.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah


TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.

Posted by ajimaz 0 ulasan



"Lagu perpaduan dan ketuanaan Melayu dimainkan semula. Siapa lagi kalau bukan pemimpin Umno dan mereka yang sewaktu dengannya. Semua ini memberi petanda cukup jelas Umno kini cukup terdesak dan tersepit sekarang dengan perubahan politik dan anjakan pradigma rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.

Terkini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini sering menjadi jurucakap Umno semalam meluahkan kebimbangan mengenai kuasa politik orang 'Melayu'.

Mengapa hari ini sibuk-sibuk dengan kuasa ketuanan Melayu? Siapa yang gadai tanah milik Melayu di negara ini? Siapa yang menghapuskan hak istimewa orang Melayu? Siapa yang menghapuskan biasiswa untuk anak-anak Melayu? Orang Melayu tergadai dan merempat di negara sendiri kerana permainan politik Umno yang gila dan rakus bila berkuasa. Bila dah terdesak barulah nak sibuk-sibuk dengan agenda Melayu.

Saya pernah dengar sendiri dari mulut seorang Exco di Melaka, daripada beri ke DAP biar kita pangkah Pas. Inilah satu contoh propaganda Umno! Bila Pas buat ceramah seperti yang berlaku minggu lepas di Dun Bukit Baru, Ketua Menteri Melaka sendiri sengaja buat provokasi buat ceramah hanya selang beberapa puluh meter dari tempat ceramah Pas! Inikah namanya agenda perpaduan dan ketuanan Melayu?

Orang Melayu hari ini makin cerdik, kalau dulu Umno mendabik dada dalam pilihanraya era 1970-an 1980-an dengan kata-kata ' Kalau Umno letak tunggul atau tin kosong jadi calon pilihanraya, Umno tetap boleh menang'. Maka ketika itu yang menjadi calon Umno antaranya ialah yang lulus darjah 6 atau SRP, lulus SPM dah kira cerdik sangat le tu!

Jadi saya cukup bimbang sokongan kuasa politik Melayu yang makin merosot kepada Umno menyebabkan mereka menggunakan taktik kotor dengan memberi status warganegara kepada penduduk tetap dari Indonesia yang jumlahnya bukan sedikit seperti yang didedahkan baru-baru ini. Malah kenyataan Menteri sumber Manusia bahawa kementerian tersebut bercadang memberi status pekerja sah kepada kira-kira 2 juta pendatang haram di negara ini perlu diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat tentang tujuan dan muslihat di sebaliknya.

Saya yakin, dalam keadaan terdesak dan tertekan Umno akan sanggup buat apa sahaja untuk kekal berkuasa. Umno sama sekali cukup takut hilang kuasa dalam pilihanraya umum akan datang dan bukannya bimbang hilang ketuanan Melayu.

Posted by ajimaz 0 ulasan


Ebook Perdebatan Syeikh Ahmad Deedat dengan tokoh gereja



ALLAH MAHA ESA

Qul Huw-Allahu Ahad
Allah-us-Samad
Lam yalid wl lam yulad
Wa lam yakul lahu kufuwan ahad



Lightning in destroys 62-foot-high statue of Jesus

Lightning and a subsequent fireball Monday night destroyed a 62-foot-tall “King of Kings” statue of Jesus with arms stretched toward the skies, the Cincinnati Enquirer reports.

The only thing visible this morning is the charred frame of the plastic foam and fiberglass statue, the newspaper says, citing police in Monroe, Ohio.

“It burned to the ground. The whole statue is gone,” said Kim Peace, a police dispatcher.

“Touchdown Jesus,” as it is known locally because of the outstretched arms, has been a Butler County landmark along I-75 since it was erected in 2004 outside Solid Rock Church.

sumber www.usatoday.com

tarikh kebakaran berlaku – 15 Jun 2010

Gambar sebelum dan selepas

.

.


...
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2010/07/14/jesus-dipanah-petir-dan-hangus-terbakar/

Posted by ajimaz 0 ulasan






Tugu Negara, Tugu Peninggalan Inggeris
Apabila disebut Tugu Negara, terpancar difikiran kita bahawa ia adalah sebuah tugu yang dibina untuk memperingati para pejuang yang telah berkorban untuk membebaskan Malaya pada suatu ketika dahulu. Adakah ianya benar-benar sebuah Tugu Negara atau sebuah Tugu untuk memuja pengganas/penjajah Inggeris? Tidak siapa diantara kita yang mengambil peduli pada ukiran wajah ketuju-tujuh patung tersebut.

Tugu Negara berpatungkan Inggeris

Sejarah Tugu Negara

Tugu Negara pada mulanya telah dibina semasa zaman pemerintahan penjajah/pengganas Inggeris. Mulanya hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di Jalan Tugu. Ia dibina oleh penjajah untuk memperingati para tentera Inggeris yang mati dibunuh.
_____

Hanya manusia yang mempunyai akal akan bertanya, mengapa 5 dari 7 patung tersebut diukir wajah Inggeris? dan 2 patung yang dipijak oleh 5 wajah Inggeris merupakan patung Tentera Rakyat dari PKM? Mengapa tidak kita sanjungi Tentera Rakyat yang berjuang didalam hutan untuk kemerdekaan dan mengusir Inggeris dari bumi Malaya dengan darah.

Patung-patung Inggeris ini berdiri gagah memegang bendera Malaysia kelihatan seperti Inggeris memerdekakan negara ini. Jika ditanya, daripada siapa mereka bebaskan Malaya ini? Bukankah mereka yang datang menjajah kita, mengaut kekayaan hasil bumi kita, memeras penduduk Malaya, merompak harta rakyat dan bermacam-macam lagi kekejaman yang dilakukan tetapi rakyat Malaya pada ketika itu buta kerana disumbat dengan pound dan coklat made in England. Inggeris telah datang kemari dengan menghapuskan rakyat yang melawan penindasan. Pejuang-pejuang tanah air seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Rentap di Sarawak, Tok Janggut dan ribuan lagi pemimpin telah ditangkap dan ada yang dibunuh kejam. Tidak terlepas apabila Darurat diisytiharkan pada 19 Jun 1948, pemimpin revolusioner seperti Dr Burhanuddin telah dipenjarakan dan menderita sakit. Pemimpin dari bangsa Cina seperti Lai Raifel mati ditali gantung Inggeris dan juga pemimpin dari kalangan buruh India seperti Ganapathy yang dibuang ke India. Mengapa persoalan ini semua kita biarkan berlalu lalu dan kita masih memuja Tugu berlambangkan Inggeris ini. Dimana wajah-wajah para pejuang dari kalangan rakyat Malaya? Apabila kita mengagungkan penjajah Inggeris ini, bermakna kita telah mengkhianati perjuangan nenek moyang kita melawan penindasan Inggeris.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan, kesemuanya nama-nama tentera Inggeris dan tentera dari negara Komanwel. Tidak ada satu nama melayu atau Cina atau India pun ditulis. Pada setiap tahun kita mengadakan perbarisan mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan di tugu ini, malangnya kita menyembah tentera Inggeris. Ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman pemimpin Inggeris yang berwajah Melayu tetapi berhati Inggeris.Dasar-dasarnya semua ciptaan tuan Inggerisnya belaka. Dialah yang menjayakan pembinaan Tugu Inggeris ini untuk mengambil hati Sir Inggerisnya.

Setiap tahun pada bulan 31 Julai, Yang dipertuan Agong, Perdana Menteri, Para Pemimpin Tentera dan Polis akan memberikan penghormatan ditugu ini. Mereka secara langsung memberi penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. Bukankah ini satu perbuatan yang gila? atau mereka ini semuanya buta hati.


Posted by ajimaz 0 ulasan


BiLa ALLAH cepat memakbulkan DOAmu
Maka DIA menyayangimu.
BiLa ALLAH lambat memakbulkan dOamu
MaKa DIA inGin mengujimu.
BiLa ALLAH tiDak memakbulkan DOAmu
Maka DIA merancang yang lebih baik untukmu.

Yang pasti kesusahan n kesenangan adalah ujian buat mahluk yng bernama manusia.Kehidupan
didunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Posted by ajimaz 0 ulasan


PDF Print E-mail


Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam ialah hilangnya keyakinan kepada hukum Allah SWT.

Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w.

Ini menyebabkan seseorang itu tidak yakin kepada Islam di mana dia mengaku dirinya sebagai seorang Islam.

Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak wasangka kepada ajaran Islam kerana syak wasangka kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh membatalkan iman.
Firman Allah SWT dalam ayat 65 surah an-Nisa' yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."

Di tengah-tengah masyarakat Islam hari ini terkeluar kata-kata dan tulisan-tulisan yang berani mencabar hukum Allah, ada yang berani mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, hukum 'hudud' yang ada dalam al-Quran itu tidak lebih daripada hukum yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab pada zaman dahulu yang dipanjangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka yang tidak menyedari bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk menentang hukum-hukum kabilah yang zalim. Mengapa dinyatakan al-Quran itu adalah berpanjangan daripada apa yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab? Ini adalah satu tuduhan jahat terhadap al-Quran al-Karim dan hukum Islam.

Dan apa yang mendukacitakan, umat Islam yang begitu ramai di dalam negera ini tidak terasa apa-apa orang menghina Islam dan mengejek hukum Islam di hadapan mereka. Di manakah kasih mereka terhadap Islam sehingga tidak ada perasaan cemburu sedikit pun di dalam hati mereka terhadap Allah.

Mereka akan melenting sekiranya harta dan kepunyaan mereka daripada harta benda dunia diganggu-gagat, tetapi merka tidak melenting sekiranya agama mereka dihina dan diperlakukan oleh musuh-musuh Islam.
lihatlah bagaimana Islam dihina..

Inilah jiwa umat Islam hari ini. Beginilah rendahnya maruah umat islam hari ini. Di manakah letaknya kemanisan iman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, maka dia mempunyai kemanisan iman. Pertama bahawa Allah dan Rasul-Nya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain. Kedua dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga dia benci kalau dicampak di dalam kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka."
melampau - ayat suci al-quran pada kasut!
Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati merka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

KASIH DUNIA

Di manakah pergi kasih mereka kepada Allah? Kasih mereka tidak lain kerana dunia. Di manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokakn di dalam hidup mereka.

Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa' yang bermaskud : "Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum anatar manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Manusia hari ini terlalu suka menjad penolong dan penyokong kepada orang-orang yang khianat kepada hukum Allah. Di manakah kasih mereka kepada Allah dan Rasulullah s.a.w?

Dan Allah menamakan hukum yang lain daripada hukum-Nya adalah jahiliah sebagaimana yang disebut dalam ayat 50 surah al-Maidah yang bermaksud : "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."

Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, iaitu yakin kepada Islam mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.

Allah juga menamakan hukum yang lain daripada Islam sebagai jahiliyah atau hukum yang menurut hawa nafsu. Dan yakin kepada hukum yang lain bermakna tidak yakin kepada Allah.

Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh. Antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah.

Sementara syaitan pula menjanjikan kemiskinan, kepapaan, kesusahan dan kemunduran kepada siapa yang beramal dengan hukum Allah. Yang mana kamu lebih percaya? Kamu percaya kepada janji Allah atau kepada jamji syaitan? Tepuklah dada kamu dan tanyalah iman yang ada di dalam hati kamu itu. Sekiranya kamu bertanya iman yang sebenar, sudah tentu iman yang sebenar akan meneri hukum Allah.

~ Buku penghujung Kehidupan bab 20, halaman 118-122, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, April 1977. ~

Posted by ajimaz 0 ulasan

Kalendar umat Islam sebagaimana yg dinyatakan Al-Quran menetapkan dalam setahun terdapat 12 bulan. Pengiraannya berdasarkan pergerakan bulan dan bukan pergerakan matahari sebagaimana yg diamalkan oleh Ahli Kitab. Di antara bulan-bulan tersebut terdapat 4 bulan haram iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Firman Allah Taala,

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ‌ۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡ‌ۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬‌ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ -سورة التوبة الأية 36 

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yg lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yg empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yg bertaqwa." Surah At-Taubah Ayat 36.

Bulan haram yg paling afdhal
Ulama berselisih pendapat dalam menentukan bulan manakah yg paling afdhal di antara bulan-bulan haram tersebut. Sebahagian Syafieyyah berpendapat bulan Rejab. Pendapat ini dikatakan lemah oleh Imam Nawawi. Imam Nawawi mentarjihkan pendapat Hasan Basri iaitu bulan Muharram. Pendapat Sa’id ibn Jubair ialah bulan Zulhijjah.

Sebab dinamakan bulan-bulan haram & sebab diharamkan
Dikatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram ialah kerana kehormatannya yg besar dan besarnya dosa maksiat yg dilakukan di dalam bulan tersebut. Dikatakan juga kerana diharamkan berperang pada bulan tersebut. Dikatakan juga sebab bulan-bulan ini dipilih sebagai bulan-bulan haram adalah untuk membolehkan manusia mengerjakan umrah & haji pada bulan-bulan tersebut.

  • Bulan Zulqaedah: Kerana berlakunya perjalanan menuju ke Makkah untuk mengerjakan umrah & haji
  • Bulan Zulhijjah: Kerana berlakunya haji padanya.
  • Bulan Muharram: Supaya manusia pulang ke rumah mereka selepas mengerjakan haji dalam keadaan selamat & aman.
  • Bulan Rejab: Kerana manusia mengerjakan umrah pada bulan ini iaitu pada pertengahan tahun.Mereka yg tinggal berdekatan dengan Makkah akan mengerjakan umrah pada bulan ini.

Posted by ajimaz 0 ulasan




Cinta itu mensucikan akal, mengenyahkan kekhawatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan keperibadian.

Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah,” Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan komentar mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang.

Bila seorang kekasih telah singgah di hati, fikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan kekasihnya adalah magnet. Rasanya selalu ingin bertemu meskipun sebentar. Memandang sekilas bayangan sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya.

Indahnya cinta terjadi saat seorang kekasih secara samar menatap bayangan orang yang dikasihi. Bayangan indah itu laksana air yang menyirami, menyegarkan, menyuburkan pepohonan taman di jiwa.

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dia termasuk salah seorang yang dikenal sebagai ahli zuhud. Suatu hari dalam pengembaraannya, pemuda itu melewati sebuah perkampungan yang banyak dihuni oleh kaum An-Nakha’. Demi melepaskan penat dan lelah setelah berhari-hari berjalan maka singgahlah dia di kampung tersebut. Di persinggahan si pemuda banyak bersilaturahim dengan kaum muslimin. Di tengah kekhusyu’annya bersilaturahim itulah dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik jelita.

Sepasang mata bertemu, seakan saling menyapa, saling bicara. Walau tak ada gerak lidah! Tak ada kata-kata! Mereka berbicara dengan bahasa jiwa. Karena bahasa jiwa jauh lebih jujur, tulus dan apa adanya. Cinta yang tak terucap jauh lebih berharga dari pada cinta yang hanya ada di ujung lidah. Maka jalinan cinta pun tersambung erat dan membuhul kuat. Begitulah sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila. Sebagai anak muda, tentu dia berharap cintanya itu tak bertepuk sebelah tangan, namun begitulah ternyata gayung bersambut. Cintanya tidak berada di alam khayal, tapi menjelma menjadi kenyataan.

Benih-benih cinta itu bagai anak panah melesat dari busurnya, pada pertemuan yang tersamar, pertemuan yang berlangsung sangat sekejap, pertemuan yang selalu terhalang oleh hijab. Demikian pula si gadis merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu pada kali yang pertama.

Begitulah cinta, ketika ia bersemi dalam hati… terkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Ketika hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Ketika hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata…

Ketika cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhujam dalam hati, batangnya tertegak dalam kata, buahnya menjumbai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam makna cinta direnungi, semakin besar fakta ini ditemukan. Cinta hanya kuat ketika ia datang dari pribadi yang kuat, bahawa integriti cinta hanya mungkin lahir dari peribadi yang juga punya integriti. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus menampak setiap saat sepanjang kebersamaan.

Begitupun dengan si pemuda, dia berpikir cintanya harus diselamatkan! Agar tidak jadi liar, agar selalu ada dalam keabadian. Ada dalam bingkai syari’atnya. Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu. Akan tetapi keinginan tidak selalu seiring sejalan dengan takdir Allah. Ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapak saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, pupus sudah harapan si pemuda untuk menyemai cintanya dalam keutuhan syari’at. Gadis yang telah dipinang tidak boleh dipinang lagi. Tidak ada jalan lain. Tidak ada jalan belakang, samping kiri, atau samping kanan. Mereka sadar betul bahwa jalinan asmaranya harus diakhiri, kerana kalau tidak, justeru akan merusak ’anugerah’ Allah yang terindah ini.

Bayangkan, bila dua kekasih bertemu dan masing-masing silau serta mabuk oleh cahaya yang terpancar dari orang yang dikasihi, ia akan melupakan harga dirinya, ia akan melepas baju kemanusiaannya dengan menabrak tabu. Dan, sekali bunga dipetik, ia akan layu dan akhirnya mati, dipijak orang karena sudah tak berguna. Jalan belakang ’back street’ tak ubahnya seperti anak kecil yang merusak mainannya sendiri. Penyesalan pasti akan datang belakangan, menangispun tak berguna, menyesal tak mengubah keadaan, badan hancur jiwa binasa.

Cinta si gadis cantik dengan pemuda tampan masih menggelora. Mereka seakan menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis berfikir barangkali masih ada celah untuk bisa ’diikhtiarkan’ maka rencanapun disusun dengan segala kemungkinan terpahit. Maka si gadis mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya.

”Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku dan karenanya betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat itu, si pemuda tampan itu pun berpesan kepada pembawa surat wanita pujaan hatinya itu.

“Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah pembawa surat kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda tadi.

Tawaran ketemuan? Dua orang kekasih? Sungguh sebuah tawaran yang memancarkan harapan, membersitkan kenangan, menerbitkan keberanian. Namun bila cinta dirampas oleh gelora nafsu rendah, keindahannya akan lenyap seketika. Dan berubah menjadi naga yang memuntahkan api dan menghancurkan harga diri kita. Sungguh heran bila saat ini orang suka menjadi korban dari amukan api yang meluluhlantakkan harga dirinya, dari pada merasakan keindahan cintanya.

“Sungguh selama ini aku belum pernah menemukan seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah swt seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak menyandang gelar yang mulia kecuali dia, sementara hampir kebanyakan orang berada dalam kemunafikan.” Si gadis berbangga dengan kesolehan kekasihnya.

Setelah berkata demikian, gadis itu merasa tidak perlu lagi kehadiran orang lain dalam hidupnya. Pada diri pemuda itu telah ditemukan seluruh keutuhan cintanya. Maka jalan terbaik setelah ini adalah mengekalkan diri kepada ’Sang Pemilik Cinta’. Lalu diapun meninggalkan segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya.

Bila kerinduan kepada kekasih telah memuncak, dan dada tak sanggup lagi menahahan kehausan untuk bersua, maka saat malam tiba, saat manusia terlelap, saat bumi menjadi lengang, diapun berwuduk. Solatlah dia dikegelapan gulita, lalu menadahkan tangan, memohon bantuan Sang Maha Pencipta agar melalui kekuasaa-Nya yang tak terbatas dan dapat menjangkau ke semua wilayah yang tak dapat tersentuh manusia., menyampaikan segala perasaan hatinya pada kekasih hatinya. Dia berdoa karena rindu yang sudah tak tertanggungkan, dia menangis seolah-olah saat itu dia sedang berbicara dengan kekasihnya. Dan saat tertidur kekasihnya hadir dalam mimpinya, berbicara dan menjawab segala keluh-kesah hatinya.

Dan kerinduannya yang mendalam itu menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhirnya Allah memanggil ke haribaanNya. Gadis itu wafat dengan membawa serta cintanya yang suci. Yang selalu dijaganya dari belitan nafsu syaithoni. Jasad si gadis boleh terbujur dalam kubur, tapi cinta si pemuda masih tetap hidup subur. Namanya masih disebut dalam doa-doanya yang panjang. Bahkan makamnya tak pernah sepi diziarahi.

Cinta memang indah, bagai pelangi yang menyihir kesadaran manusia. Demikian pula, cinta juga sangat perkasa. Ia akan menjadi benteng, yang menghalau segala dorongan yang hendak merosak keindahan cinta yang bersemayam dalam jiwa. Ia akan menjadi penghubung antara dua anak manusia yang terpisah oleh jarak bahkan oleh dua dimensi yang berbeda.

Pada suatu malam, saat kaki tak lagi dapat menyanggah tubuhnya, saat kedua mata tak kuasa lagi menahan ngantuknya, saat salam mengakhiri qiyamullailnya, saat itulah dia tertidur. Sang pemuda bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Tanya Pemuda itu di alam mimpinya.

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih…

cinta yang terindah adalah mencintaimu,

sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu

burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan

dalam kehidupan yang tiada mungkin berakhir

berada dalam syurga abadi yang dijaga

oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa

yang akan menunggu kedatanganmu,

wahai kekasih…

“Di sana aku bermohon agar engkau selalu mengingatku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” Pemuda itu mencuba merespon syair kekasihnya

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, hingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab si gadis kekasihnya itu.

“Bilakah aku dapat melihatmu kembali?” Tanya si pemuda menegaskan

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusuliku kemari,” Jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, akhirnya Allah mewafatkan dirinya. Allah mempertemukan cinta keduanya di alam baqa.Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua menjadi pengantin syurga.

Subhanallaah! Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Pantaslah kalau cinta membutuhkan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia pada kehidupan haiwani dan penuh kenistaan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat memupus kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keridhaan dari dzat yang menciptakan cinta yaitu Allah SWT. Di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Ruum : 21).

Subscribe to My Blog

Subscribe Here