Rome's Quirinale presidential palace on June 10, 2009 during Kadhafi's first visit to Italy. The three-day visit seals a major rapprochement since Italy signed a deal with its former 1911 to 1947 colony last year pledging five billion dollars (3,5 billion euros) over the next 25 years as compensation for colonising it. Rome has also stepped up its relations with Tripoli in recent years in a bid to rein in a massive influx of clandestine migrants, many of whom come by boat from Libya across the Mediterranean.

Sesiapa di kalangan Angkatan tentera Libya yang mampu menembak peluru kepada Mr Gaddafi dia harus melakukannya – Yusuf al-Qaradawi

Posted by ajimaz 0 ulasan


Libya's leader Moamer Kadhafi stands during a press conference with Italy's President Giorgio Napolitano (not pictured) at Rome's Quirinale presidential palace on June 10, 2009 during Kadhafi's first visit to Italy. The three-day visit seals a major rapprochement since Italy signed a deal with its former 1911 to 1947 colony last year pledging five billion dollars (3.5 billion euros) over the next 25 years as compensation for colonising it. Rome has also stepped up its relations with Tripoli in recent years in a bid to rein in a massive influx of clandestine migrants, many of whom come by boat from Libya across the Mediterranean.

Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!… Gaddafi memang gila,Muka pun macam orang Gila

Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah

Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.

Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!

Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan senapang.

Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!

Apa yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika mengganyang Gaza.

Gadafi memang gila!

Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!

Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.

Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.

Al-Jazeera. net melaporkan :

أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم

(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)

Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.

Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :

أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.

(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)

Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!

Anak diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol dengan ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya sebagai ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang Islam!

Dalam ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat Libya agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar Gadafi, sambil menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan itu sebagai ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung di syurga Firdaus’.

Sesiapa pun boleh bersetuju atau tidak dengan fatwa terbaru Qaradhawi ini.

Namun, mesejnya di sini ialah, Qaradhawi sesungguhnya telah memberi contoh peranan sebenar seorang ulama dalam masyarakat.

Peka. Semasa. Bergerak seiring dengan denyut nadi ummah. Proaktif. Berani. Lantang. Terkehadapan…

Posted by ajimaz 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.

“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu.

PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.

“Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand?

“Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?” soalnya.

Beliau bertanya lagi, siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Beliau turut mempersoalkan ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.

“Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?” soalnya lagi.

Menurutnya, terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Tambahnya, Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai.

Katanya, selagi Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.

PAS, ujarnya akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini.

Beliau menambah, perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.

“Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa.

Jelasnya, PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.

“Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan PASmemperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat

Posted by ajimaz 0 ulasan

mengapa yahudi bijak ( artikel ini di hantar oleh seorang sahabat pada saya)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

SEBENARNYA APA YANG DIAMALKAN OLEH ORANG YAHUDI INI DIPETIK DARI AL-QURAAN. MEREKA MENGKAJI AL-QURAAN DAN MENGAMALKANYA....

Posted by ajimaz 0 ulasan

Daripada Sayidatina Aisyah r.h.a., telah berwasiat Rasulullah s.a.w. Sabdanya: “Hai Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafalkanlah olehmu akannya. Engkau akan sentiasa dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini.

“Hai, Aisyah peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya.

Lalu aku bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah terjadi yang demikian itu?”

Jawab baginda, “Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah atas kemurahan-Nya, mengkufuri nikmat-Nya, banyak berkata kepada perkara yang sia-sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian-sekian harinya dan keadaan kurang akal ialah Allah s.w.t menjadikan dua orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

"Hai Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi; tiada bersyukur dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu-ngadu dan mengkufuri nikmat.”

Memperkecil Jasa Suami

Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?”

Sabdanya, “Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak dua atau tiga orang, lalu berkata, Demi Allah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau satu kebajikan.

"Hai Aisyah, apabila berkata seorang wanita kepada suaminya; tiadalah kulihat satu kebajikan pun daripadamu; maka ditolak oleh Allah segala amalannya.

"Apabila seorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka Allah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang tujuh 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya.

"Seorang wanita memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat Allah menghempas muka dan tubuhnya.

"Apabila seorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur dan menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya kepada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka.

Tidak Berdoa Untuk Suami

"Apabila seorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya; solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah dia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah dia berdoa untuk dirinya.”

Balasan untuk perempuan yang tidak sabar

“Hai Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu dia menampar-nampar muka dan mencarik-carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafaat di akhirat.

“Apabila wanita berkabung di atas kematian lebih daripada tiga hari digugurkan amalannya oleh Allah s.w.t.

“Hai Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian maka Allah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang-orang yang mengikutinya.”

Kewajipan suami

“Hai Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah sentiasa di dalam nikmat dunia dan nikmat akhirat.

“Hai Aisyah, terlalu kerap sahabat yang aku kasihi; Jibril, mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan suaminya tetapi dia tidak memberi mahar kepada wanita itu. Allah s.w.t akan menjadi kadinya.

“Apabila lelaki menegah haknya (pakaian, makanan dan sebagainya) maka Allah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari kiamat nanti.

“Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh Allah juga malaikat dan manusia kesemuanya.

Pahala Besar Kerana Hamil

“Hai Aisyah, tidak mengandung seorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang yang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan Allah.

“Tidaklah seorang wanita itu yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali memberi susu itu juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai Aisyah, apabila seorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya maka berseru suara dari langit yang menyerukan; ‘Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan-amalan yang akan datang.’

Pahala Kerana Meringankan Mahar

“Hai Aisyah, apabila seorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya dan dosa yang lampau, sama ada disengaja atau tidak sengaja.

“Apabila seorang wanita itu bersabar atas kejahatan suaminya maka ia seperti pahala orang yang menumpahkan darah dalam perang sabilillah. Selain itu ia tergolong dalam golongan qanitaat (banyak ibadah), zakiraat (kuat mengingati Allah), muslimin dan mukminat yang banyak beribadah.

“Maka bersungguh-sungguhlah kamu dan bersungguh-sungguhlah. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Lut.”

Posted by ajimaz 0 ulasan

a

SHAH ALAM, 19 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam di kalangan kaum majoriti itu.

Ini kerana kata Abdul Hadi, hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain.

“Kita jangan rasa selesa dengan Melayu sahaja tanpa diperkasakan dengan Islam. Kalau Allah nak pelihara Islam, maka Islam boleh naik dengan bangsa lain ambil alih.

“Sebab itu kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT,” kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja 'Jaminan PAS' di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurutnya, Allah memerintahkan hal ehwal memerintah diserahkan kepada orang yang adil tanpa mengira kaum dan sejarah telah membuktikan bahawa Islam yang dibawa oleh pemimpin yang adil diterima semua kaum.

“Pada zaman awal Islam, apabila nabi Muhammad membina negara di Madinah, yang pertama dipersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar, yang kedua diajak orang-orang bukan Islam di kalangan orang Yahudi diikuti orang bukan Islam kristian dan musyrikin,” jelasnya.

Tambahnya, apabila dicampur semua penduduk pada masa itu, kedudukan orang bukan Islam adalah majoriti namun mereka menerima kepimpinan Islam dan benci dengan kezaliman pemimpin-pemimpin mereka.

Abdul Hadi menjalaskan demikian sebagai mengulas jaminan PAS terhadap tiga perkara utama yang sering menjadi persoalan di kalangan orang Melayu.

Tiga jaminan tersebut adalah dari segi kedudukan Islam, politik dan ekonomi.

PAS, katanya akan terus mengupayakan Islam sebagai agama persekutuan dalam perkara tiga yang ditetapkan sebagai salah satu antara tunggak Dasar Bersama Pakatan.

Dari segi kedudukan ekonomi pula beliau berkata, PAS bersedia untuk berdebat dengan Umno atas isu kedudukan ekonomi orang melayu-Islam.
“Sudah lama PAS ditohmah dan dikatakan tidak mampu menangani isu ekonomi orang Melayu,”katanya.

Politik perkauman lagu lama Umno

Dari segi politik pula, PAS tegasnya sama sekali menolak slogan ketuanan Melayu kerana ia hanyalah slogan yang direka cipta untuk meneruskan kesinambungan kuasa hegemoni secara mutlak bukan sahaja terhadap Melayu, bahkan bukan Melayu serta merampas kuasa sultan berpelembagaan.

“Lepas kalah pada pilihan raya umum ke-12, Umno timbulkan soal Melayu, cuba menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kuasa mereka akan hilang,” katanya

Posted by ajimaz 0 ulasan

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Rate This
Quantcast

Negara Islam bukan hanya untuk orang Islam, tetapi ia adalah sebuah negara untuk semua kaum dan semua agama. Dalam Negara Islam, agama lain bebas dipraktikan, undang-undang sivil masih boleh dilaksanakan untuk mereka yang bukan Islam. Perundangan Islam dalam negara Islam hanya untuk umat Islam dan dalam masa yang sama bukan Islam dijamin keselamatan dan hak mereka melalui perlembagaan. Dari sudut ekonomi dan sosial setiap rakyat akan menerima layanan yang adil dan bebas untuk menyatakan pandangan.

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat sudah ada perkembangan yang “sangat positif” di kalangan rakannya dalam Pakatan Rakyat berhubung soal dasar negara Islam yang dibawa parti itu.

Bulan lalu, dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Hadi dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika boleh dalam kadar yang segera.

Sehubungan itu, Hadi berpendapat bahawa berita terbitan The Star semalam di bawah tajuk “PAS won’t bow to pressure from any quarter”, yang memetiknya telah memberikan gambaran salah terhadap ucapannya pada satu majlis di ibu negara kelmarin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Presiden PAS itu sebenarnya telah menjelaskan bahawa parti tersebut melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ia adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut dipertahankan oleh semua pihak dalam perikatan berkenaan.

“Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama dipersetujui, sebagaimana dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat,” kata beliau.

Samsuri menambah, apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS pada Majlis Suai Kasih di ibu negara kelmarin adalah rentetan terhadap ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi persekutuan.

Katanya, perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup Perlembagaan pusat dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi negara dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain.

“Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua.

“Oleh yang demikian maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali,” katanya.

Dalam ulasan sehari selepas konvensyen bulan lalu, Hadi berkata beliau juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal bagi menyelesaikan isu negara Islam.

Hadi berkata, partinya sentiasa terbuka untuk menjelaskan isu negara Islam kepada rakyat dan juga pemimpin-pemimpin politik negara ini.

“Kita sentiasa terbuka untuk beri penjelasan dalam isu ini (negara Islam), kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal.

“Saya sentiasa berjumpa dengan Karpal, cuma kita perlukan masa, berikan masa kepada PAS untuk jelaskan isu ini kepada rakyat,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Isu negara Islam ini menjadi pendebatan utama PAS dan DAP, dan dilihat menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sekiranya tidak mencapai kata sepakat berhubung isu itu.

Semasa menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat, Karpal mahu isu negara Islam yang dibawa oleh PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.

Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

Ketika konvensyen sulung Disember 2009, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

Posted by ajimaz 0 ulasan

SHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.

"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?

“Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan hampir 500 hadirin.

Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?

"Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.

"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.

Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu.

"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.

"Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.

Sementara itu, konvensyen hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sehingga jam 5 petang ini.

Posted by ajimaz 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Posted by ajimaz 0 ulasan

2 tarikh berturutan dengan 2 event yang sangat kontradik. Satu menuju jalan syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satu mengundang murka Allah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satu membawa ke neraka, yang satu lagi membawa ke syurga, dengan izin Allah.

Bagi umat Islam yang punya kefahaman jelas, mereka tidak sekali-kali menyambut Valentine Day. Bagi generasi muslim yang jauh dari agama, terutama remaja, Valentine Day memberi makna sangat besar kepada mereka. Hari itulah mereka menumpahkan kasih-sayang kepada boyfriend atau girlfriend mereka. Bukan setakat kasih-sayang, maruah, tubuh dan rasa malu juga melayang. Mereka menurut jejak langkah syaitan yang menyesatkan mereka di dunia, dan di akhirat dihumban ke dalam neraka kalau tidak bertaubat.

Sebaliknya, dalam buku saya ‘Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah‘ pada bab 3, saya memberikan beberapa tip yang boleh dibuat secara praktikal bagi menyuburkan rasa cinta kepada Nabi SAW. Saya mengucapkan syabas kepada PTS Publication yang telah mengambil inisiatif menerbitkan beberapa buah buku sempena Maulidurrasul, membuat promosi yang meluas mengenainya, mengadakan pertandingan memuji Rasulullah SAW dan lain-lain aktiviti. Ia sangat baik dengan memberikan alternatif bagi menentang arus jahiliyyah Valentine Day yang sangat merosakkan itu. Demikian juga, sebuah kerajaan yang bersih dan baik mesti mengambil langkah membendung gejala tidak sihat yang merosakkan anak muda muslim ini.

Maulidurrasul pula menjadi di antara peluang mukmin meneliti diri sendiri. Setakat mana mereka berikan masa, diri, harta mereka untuk Islam sebagaimana Nabi SAW telah memberikan seluruh hidupnya untuk Islam. Setakat mana kelahiran Baginda itu dapat menjadi motivasi menyuburkan semangat juang bagi menegakkan Islam seperti yang pernah ditegakkan oleh Baginda sepanjang 23 tahun bergelumang dengan dakwah dan perjuangan.

Maulidurrasul bukan sekadar kelahiran seorang manusia. Ia bukan sekadar barzanji, baca rawi dan marhaban. Ia bukan sekadar selawat dan tunjukrasa cintakan Nabi. Ia peringatan terhadap kelahiran junjungan besar yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kezaliman kepada keadilan, dari sistem jahiliyyah kepada sistem pemerintahan Islam. Apabila kesedaran sampai ke tahap itu, baharulah barzanji, baca rawi, marhaban, berselawat itu benar dengan ertikata sebenar.

Rasa cinta Nabi mesti disuburkan. Manakala menyubur rasa cinta melalui Ventine Day mesti dikuburkan. Kerajaan negeri di bawah PR boleh membantu untuk menyuburkan rasa cinta kepada Nabi dan mengelakkan cinta ternoda melalui Valentine Day.

Nik Nasri Malek,

Kemaman, Terengganu.

Posted by ajimaz 0 ulasan




SHAH ALAM 7 Feb : Pembelian kelengkapan persenjataan oleh Kementerian Pertahanan tidak pernah mengikut dasar yang jelas serta perancangan yang benar-benar memanfaatkan negara, kata Badrul Hisham Shaharin.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata pembelian itu dilihat sebagai tidak logik kerana tidak mungkin harga satu kapal peronda bernilai RM1 bilion.

Beliau menganggap hal ini berlaku disebabkan cara biasa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang menggunakan orang tengah untuk mengaut komisyen selain menghabiskan wang rakyat.

"Kita beli peralatan keselamatan negara, tak pernah yang murah, tapi kita hampir tak pernah memiliki sesuatu yang baru, kita selalu beli yang terpakai dan atas dari harga pasaran. Ini sesuatu yang lebih penting untuk ditanya.

"Malangnya kita masih guna orang tengah dalam operasi pembelian. Pertama aspek keselamatan, adakah orang tengah boleh dipercayai merahsiakan maklumat mengenai peralatan keselamatan negara, kedua soal kewangan, orang tengah biasanya menghilangkan banyak bajet yang sepatutnya kita selamatkan," katanya.

Oleh itu, beliau merasakan perlunya sesuatu dilakukan bagi mengekang perkara ini kerana ia jelas menjejaskan wang dan keselamatan negara hanya demi keuntungan orang-orang tertentu.

"Masalah skandal pembelian melalui pertahanan ini saya lihat semakin hari semakin menjadi di luar kawalan Malaysia dan saya jangkakan kita tak peduli apa orang kata dan tak peduli komen pakar persenjataan atau pakar lain. Semua ini berlaku sebab masalah rasuah terutama dalam Kementerian Pertahanan itu sendiri," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Lebih malang lagi, kerajaan dilihat hanya mahu membeli senjata dan bukannya mempertingkatkan keupayaan angkatan bersenjata Malaysia.

"Berselindung atas dasar keselamatan negara, mereka telah merompak sebenarnya rakyat Malaysia. Sebenarnya, kita tidak langsung ada perancangan, malah semua orang ada peranan beli senjata. Justeru, kita tak punya perancangan. Sebab itu saya setuju tingkatkan dari segi fizikal dan keupayaan, malangnya kita hanya lihat dari segi memiliki senjata, bukannya meningkatkan 'empowerment atau keupayaan' tentera itu sendiri," katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) dari syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. kelmarin.

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan BN Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) telah diberi kontrak yang serupa pada tahun 1998, iaitu membina dan membekal enam kapal peronda bagi TLDM dengan harga RM5.4 Bilion.

Tetapi, disebabkan korupsi yang kronik dalam PSCI menyebabkan PSCI tidak dapat menyiapkan kapal-kapal tersebut dan terpaksa meminta kerajaan untuk mengeluarkann modal tambahan.

Korupsi dalaman PSCI menyebabkan kerajaan terpaksa 'menjamin keluar' syarikat tersebut merombak semula pengurusan serta bergabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Azan berkata motif Najib membelanjakan wang sebanyak itu sewaktu tiada keperluan mendesak amat diragui.

che'GuBard juga sangsi dengan tindakan TLDM menyerahkan kapalnya kepada APMM kerana ia mungkin hanya bertujuan membolehkan pembelian kenderaan TLDM baru menguntungkan orang tengah dengan bayaran komisen.

“Di kala rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barang dan petrol, Najib tergamak berbelanja RM 6 bilion untuk beli kapal laut.

“Kita tidak tolak kemungkinan perbelanjaan tersebut hanya untuk menyalurkan komisen kepada syarikat perantara dikenali sebagai ‘Special Purpose Vehicle’, seperti dijelaskan di Parlimen.

“Komisen tersebut kemudiannya mungkin akan diberikan semula kepada jentera Barisan Nasional untuk digunakan sewaktu pilihan raya umum ,” kata Pengerusi SAMM.

Menurutnya, Najib juga tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .

Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

Posted by ajimaz 0 ulasan

KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir


Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here