.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan


Sepuluh perkara yang membatalkan aqidah ialah :

1) Syirik: seperti berdoa kepada orang mati, memohon pertolongan daripada mereka, bernazar dan sembelihan kerana mereka.

2) Sesiapa yang mengadakan perantaraan di antaranya dengan Allah s.w.t. lalu ia berdoa kepadanya dan memohon syafaat dari mereka.

3) Tidak mengkafirkan orang-orang mushrikin atau pun syak pada kekufuran mereka.

4) Beri'tiqad syariat selain daripada syariat Nabi Muhammad s.a.w. lebih baik dan hukum selainnya lebih baik.

5) Benci apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. walaupun beramal dengannya.

6) Mencaci agama Islam.

7) Sihir

8) Menyokong orang-orang kafir memerangi orang Islam.

9) Berkefahaman boleh keluar daripada syariat Nabi Muhammad s.a.w.

10) Engkarkan agama Allah s.w.t. dengan tidak mempelajarinya dan tidak beramal denganya.

Posted by ajimaz 0 ulasan



Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
pada bulan ini antara lain:

  1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

  2. Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran.

  3. Tragedi Ar-Raji', berlaku pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah).

    Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah.

    Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka'at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

  4. Peperangan Bi'ru Ma'unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin 'Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berda'wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w.

  5. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

  6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.

  7. Pelantikan 'Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

  8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.

  9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah 'Abbasiah, Al-Mu'tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam. Beribu-ribu kitab Islam musnah.

Posted by ajimaz 0 ulasan




Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Posted by ajimaz 0 ulasan

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Posted by ajimaz 0 ulasan


KERETA kebal Israel melancarkan serangan terhadap wilayah Palestin dari sempadan Israel dan Genting Gaza, semalam. – AFP

GAZA CITY 3 Jan. – Tentera Israel melancarkan kira-kira 750 serangan ke atas Genting Gaza sejak 27 Disember lalu dan jumlah penduduk Palestin yang terkorban kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 435 orang dengan 2,285 yang lain cedera.

Menurut pasukan perubatan Gaza, antara yang menjadi korban dalam serangan ke atas kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi ini termasuklah 75 kanak-kanak dan 21 wanita.

Serangan oleh jet pejuang dan kapal perang Yahudi itu disasarkan ke atas bangunan kerajaan Hamas, rumah pegawai pergerakan itu dan masjid yang didakwa menyimpan senjata dan terowong rahsia yang digunakan untuk menyeludup senjata dan barangan.

“Kira-kira 750 serangan telah dilancarkan dan ia bertujuan mempertahankan rakyat Israel daripada serangan Hamas,” kata jurucakap tentera Yahudi.

Bedilan demi bedilan yang masuk hari kelapan hari ini dikatakan bertujuan menghentikan serangan roket oleh Hamas tetapi ia masih gagal mencapai objektifnya.

Pejuang Palestin masih tidak mengaku kalah dan setakat ini melancarkan kira-kira 500 serangan roket ke Israel sejak minggu lalu dan berjaya membunuh tiga orang awam dan seorang tentera Yahudi selain mencederakan puluhan lagi.

Posted by ajimaz 0 ulasan

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

o ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram

    • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
    • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
    • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
    • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
    • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
    • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
    • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
    • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
    • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Posted by ajimaz 0 ulasan

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim

Subscribe to My Blog

Subscribe Here