.B. .L. .O. .G. .A. .J. .I. .M. .A. .Z.

|Politik... | Isu Semasa... | Merapu... | Macam-macam ada... | bukan sekadar blog... |

Posted by ajimaz 0 ulasan


SALAM MA'AL HIJRAH 1430

Posted by ajimaz 0 ulasan

POLIGAMI, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia merupakan satu
perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ia tidak wujud
dalam ajaran Islam. Siapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan
yang tidak boleh dimaafkan, dipandang serong dan dimusuhi
. Bahkan
dianggap lebih jahat dari pada orang yang berbuat maksiat dengan wanita
atau lelaki yang bukan suami atau isterinya. Akhirya umat Islam menentang
poligami, baik secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak hanya kalangan
wanita yang menentang bahkan sebahagian ulama juga ikut dalam barisan
penentang poligami.

Poligami mendidik manusia setiap hari. Melalui poligami setiap saat manusia terdidik; sebab berhadapan dengan perilaku & perasaan isteri, berhadapan dengan tanggung jawab suami, maknanya 24 jam manusia terdidik.

Islam membawa suatu sistem keluarga yang berbeza dengan agama atau ideologi lain, iaitu poligami, dimana seorang suami ada banyak isteri.

Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul
kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama orientalis
dan orang Islam yang tidak faham, akan menganggap bahwa poligami ini
tidak lain tidak bukan, hanya satu cara bagi lelaki memuaskan nafsu terhadap kaum perempuan.
Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang
berpoligami.

Tambahan pula bila ada orang-orang Islam yang poligami mereka tidak mengikut cara poligami yang sebetulnya. Maka timbullah masalah dalam poligami. Antaranya, ketidakadilan, tidak membela, tinggal isteri lama dan lain-lain sehingga timbullah masalah masyarakat. Maka buruklah rupa poligami ini walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar.

Poligami jadi ‘buruk’ kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara yang sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini.

Lalu bagi yang tidak faham dan juga orientalis, inilah kesempatan bagi
mereka untuk menekan, mencemuhkan dan menghinanya.

Di akhir zaman ini, di mana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah hidup bersama baginda, tetapi kita diberi peluang untuk menghidupkan
sunnah Rasulullah
. Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang sudah dilupakan
orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah
menggambarkan, di kala kemerosotan iman berlaku di akhir zaman, wujud
sekelompok manusia bergelar ikhwan. Mereka inilah kumpulan-kumpulan
yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah walaupun mereka tidak
pernah melihat Rasulullah.

Diantara sunnah yang mereka perjuangkan ialah poligami, yang
sangat ditentang oleh orang Islam yang tidak faham. Terutama kaum wanita
Islam yang tidak faham, yang mengukumya dengan perasaan dan nafsunya.
Sebenarnya kalau kita dapat berfikir dengan waras, kita akan berterima
kasih kepada orang lelaki yang mahu berpoligami. Kerana bila seorang lelaki
berkahwin, dia hanya selesai satu masalah. Tetapi dia akan menempuh 99 masalah.
Bagi perempuan pula, bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh
1 masalah. Jadi kalau ada lelaki yang mahu berkahwin, ertinya dia itu berani.
Sebab dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu
kahwin 2, 3, 4. Maknanya, timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak
berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan uji dan berani
menanggung risiko.

Jadi poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami kita membangunkan satu kekuatan. Poligami ini mendidik kita setiap hari, sebab berhadapan dengan
perilaku dan perasaan isteri, berhadapan dengan tanggung jawab, maknanya
24 jam kita terdidik.

Poligami sebenarnya satu proses tarbiah dan didikan yang cukup
hebat
. Dari poligamilah timbul kekuatan-kekuatan lain. Melalui poligami,
tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang dapat menguatkan kita.

Contohnya berani, yaitu berani berhadapan dengan isteri bila hendak kahwin lagi, berani berdepan dengan perilaku dan perasaan isteri. Bahkan ampun maaf, ramai
lelaki yang tidak sanggup berpoligami kerana takut dengan isteri.

Antara sifat yang lain lagi ialah sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam perilaku dan perasaan isteri, Suami akan terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang dapat membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spritual.

Hati dan perasaan kita akan terproses sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah- olah poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizikal, hati dan nafsu kita.

Barulah kita nampak bahwa poligami sangat baik dan sangat penting
terutama bagi para
pejuang. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi ‘dakbus
solihin’ tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman
dahulu
. Pasti ada sesuatu yang besar dari poligami. Walaupun poligami
telah disingkarkan bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan
berbagai kekuatan.
Bukan sahaa bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat
manfaat yang banyak dari poligami.

DOA

Posted by ajimaz 0 ulasan

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)

Posted by ajimaz 0 ulasan

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Posted by ajimaz 0 ulasan

As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin (1938-2004)

As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin  (1938-2004)
Tidakkah malu umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan? Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan kami kepada penjahat Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu meredakan air mata kami dan meringankan beban kami ?

Subscribe to My Blog

Subscribe Here