.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan



Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.
( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Muslim juga telah meriwayatkan Hadis Ubaidullah Ibnu Umar Al Amiri di atas autoriti Nafi', di atas autoriti Ibnu Umar bahawa Rasulullah menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai bersabda: " Allah s.w.t tidak bermata satu, tetapi Dajjal Al- Masih buta sebelah kanan matanya dan matanya kelihatan seperti buah anggur yang terkeluar."
( Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ms. 2247-2248 dan Al Bukhari, Musnad Ahmad, 3439-7123).

Imam Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu. Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya".
(Diriwayatkan juga di dalam Al-Bukhari (7131) dan Muslim(2933) menurut dari autoriti Syukbah,tetapi perkataanya adalah oleh Muslim. Sanad Hadis ini adalah sahih).


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Posted by ajimaz 0 ulasan
Posted by ajimaz 0 ulasan

1 : Cipta produk anda sendiri

Tanya kepada diri anda...
a)Apa bende yg aku minat untuk dijual nih?
b)Produk ape yg sedang hangat di pasaran sekarang nih?Caranya >> Cari jumlah permintaan terhadap suatu produk di enjin carian google, yahoo, laman iklan spt Mudah.com.my etc. (shh..nak th rahsia? produk INFO adalah paling hangat skrg!!)
c)Adakah aku pakar dalam produk nih? Org percaya ke nak beli? Jika ya, itulah produk PERTAMA anda..

2: Jadikan produk anda GEMPAK

Dah tau ape nak jual, inilah masanya compare produk anda dgn org lain. Same saje?Oh tak bole, persaingan sgt sengit.Anda WAJIB menjadikan produk anda lebih unik,sensasi dan mampu menarik pelanggan untuk membeli.Jgn lupe offerlah diskaun atau free gift yg membuat produk anda EXTRA dr org lain!

3 : Bina laman blog

Produk da ada, camne nak jual? Nilah masanya anda perlukan 'kedai cyber' yg bole dikunjungi pelanggan 24 hrs 7 days. Antara blog hosting popular seperti Blogger, Wordpress etc. Caranya? Daftar FREE saje di sana tp pastikan anda memilih domain unik yg senang dicari enjin Google.

4 : Hias 'Kedai Cyber' Anda

Contoh terbaik adalah anda layari laman2 blog yg lain untuk dapatkan inspirasi. Gunakan ayat2 yg power tp ringkas & padat.Elakkan penggunaan warna, animasi bergerak yg begitu byk.Font tu amik yg simple udahle mcm Arial/Times New Roman.

5 : Tentukan kaedah pembayaran

Kad kredit, bank-in, cek, wang pos, atau maybank /CIMB online.Adalah PENTING untuk menerangkan cara/proses pembayaran dgn JELAS kepada pelanggan supaya mereka tidak ragu2 menghulurkan duit untuk membeli produk anda.

6 : Check Laman Blog anda sekali lagi

Bayangkan anda seorg pelawat..atau panggil teman terdekat untuk beri komen yg membina..pastikan takde broken link, gambar produk anda di tempat yg strategik, dan paling PENTING, pastikan 'kedai' anda ingin dikunjungi berkali2 oleh org yg sama kerana jarang org membeli pada kunjungan pertama.

7 : Promosi produk anda

Mmg kene promosi kalu tak, takde org tahu kewujudan produk anda. Caranya :

a)Daftar blog anda di carian google
b)Letak address blog anda di akhir signature dlm setiap email anda
c)Rajin2la masuk forum, Google Friend/Yahoo Friend, etc
d)Newsletter, iklan percuma spt Mudah.com.my
e)Banner
f)Business Card

Jgn lupe tinggalkan email address anda supaya anda mudah dihubungi.

8 : Balas email dgn segera

Ha, yg ni jgn tangguh2..kalu org hantar pertanyaan, pengesahan bayaran, balaslah dlm mase kurang dr 24 jam. Gunalah kata2 hikmah dan sopan. Atau guna autoresponder untuk reply email secara automatik.

9 : Jangan hantar SPAM

Jgn buat malu diri sendiri bila org da taknak terima email kita. Udahle tu ..hantar email pada org yg betul2 mahukan produk kita. Tipsnya, sebelum menjual, hantarkan laporan percuma tentang produk anda terlebih dahulu untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.

10 : Bina mailing List

Tidak semua akan membeli produk kita pada kunjungan pertama. Simpan segala mailing list bakal pelanggan anda dan sentiasalah update tentang produk terbaru anda dan tawaran2 hebat. Kepercayaan pelanggan adalah tanggungjawab anda!

Posted by ajimaz 0 ulasan

Posted by ajimaz 0 ulasan


"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".

- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975).

Posted by ajimaz 0 ulasan

Kita mengetahui bahwa jika laki-laki masuk syurga, mereka akan mendapatkan bidadari. Apakah jika perempuan masuk syurga, mereka juga akan mendapat pasangan?

Firman Allah tentang kenikmatan syurga:
“….di dalamnya kaum memperoleh semua yang kamu inginkan dan memperoleh pula semua yang kamu minta. Sebagai hidangan dari (Allah) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Fushshilat :31-34)

“… dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, serta kamu kekal di dalamnya (Az-Zukhruf :71)

Mempunyai pasangan adalah hal yang paling didambakan di samping keperluan-keperluan rohaniah. Keperluan para penghuni syurga akan dipenuhi, baik laki-laki mahupun perempuan. Seseorang perempuan akan dinikahkan oleh Allah di syurga dengan orang yang telah menikahinya semasa hidup di dunia. Allah berfirman:
“ Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Enkau janjikan kepada Mereka dan orang-orang yang shaleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka…”(Al-Mu’min : 8)

Jika seorang perempuan pernah mempunyai dua suami di dunia, ia akan memilih salah satu dari keduanya di syurga. Jika seorang perempuan tidak menikah di dunia, Allah akan menikahkanya dengan orang yang disukainya di syurga.
Kurnia Allah di syurga bukan hanya untuk laki-laki, melainkan untuk laki-laki dan perempuan, masing-masing punya pasangan. Seseorang mungkin berkata, “Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-in) sebagai pasangan bagi laki-laki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan.” Jawapannya, Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana para suamilah yang biasa mencari dan menginkan isteri.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata,"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat". "Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu."Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidup! nya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.Sambung pemuda itu lagi,

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya,wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

"Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu". "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya".

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar sega! la isi dari tubuh badannya" sambung pemuda itu."Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,"jelas ahli ibadah tersebut."Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya". "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. "Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya>>sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua'lam.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Posted by ajimaz 0 ulasan

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Posted by ajimaz 0 ulasan

....

¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap
keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai
jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan
kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-
anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun
sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali
silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

Posted by ajimaz 0 ulasan

SAAT DITALKIN KAN...Asyhaduallailahaillallah.........

RENUNGKANLAH SEJENAK KHAS UNTUK DIRI KITA SENDIRI
TAKDA SIAPA YG BOLEH MEMBANTU KITA KETIKA NYE
SAKARATUL MAUUUUUUUUTTTTT........

Sebak dada bila membaca email ni....but its good
......
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah
hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di
tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku
sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan
lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.
Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa
orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa
dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah
tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku
sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang
mengucap....Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu, manusia yang pernah mendodoikan daku
semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke
dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya
serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara
itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor
bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu
usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,
kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke
sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah
buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin
melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah
yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak
semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu
ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis
teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan
bila tiba saatnya, kita akan berpisah.
Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.
Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di
telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku
di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah
menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi
izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku
di ambang sakaratul maut....... Aku semakin tegang dan
semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak
ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di
sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku
berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah
aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.
Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,
gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.

"Panas, dahaga, haus, panas........".tapi tiada siapa
pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas
penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum
air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah
susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak.
Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam
agama yahudi nakku, matilah dalam agama nasrani Itulah
agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??
Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin
memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,
mengucap.Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu
diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi
lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut
kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa
bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".
cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang
sinaran kuning. Cahaya merah datang

"Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul
maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap
perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan
kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian
datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau
sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah
orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya,
hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa
wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan
katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,
sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau,
kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari
lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah
dan darah pekat keluar. Tanpa di
pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat
loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni
wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari
sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!
aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan
ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita
lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu
makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan
lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.
Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana
Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun
tidak. tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah
terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus
lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas
dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku
juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di
sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur
barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih
dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain
putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu
aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian
semua buat aku macam ini? Tolong
rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa
orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan
ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa
aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru
aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh
enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung
setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,
kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang. tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan
kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan
aku, aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,
kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.
Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke
dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku
seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam
kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah
kita
datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya
mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul
mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua
benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam
terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.
Pandanganku makin lama,makin
kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah
di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di
lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan......aku
kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan
tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!!
Tolong !!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST
IMPORTANT THING IN
DEATH.....

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU
PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG
SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak
selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah
hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita
tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai
kita melaluinya sambil lewa...

SEMOGA IANYE MENJADI SEBAHAGIAN PENGIKTIBARAN BAGI
DIRI KALIAN SEMUA....INSYAALLAH...SAMAPIKAN LAH KEPADA
YG ANDA RASA MEREKA PATUT OR SEHARUSNYE MENGETAHUINYE
JUGA...

SEKIAN...

Posted by ajimaz 0 ulasan


SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
-Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
-Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpulkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
-Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
-Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
-Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpit

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
-Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?
-Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan atau membuang pesanan ini begitu sahaja, dan dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim Bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim Bin Adham berkata; “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata; “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim Bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya; “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata; “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan; “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘ketepikan kematianku dulu, aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?” “Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here